6 Kelebihan Memasuki Tingkatan 6

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kelebihan memasuki Tingkatan 6 masih ramai tidak ketahui. Walaubagaimana sekalipun, setiap pilihan yang pelajar pilih pasti mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru itu, mari kita ketahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan kelebihan memasuki Tingkatan 6.

Hal ini disebabkan masih ramai pelajar di luar sana yang takut untuk menjejakkan kaki mereka ke Tingkatan 6 kerana berasa kemasukan ke tingkatan 6 ini susah. Walaubagaimana sekalipun, terdapat banyak kelebihan memasuki Tingkatan 6 yang masih ramai tidak ketahui.

Kelebihan Memasuki Tingkatan 6

6 Kelebihan Memasuki Tingkatan 6 1

Antara kelbihan memasuki tingkatan 6 yang masih belum ketahui adalah:-

1) Tempoh pengajian yang singkat

Tempoh pengajian bagi tingkatan 6 adalah selama setahun setengah sahaja. Justeru itu, ramai yang mahu memasuki Tingkatan 6 sekiranya pelajar tidak dapat melayakkan diri memasuki Matrikulasi atau Asasi. Kebiasaanya kemasukan pelajar tinbgkatan 6 adalah pada bulan Jun dan pengajian akan berakhir pada akhir bulan Disember pada tahun seterusnya.

Info Tambahan :  Kerja Freelance 2023: Kelebihan, Cabaran, dan Cara Memulakan

Walaubagaimana sekalipun, pada musim pandemik ini takwim pengajian mungkin sedikit berbeza kerana peperiksaan SPM juga sudah diganjakkan ke balakang. Justeru itu, pelajar WAJIB alert akan setiap pengumuman yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan. 

2) Yuran pengajian yang murah

Yuran pengajian bagi pelajar tingkatan 6 ini lebih murah berbanding dengan yuran pengaian yang lain. Hal ini disebabkan, pengajian pada peringakat Tingkatan 6 ini telah di tanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu, yuran pengajian bagi tingkatan 6 adalah lebih murah berbanding pengajian. Hal ini disebabkan pelajar hanya perlu membayar yuran pelajaran bagi pendaftaran MUET. 

3) Boleh mengulang Subjek yang gagal

Kelebihan memasuki Tingkatan 6

Disebabkan terlalu ramai pelajar yang beranggapan bahawa tingkatan 6 ini sukar. Maka pihak KPM telah memperkenalkan sistem “grade by semester” di manna pengajian tingkatan 6 akan dibahagikan kepada 3 semester. Gred yang terkumpul pada setiap semester akan digabungkan pada akhir semester dan gred tersebut yang bakal ditentukan kemasukan pelajar ke peringkat universiti. 

“Sistem Gred by semester ini sama seperti sistem di Matrikulasi, Asasi atau Diploma”

Pada masa yang sama, bagi pelajar yang gaggal dan ingin memperbaiki keputusan STPM, mereka boleh mengulangi subjek dengan hanya membayar RM50 bagi setiap subjek. Dengan itu, ianya dapat membantu pelajar meningkatkan semula gred yang rendah.

Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

4) Mudah menyesuaikan diri

Kelebihan memasuki Tingkatan 6

Pada peringkat pengajain tingkatan 6 ini, pelajar lebih mudah menyesuaikan diri. Hal ini disebabkan suasana pengajian hampir sama seperti ketika pelajar berada di sekolah Menegah. Apa yang membezakan pembelajaran tingkatan 6 ini adalah pakaian ketika ke sekolah adalah baju kurung atau pakai yang sopan.

Ianya berbeza ketika anda berada di sekolah Menegah, pelajar WAJIB memakain pakaian seragam sekolah tetapi di peringkat tingkatan 6 ini kod pemakaian adalah bebas formal tetapi sopan. 

5) Mendapat bimbingan dari guru

Pelajar yang menyambung pengajain tingkatan 6 ini lebih beruntung kerana mereka akan mendapat bimbingan sepeuhnya daripada guru. Hal ini disebabkan, bilangan pelajar tingkatan 6 ini adalah lebih sedikit berbanding dengan Matrikulasi, Asasi mahupun Diploma. Jsuteru itu, para guru dapat memberikan tumpuan yang lebih agar pelajar mudah memahami apa yang mereka pelajari. 

6) Berada dekat dengan ibu bapa

Bagi pelajar yang TIDAK pernah berjauhan dengan ibu bapa, maka pemilihan tingkatan 6 ini merupakan pemilihan yang terbaik. Hal ini disebabkan, bagi mereka yang sudah terbiasa berada dekat dengan ibu bapa mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di luar sana. Sekiranya perkara ini berlanjutan ditakuti ianya akan menganggu pembelajaraan anak-anak. Justeru itu, ibu bapa sendiri perlu memberi masa dan ruang untuk anak-anak terus berdikari.

Diharapakan setiap satu penjelasan berkenaan dengan kelebihan memasuki tingkatan 6 ini dapat membantu para pelajar yang menunggu keputusan SPM membuat keputusan yang betul. Jangan pernah mengikuti kawan untuk memasuki ke pusat pengajian pilihan anda. Ikutlah kesesuaian dan kejayaan yang ingin anda kecapai.

***KEPUTUSAN SPM HANYA SEKADAR KUNCI UNTUK ANDA MEMILIH KERJAYA ANDA TETAPI PILIHAN YANG ANDA BUAT AKAN SENTIASA TERBUKA LUAS UNTUK MENGHALA KEPADA KEJAYAAN ANDA***

Sekiaranya calon lepasan SPM mahu mendaftar kemasukan ke tingkatan 6 boleh melayari laman web rasmi https://mpm.edu.gov.my

*** SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA ***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *