Kelebihan Tingkatan 6, terdapat banyak kelebihan sekiranya memilih untuk berada di tingkatan 6. Menjadi pelajar STPM merupakan medium terbaik untuk pelajar melanjutkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Antara kelebihan menjadi pelajar tingkatan enam ialah :
6 Kelebihan Tingkatan 6
1Tempoh Pengajian Yang Singkat
Bebanding dengan diploma, pelajar diploma perlu belajar dalam tempoh tiga tahun berbanding dengan pelajar STPM pelajar hanya belajar selama setahun setengah. Kebiasaanya bermula pada bulan Jun Dan habis pada bulan disember tahun berikutnya. Walaupun demikian, kebanyakan program diploma sudah mula kini turut menawarkan program 2 tahun.
2 Kos pengajian Yang murah
Bagi pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan ataupun sederhana ini merupakan pilihan yang paling terbaik untuk mereka melanjutkan pelajaran. Ini kerana, kos Yang hanya perlu dibayar di tingkatan enam ialah kos pelajaran bagi pendaftaran MUET.
3 Boleh Mengulang Subjek Yang Gagal
Bagi pelajar yang gagal dan pelajar yang ingin memperbaiki keputusan STPM, pelajar boleh mengulang subjek dengan hanya membayar RM 50 ringgit bagi setiap subjek yang ingin di ambil.
4 Mudah Menyesuaikan Diri
Hal ini kerana apabila pelajar pra-u dapat melanjutkan pelajaran ke universiti mereka sudahpun didedahkan dengan kehidupan pelajar universiti semasa belajar di tingkatan enam. Jadi, mudah bagi mereka untuk membuat assignment berbanding dengan pelajar yang terus melanjutkan pelajaran ke universiti. Mungkin mereka belum mempnyai asas dalam kehidupan pelajar universiti.
5Mendapat Bimbingan Dari Guru-guru
Pelajar tingkatan enam amatlah beruntung kerana mereka mendapat bimbingan daripada guru-guru, dengan jumlah pelajar yang sedikit, guru-guru dapat memberikan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar semasa membuat tugasan berbanding dengan pelajar universiti, Kebanyakan pelajar di Universiti perlu menyiapkan tugasan mereka sendiri tanpa bimbingan daripada guru-guru dan pensyarah
6Dekat Dengan Ibubapa
Sejak akhir-akhir ini sering kita dengar tentang masalah sosial yang di lakukan oleh pelajar yg berjauhan daripada ibubapa oleh itu dengan berada dekat dengan keluarga pelajar dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
Dengan itu jelaslah bahawa menjadi pelajar tingkatan enam mempunyai banyak kelebihannya, jadi kepada pelajar spm Yang masih memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi haruslah tidak meletakkan STPM sebagai pilihan terakhir anda. Apa yang paling penting semasa berada di tingkatan enam ialah kita perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh.