6 Kerja Gaji Besar 10K Tanpa Masuk Universiti

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Jangan terbeliak mata, ada benarnya potensi pendapatan 10K, kerja gaji besar walaupun tanpa masuk Universiti. Jumlah pendapatan sebenarnya bergantung pada kerajinan dan tugas yang diberi. Selain itu juga, kerja yang berisiko pastinya mendapat bayaran lebih tinggi kerana ia mungkin boleh membahayakan nyawa atau fizikal.

Memang benar, kebiasannya kita akan dapat gaji besar jika belajar tinggi hingga peringkat ijazah sehingga PHD. Namun demikian, dunia persaingan kerja yang terhad kini memungkinkan graduan susah untuk dapat kerja yang berpendapatan lumayan. Kepada yang tidak berjaya masuk ke universiti, jangan bersedih dan putus asa. Dalam dunia ini ada rezeki lain kerja gaji besar yang berpotensi pendapatan sehingga 10K walaupun lepasan SPM.

Kerja Gaji Besa
Kerja Gaji Besar , Foto : AP Crane Training

Kerja Gaji Besar Tanpa Masuk Universiti

Driver Loadloder
Driver Loadloder

1Driver Lori Pengangkut/ Driver Loadloder

  • Kebiasaanya gaji permulaan 4 ribu keatas
  • Pendapatan sebulan boleh mencecah 10k jika sentiasa keluar lokasi bersama elaun.
  • Gaji lebih besar jika dapat bawa lori lebih besar dengan muatan yang berat
  • Lori Loader untuk kenderaan berat untuk ke lokasi projek juga mendapat bayaran tinggi.
  • Jika dah ada lesen P, upgrade ke lesen bawa lori GDL serta lesen bersendi untuk bawa loader 3 axle.
Baca Juga :  Inilah Antara Sebab Gagal Permohonan UPU

2Mekanik

  • Ada yang pandang remeh dengan kerja mekanik ni, berperang dengan minyak dan banyak menggunakan fizikal.
  • Habis SPM pergi belajar kemahiran di institusi seperti GiatMARA, belajar automotive tahap 2.
  • GiatMARA tidak ada had umur, tidak ada SPM pun boleh mohon.
  • Belajar di GiatMARA juga disediakan elaun bulanan untuk pelajarnya.
  • Setelah habis belajar 1 tahun, pergilah tingkatkan pengalaman dan kemahiran untuk kerja di syarikat/kedai automotive
  • Bila dan mahir dengan dunia baiki kereta, sambung semula ke GiatMARA ambil kursus inkubator, kebiasannya masa itu anda akan layak buat pinjaman MARA untuk memulakan bengkel sendiri dan bergelar bos.
  • Pendapatan pastinya dari upah setiap perkara yang dibaiki serta keuntungan jualan peralatan.
wireman
wireman

3Wireman

  • Satu rumah kadangkala boleh mencecah lebih dari 4k untuk kos upah dan bahan pendawaian elektrik.
  • Keuntungan dapat dari upah dan juga barang yang dipasang, itu belum termasuk servis-servis selepas siap.
  • Kalau nak belajar boleh tanya Institut Latihan Perindustrian, GiatMARA, Kolej Komuniti. Institusi kemahiran banyak menyediakan kursus ini dan ada antaranya menyediakan elaun semasa belajar.
Crane Operator
Crane Operator

4Crane Operator

  • Kerja ini juga perlu ada lesen dan juga latihan yang mencukupi
  • Boleh bertanya di jabatan tenaga kerja bagaimana nak mohon lesen.
  • Kos mungkin tidak terlalu mahal
  • Jika dapat kerja offshore tengah laut pastinya dapat pendapatan tinggi.
Baca Juga :  Contoh Pengiraan Merit Ke IPTA dan Politeknik
Boring Machine
Boring Machine

5Boring Machine

  • Juga kerja dengan jentera berat, tetapi jentera yang diguna adalah jentera pengorek kedalaman Boring Machine ( gambar )
  • Gaji ikut kedalaman meter dan boleh dapat sehingga 7K.
Mobile Crane
Mobile Crane

6Mobile crane

  • Gaji adalah sekitar 4k untuk basic, boleh sampai sehingga 10K termasuk elaun dan Overtime.
  • Gaji kebiasannya dibayar dalam USD
  • Untuk buat lesen kren darat perlu buat di CIDB/ABM negeri. Kursus adalah 3 bulan jam 8 pagi hingga 5 petang
  • Jika dah ada keluarga boleh pergi personal. Lokasi di bukit beruntung dan Gamuda.
  • Jika nak upgrade lesen kren darat ke krewn laut offshore boleh upgrade di Paka terengganu dengan syarat berpengalaman mengendalikan kren lebih 2 tahun.
  • Jika berduit tidak perlu tunggu 2 tahun boleh sertai kursus berbayar di MIRI sarawak dengan kos sekitar 5 ribu.

Banyak lagi pekerjaan lain yang agak asing dan kurang popular tetapi mendatangkan pendapatan lumayan seperti :

  • Welder kat offshore
  • Scaffolding – Ambil siijil competent kat ABM, masuk Oil&Gas

Dipetik dan disunting dari : sumber gambar tweeter

Sebenarnya ada lagi pekerjaan yang lumayan yang masih belum kita ketahui, ilmu dan pengalaman yang membezakan setiap orang membuat pilihan. Jika anda gagal SPM, jangan kecewa, rezeki masih luas dan berusahalah untuk masa depan yang lebih terjamin. InsyaAllah.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here