6 Kerjaya Sebagai Penulis

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kerjaya sebagai penulis semakin menjadi salah satu kerjaya hakiki seseorang pada masa kini. Hal ini disebabkan, kerjaya ini mempunyai masa yang lebih bersama keluarga berbanding dengan mereka yang bekerjaya di luar sana. Kerjaya sebagai penulis ini mampu menghasilkan wang yang banyak sekiranya anda ketahui cabang yang sebenar. Walaubagaimana seklalipun, untuk menjadi seorang penulis yang hebat anda WAJIB ketahui 5 perkara ini dahulu.

Antara 5 perkara yang WAJIB anda ketahui adalah:-

  • Banyak membaca bahan ilmiah

Untuk menjadi seorang penulis yang berkualiti, anda perlu banyak membaca untuk memastikan setiap info yang anda sampaikan adalah update dari semasa ke semasa. Ianya bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang betul dan tepat TERUTAMANYA bagi penulis yang menulis berkenaan dengan berita dan kesihatan.

  • Minat yang mendalam dalam bidang penulisan

Dalam setiap satu bidang minat itu sangat penting, justeru itu untuk menjadi penulis yang berjaya anda WAJIB mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan. Minat ini merupakan perkara asas yang perlu ada sebagai seorang penulis.

  • Kesungguhan untuk menghasilkan artikel/ karya yang berkualiti

Apabila di sebut kerjaya maka anda WAJIB mempunyai kesungguhan untuk menghasilkan artikel/ karya yang berkualiti. Kesungguhan itu akan terhasil sekiranya ianya digabungkan dengan minat yang mendalam di dalam bidang penulisan ini.

“Kerjaya tanpa kesungguhan akan melahirkan hasil penulisan yang kurang berkualiti”
  • Konsisten dalam menghasilkan artikel/ karya yang berkualiti

Bagi menjadi seorang penulis yang terbaik, anda perlu konsisten di dalam penulisan. Hal ini bagi memastikan setiap idea di dalam penulisan mudah untuk diterima ramai. Justeru itu, konsisten itu sangatlah penting TERUTAMANYA bagi penulis didalam bidang kesihatan dan kecantikan.

  • Bertanggunjawab

Sebagai seorang penulis yang berkualiti, anda bertanggunjawab dalam setiap penulisan yang anda tulis. Justeru itu, pastikan setiap info yang disampaikan adalah benar dan tepat. ELAKKAN rujukan penulisan anda daripada info yang TIDAK sah. Dapatkan info penulisan menerusi laman web yang diiktiraf dan benar sumbernya.

Info Tambahan :  Langkah-Langkah Kerjaya Berjaya di LinkedIn 2023

6 Kerjaya Sebagai Penulis

Cabang kerjaya sebagi penulis ini besar. Walaubagaimana sekalipun masih ramai yang tidak perasaan akan cabang kerjaya ini kerana mereka beranggapan kerjaya sebagai penulis ini kurang mendatangkan hasil yang lumayan. Sedangkan kerjaya sebagai penulis ini mampu menghasilkan duit yang banyak sekiranya anda tahu pecahan setiap satu kerjaya sebagai penulis ini.

Antara 6 kerjaya sebagai penulis adalah:-

  1. Menulis buku/ Ebook

Kerjaya sebagai penulis

Dalam penulisan Ebook ini mementingkan minat anda dalam menulis dan faham konsep apa yang hendak ditulis. Penulisan Ebook ini merupakan salah satu jenis buku yang bukan fizikal ianya hanya boleh digunakan dalam handphone atau komputer sahaja. Penulisan Ebook ini memakan masa yang panjang tetapi bayaran untuk pembelian Ebook lebih murah berbanding dengan buku fizikal.

INFO TAMBAHAN!!!

Pembayaran Ebook ini berdasarkan panjang penulisan atau mengikut muka surat yang anda hasilkan atau bergantung kepada tahap kesukaran buku yang anda hasilkan. Terkadang pembayaran buku Ebook bergantung kepada tahap profesionalism anda.

  1. Penterjemah

Sekiranya anda merupakan seorang individu yang fasih dalam pelbagai bahasa maka anda LAYAK menjadi penterjemah kepelbagaian bahasa. Kebiasaannya, tugasan penterjermah ini mudah mencari punca mata pencarian kerana ramai yang mahu mencari penterjemahan untuk menukar tulisan atau bahasa.

Kebiasaanya, pembayaran bagi penterjermah bahasa adalah mengikut juumlah muka surat yang diterjermah atau tahap kesukaran untuk menterjermah sesuatu bahasa itu. Selain mampu menjadi punca mata pencarian anda, anda juga mampu untuk polis semula bahasa yang anda pelajari dari semasa ke semasa.

  1. Penulis Artikel

Kerjaya sebagai penulis

Dahulu penulis artikel hanya di perlukan untuk penerbit majalah atau surat khabar sahaja. Walaubagaimana sekalipun, kini penulis artikel diperlukan di mana-mana sahaja kerana ianya merupakan punca mata pencarian yang mudah. Bayaran bagi penulis artikel ini adalah berdasarkan patah perkataan yang mereka tulis atau bergantung kepada tajuk penulisan yang mereka pilih.

Info Tambahan :  6 Kemahiran Hidup Powerful di Kampus Universiti

Antara laman web yang menawarkan kerja sebagai penulis adalah seperti Maukerja.

  1. Proofread

Proofread adalah mereka yang membaca ulang sebuah tulisan, tujuan adalah untuk memeriksa apakah terdapat kesalahan frasa kata dalam teks tersebut. Kebiasaanya mereka akan semak kesalahan dalam penggunaan tanda bacaan, ejaan, konsistensi dalam penggunaan nama atau istilah.

Kebiasaanya, khidmat proofread ini digunakan dalam mereka yang sedang membuat tesis (mahasiswa). Hal ini disebabkan, penggunaan frasa kata yang betul mampu membantu mereka mendapat marah yang tinggi sedikit berbanding dengan mereka yang menggunakan frasa kata yang tidak teratur.

  1. Pengurus media sosial

Kerjaya sebagai penulis

Pengurus media sosial biasanya mereka yang mengawal selia facebook, instagram dan twiter bagi peniaga. Justeru itu, bagi mereka yang menjadi pengurus media sosial ini WAJIB menjaga dan update maklumat di media sosial sekerap yang mungkin bergantung kepada perjanjian anda dengan peniaga tersebut.

Kebiasaanya mereka yang menjadi pengurus media sosial ini BERTANGGUNJAWAB menjawab komen, update status dan PM pembeli yang bertanya soalan. Pengurus media sosial sangat PENTING bagi setiap peniaga yang aktif dalam urusan jual beli secara atas talian.

  1. Copywriting

Copywritting merupakan satu tugas yang diberikan kepada peniaga untuk membuat ayat agar pelanggan tertarik untuk membeli barangan yang mereka jual. Kebiasaanya, mereka yang menggunakan khidmat copywriting ini adalah mereka yang membuat perniagaan atas talian. Pembayaran copywritting adalah bergantung kepada jumlah patah perkataan yang diberikan atau kepayahan dalam menulis copywritting tersebut.

Akhir sekali, kerjaya sebagai penulis ada banyak maka jangan pernah berasa kecewa sekiranya anda hanya tahu menulis sahaja. Hal ini disebabkan, dengan menulis anda mampu menghasilkan wang yang banyak dan mampu menjadi salah satu mata pencarian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *