6 Persediaan Untuk Mudah Dapat Kerja

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dunia mencari pekerjaan kini bukanlah mudah,  oleh yang demikian persediaan yang rapi perlu untuk mudah dapat kerja.  Persaingan mendapatkan pekerjaan kini bukanlah mudah seperti dahulu kerana kebanyakan kerja kosong mendapat saingan yang sengit oleh kerana jumlah permohonan yang banyak.

6 Persediaan Untuk Mudah Dapat Kerja 1
Mudah Dapat Kerja

Terdapat banyak faktor kenapa pasaran kerja menjadi agak rumit kini.  Selain daripada faktor ekonomi faktor diri sendiri juga banyak mempengaruhi  permohonan pekerjaan seseorang.  Jika faktor ekonomi mungkin keadaan kewangan sekarang menyebabkan banyak penyedia-penyedia pekerjaan yang mengecilkan jumlah pekerja nya dan juga sikap pembeli yang mula berjimat-cermat menyebabkan kurangnya pendapatan penyedia pekerjaan seterusnya mengecilkan jumlah pekerja mereka.

Untuk faktor diri sendiri ialah pemohon kerja itu sendiri yang tidak cukup bersedia dan tidak banyak pengetahuan untuk memilih pekerjaan.  Kebanyakan yang gagal dalam memilih pekerjaan atau pun lambat  untuk mendapat pekerjaan ialah kerana  kurangnya persediaan yang sebaiknya untuk memilih pekerjaan.  Di bawah ialah 6 persediaan untuk anda mudah untuk dapat kerja .

Daftarkan diri anda di laman web cari kerja

 Di Malaysia, terdapat banyak laman web yang menjodohkan pencari kerja dan pemohon kerja. Terdapat banyak pilihan web mencari kerja sama ada daripada kerajaan sendiri ataupun swasta.  Apapun pilihan web yang anda mohon pastikan ianya adalah yang betul-betul menawarkan perkhidmatan carian yang percuma dan tepat.

 Di bawah ialah contoh-contoh laman web yang mungkin anda boleh daftar dan boleh anda cari pekerjaan:

Info Tambahan :  TikTok Affiliate: Cara Daftar Dengan 0 Followers

·        Jobstreet

·        Jooble

·        JobsDB

·        JobsMalaysia

·        SPA Malaysia

·        mudah.my

 Informasi berkelompok

Perhubungan berkelompok adalah amat penting untuk anda dapatkan informasi pekerjaan.  Oleh yang demikian, anda perlu melibatkan diri ke media-media sosial yang mempunyai kelompok yang menawarkan info-info pekerjaan supaya anda lah orang pertama yang mendapat maklumat kekosongan pekerjaan melalui kelompok tersebut.

Anda boleh menggunakan platform seperti Facebook group, WhatsApp group ataupun apa sahaja group yang boleh anda ketahui informasi kekosongan pekerjaan.

 Media massa

Terdapat Banyak pilihan untuk mendapat maklumat dari media masa kini.  Anda juga boleh mendapatkan maklumat di media rasmi seperti di televisyen, radio dan blog blog kerjaya untuk menambahkan lagi informasi peluang pekerjaan yang akan dikeluarkan.  Anda boleh menggunakan fungsi subscribe yang ada pada blog tersebut untuk terus mendapatkan maklumat ke e-mel apabila ada informasi utama mereka.

 Resume

Sebenarnya ini adalah yang paling penting untuk anda mohon kerja.  Apa saja pekerjaan yang anda ingin mohon perkara utama yang akan diminta ialah  resume.   Resume  adalah satu dokumen yang menerangkan perkara-perkara penting mengenai  diri anda untuk memohon pekerjaan tersebut.  kebanyakan suami wajib mempunyai biodata anda Pemilikan iktisas Akademi anda dan kemahiran anda.

Bagi yang tidak biasa dan masih baru untuk membuat resume mungkin boleh terus muat turun contoh atau tips membuat resume yang telah kami keluarkan sebelum ini.

Maklumat-maklumat yang ada di  rezume itulah yang akan mempercepatkan pemahaman majikan untuk memahami anda seterusnya menerima anda dalam pekerjaan.  Hasil  resume yang baik sebenarnya boleh membantu anda mendapat pekerjaan.

Info Tambahan :  Pemilihan Kerjaya yang Sesuai: 7 Panduan dan Petua

Bukti kertas  laporan,  sijil dan kertas projek

Kebanyakan majikan akan memikirkan hasil yang telah anda lakukan,  sebenarnya hasil laporan yang telah anda lakukan adalah sangat berharga untuk menggambarkan kebolehan yang anda ada. Oleh yang demikian Setiap apa sahaja projek atau  kerja yang anda lakukan sebelum memohon pekerjaan hendaklah di failkan di dalam satu laporan  atau dokumen supaya anda boleh tunjukkan kepada mereka  hasil kerja anda sebelum ini.

Bagi yang tidak ada pengalaman bekerja anda boleh juga mengumpulkan sijil-sijil yang telah dianugerahkan kepada anda,  projek-projek komuniti  berkaitan dan perlu didokumentasikan untuk memohon pekerjaan.

Anda juga  digalakkan untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sebelum ini  untuk membuktikan lagi kebolehan nya anda ada

 Kemahiran lain

Tahukah anda kemahiran tambahan yang anda ada sebenarnya menjadi satu nilai tambah pihak majikan untuk menerima anda.  Oleh kerana persaingan sengit kemungkinan anda akan mempunyai penilaian yang lebih kurang sama dengan pemohon kerja yang lain.  Jika  anda mempunyai kemahiran tambahan sudah pasti majikan akan memilih anda.

Untuk mendapatkan kemahiran, anda perlu menyertai kursus pendek yang dianjurkan institusi kemahiran awam atau swasta. Pilihan seperti di Kolej komuniti, ILP, IKM dan juga Giat Mara adalah bertepatan.

Jika anda memohon sebagai kerani sekali pun Jika anda mempunyai kemahiran membaiki komputer majikan akan memilih anda kerana anda berkebolehan untuk  memperbaiki sendiri komputer yang anda gunakan tanpa membebankan majikan.

Diharapkan enam persediaan yang dibincangkan di atas ini dapat membantu anda memohon pekerjaan.  Apa yang paling penting ialah persediaan dan tindakan cepat anda sebaik sahaja anda menamatkan pengajian ataupun selepas anda berhenti kerja sebelumnya.  Lengkapkan diri anda dengan 6 persediaan yang dibincangkan dan percayalah dengan rezeki yang anda usahakan. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *