6 Prospek Kerjaya Bagi Lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Anda lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab? Kenapa anda memilih jurusan ini? Pelbagai jawapan kita boleh dapati untuk persoalan ini. Ada juga yang kata Ijazah Arab ni tidak komersial. Benarkah begitu? Sebenarnya bukan salah jurusan kalau anda tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan. Anda perlu lebih kreatif jika mahu mudah mendapat pekerjaan. Ramai yang kata biasanya lulusan pengajian Islam dan bahasa Arab memilih untuk menjadi guru atau terlibat dalam bidang pendidikan yang mana kata mereka tidak kreatif. Sebenarnya, tidak salah pun menjadi seorang guru tambahan profesion itu merupakan profesion yang mulia. Namun janganlah dijadikan sebagai pilihan terakhir.

kerja

kerja

Kali ini, penulis ingin kongsikan beberapa peluang kerjaya untuk anak muda yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab:

Tutor @ Pensyarah @ Guru Bahasa Arab

Haa… tadi baru sebut kan? Bidang pendidikan ini sesuai untuk mereka yang minat mengajar. Orang yang minat mengajar bukan setakat perlukan kesabaran yang tinggi malah juga perlu kreatif mempelbagaikan teknik mengajar. Ingat, tutor, guru dan pensyarah merupakan pekerjaan yang berbeza walaupun bidang yang sama iaitu pendidikan. 

Kalau anda menjadi home-tutor, anda perlu pergi mengajar di rumah pelajar atau tutee anda. Elaun akan diberikan mengikut jam, itupun jika anda bekerja dengan syarikat home-tutor yang sedang tumbuh bak cendawan sekarang. Untuk menjadi tutor, anda perlu mendaftarkan diri dengan syarikat ini terlebih dahulu. 

Manakala, untuk menjadi guru di sekolah kerajaan anda perlu dapatkan diploma pendidikan terlebih dahulu kecuali Ijazah anda itu ijazah pendidikan yang sememangnya diiktiraf untuk menjadi guru. Untuk menjadi pensyarah anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya kelulusan master. Namun jika anda berminat untuk menjadi pensyarah menggunakan ijazah sarjana muda anda, anda boleh mohon untuk bekerja di kolej-kolej swasta.

Mutawwif

Mutawwif juga merupakan pekerjaan yang membawa pulangan yang lumayan. Untuk menjadi mutawwif, anda tidak semestinya disyaratkan pandai berbahasa Arab, yang penting anda pandai dalam pengurusan. Sekiranya berminat, boleh daftar sijil kursus mutawwif di mana-mana institusi yang menawarkan kursus tersebut. Untung juga jadi mutawwif ni kan? Sambil bawa orang kita juga dapat beribadah di Tanah Suci Mekah.

Jurubahasa atau translator

Sebenarnya ada perbezaan antara jurubahasa dengan penterjemah. Penterjemah biasanya bertanggungjawab untuk translate dokumen. Manakala, tugas jurubahasa pula menterjemahkan secara lisan serentak pada masa itu juga. Dalam SPA, ada dua peluang pekerjaan iaitu jurubahasa serentak dan jurubahasa mahkamah. Sekiranya anda betul-betul menguasai bahasa Arab, hal ini tidak susah bagi anda lebih-lebih lagi jika anda pandai dalam kemahiran menterjemah secara direct. 

Pegawai Tadbir Diplomatik

Anda juga boleh memohon untuk menjadi pegawai tadbir diplomatik. Jawatan ini juga terdapat dalam permohonan pekerjaan di SPA online. Sekiranya anda seorang yang suka terlibat dengan perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, anda patut memohon jawatan ini. Penulis ada kenal seorang PTD, kerjanya memang selalu mengiring menteri ke luar negeri, syok juga kan?

Receptionist

Receptionist atau penyambut tetamu merupakan suatu pekerjaan yang biasa wujud di hotel-hotel. Kalau nak jadi receptionist, tak boleh masam muka, perlu sentiasa ceria dan menyambut setiap orang tetamu dengan senyuman yang menggembirakan. Paling penting, perlu ramah melayan pertanyaan daripada orang ramai. Dari sini, skil komunikasi anda dapat dilihat lebih-lebih lagi ketika mahu berinteraksi dengan orang ramai.

Pegawai Berita

Belum jumpa lagi yang berkenan di hati? Anda boleh cuba untuk memohon sebagai pegawai berita. Tugasnya ialah mengeluarkan laporan berita pada setiap hari untuk kegunaan pelanggan (contoh: Berita Harian, Utusan, NSTP) daripada sumber-sumber yang diperolehi untuk disampaikan kepada masyarakat.

Aspek Pemberitaan

  • a. Mengumpul dan memproses berita-berita am, ekonomi,sukan dan lain-lain.
  • b. Menyediakan laporan berita

( Sumber: laman web jawatankosong.net)

Sekian perkongsian kali ini. Boleh tinggalkan komen sekiranya ada apa-apa kemusykilan berkaitan dengan permohonan pekerjaan ini, atau layari laman web SPA untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang pekerjaan dengan sektor kerajaan.

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x