6 Teknik Mohon Kerja Melalui Media Sosial

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Dengan kecanggihan teknologi kini,  memohon kerja bukan sahaja melalui televisyen ataupun  surat khabar. Banyak syarikat-syarikat sama ada sektor swasta ataupun kerajaan mula memanfaatkan teknologi media sosial untuk menyebar kekosongan kerja.

Teknik Mohon Kerja
Teknik Mohon Kerja

Media-media sosial dipilih adalah bagi meningkatkan lagi penyampaian kerana media sosial berpotensi untuk mudah disebarkan dan diakses oleh ramai orang.  Oleh yang demikian seorang pencari kerja perlulah mahir dengan teknik mohon kerja melalui media sosial supaya maklumat kekosongan pekerjaan yang dibaca bersesuaian dan tidak  dimanipulasi oleh individu atau kumpulan yang berniat untuk membuat penipuan.

Untuk pengetahuan pembaca,  dalam media sosial kini bukan sahaja terdapat iklan-iklan permohonan pekerjaan di sektor kerajaan namun demikian syarikat swasta juga menggunakan media sosial untuk mencari pekerja.  Disamping itu juga terdapat syarikat-syarikat yang memanipulasi dengan membuat penipuan dan membuat jenayah lain.

Untuk memastikan maklumat dan iklan yang anda terima betul-betul dari syarikat yang inginkan pekerjaan Kami sediakan enam teknik bagaimana untuk memohon kerja melalui media sosial.

Teknik mohon kerja di media sosial

Pantau  komen pada page rasmi  Syarikat/ institusi

Untuk pengetahuan anda , jika kita hendak mengetahui lebih lanjut berkenaan  syarikat tersebut kita boleh melawati page rasmi mereka dan melihat komen-komen ataupun review daripada pelawat.  Post komen terbaru kebiasaannya tidak sempat di delete dan ia boleh memberi gambaran kepada anda bahawa maklumat iklan tersebut benar ataupun  penipuan.

Hubungi bekas pekerja

Cara ini  agak sukar, namun  sekiranya anda mempunyai banyak masa anda boleh terus ke page rasmi syarikat tersebut dan  cuba mencari bekas pekerja syarikat tersebut melalui ruangan komen. Daripada situ anda boleh terus hubungi secara peribadi  bekas pekerja tersebut dan secara tidak langsung dapat maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan agensi atau syarikat tersebut.

Kaji kredibiliti Syarikat

Kredibiliti syarikat anda boleh lihat berdasarkan laman web rasmi mereka dan page rasmi mereka.  Kebiasaannya syarikat ataupun institusi yang stabil mempunyai laman web yang nampak profesional tanpa menggunakan  alamat tumpang ataupun hosting percuma . Untuk laman web kerajaan pula semestinya alamat mereka mempunyai GOV. Selain itu juga Anda perlu melihat latar belakang dan carta organisasi syarikat tersebut dan sekiranya carta organisasi mempunyai gambar sebenar dan maklumat yang jelas menambahkan lagi kepercayaan kepada syarikat tersebut.

Hubungi Syarikat

Salah satu tindakan yang perlu anda buat untuk meningkatkan lagi kepercayaan anda kepada syarikat yang bakal anda mohon nanti ialah dengan cara menghubungi Syarikat melalui panggilan telefon.  Hal ini kerana panggilan telefon boleh memudahkan anda untuk terus mendengar percakapan daripada pihak syarikat dan Ia juga boleh meningkatkan lagi kesahihan syarikat tersebut mencari pekerjaan.

Emailkan rezume

Memohon pekerjaan pastinya memerlukan resume,  rezume ialah pengenalan pertama permohonan pekerjaan dengan majikan.  Setelah anda kaji dan anda percaya kepada syarikat dan iklan yang dikeluarkan anda boleh terus menghantar resume dan Jangan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana dibimbangi jawatan tersebut telah dipenuhi.

Cakna dengan panggilan temuduga

setelah anda menghantar resume anda perlulah prihatin dan sentiasa Update terkini dengan panggilan temuduga.  Hal ini kerana sekiranya panggilan temuduga anda terlepas, anda kemungkinan susah untuk mendapat panggilan kembali.  Sekiranya keputusan temuduga agak lama, jangan malu atau segan untuk hubungi kembali syarikat tersebut untuk bertanyakan status permohonan anda.

Diharapkan tips mencari pekerjaan dari media sosial ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat pemilihan dan mengenalpasti syarikat ataupun institusi yang benar atau syarikat yang  palsu.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of