6 Tips Mudah Menyimpan Duit Semasa Belajar

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bukan mudah untuk menjadi senang justeru itu kami ada menyediakan tips mudah untuk menyimpan duit semasa belajar. Lagi-lagi pada musim pandemik ini, graduan semakin sukar untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.

Jadi, menyimpan duit semasa belajar amatlah penting untuk membuat:-

  • ​Pembayaran hutang pembelajaran bagi mereka yang meminjam PTPTN
  • ​Permulaan kehidupan (bagi mereka yang bakal menyewa rumah/ bilik sewa)

Jadi, sebagai bakal graduan anda perlu bijak dalam pengurusan wang yang anda dapat semasa belajar seperti wang pinjaman PTPTN, wang biasiswa dan wang tajaan daripada kerajaan Negeri. Setiap pemebelanjaan perlu direkodkan agar tiada pembelanjaan yang melebih daripada wang yang diterima dan pelajar boleh menyimpan wang yang lebih itu.

 

Tips Mudah Menyimpan Duit Semasa Belajar

Antara tips mudah untuk menyimpan duit semasa belajar yang boleh diikuti oleh semua pelajar adalah:-

1) Pinjam buku rujukan daripada perpustakaan atau beli buku rujukan terpakai yang ingin dijual oleh senior

Tips Mudah Untuk Menyimpan Duit Semasa Belajar


Setiap pelajar memerlukan buku sebagai rujukkan dalam pembelajaraan TERUTAMANYA buku rujukkan yang di import bagi mereka yang belajar dalam bidang profesional. Terkadang harga buku rujukan yang di import sangat mahal dan menyebabkan ada pelajar yang berasa terbeban untuk membeli buku tersebut. Justeru itu, dengan meminjam buku di perpustakaan mampu mengurangkan beban pembelian buku tersebut.

“Masalah meminjam buku di perpustakaan adalah update buku terbaru di perpustakaan adalah terhad. Kebiasaanya, perpustakaan akan menyediakan buku rujukan edisi yang lama bukan edisi yang baharu”

Pilihan lain yang pelajar ada adalah beli buku rujukan yang ingin dijual oleh pelajar senior. Dengan cara membeli buku terpakai juga mampu menjimatkan pembelian. Buku terpakai lebih murah berbanding buku baru.

“Buku terpakai murah TETAPI terkadang edisi buku terpakai tidak latest seperti buku terkini. Sekiranya, edisi terkini mempunyai info tambahan, tetapi infonya tidak akan lari jauh dari edisi lama”

“Bukan setiap tahun buku rujukan akan update info TETAPI terkadang pihak penulisan akan update info sekiranya terdapat kajian terbaru sahaja, jadi jangan risau sekiranya anda menggunakan buku terpaksa daripada senior”

 

2) Gunakan pengangkutan yang telah disediakan oleh pihak Universiti

Tips Mudah Untuk Menyimpan Duit Semasa Belajar

Setiap universiti akan menyediakan pengankutaan seperti bas untuk pergi satu fakulti ke satu fakulti yang lain.

Info Tambahan :  Biasiswa Jepun MEXT 2023: Semua yang Anda Perlu Tahu

PERINGATAN!!!

Pengangkutan yang sediakan oleh pihak universiti BUKAN PERCUMA tetapi berbayar. Pembayaran pengangkutan itu diambil pada setiap awal semester bermula.

Justeru itu, pelajar tidak perlu membuat pembaziran untuk membeli sebuah basikal untuk pergi ke kuliah yang jauh dari asrama. Anda perlu biasakan diri bangun awal untuk mendapatkan trip bas yang tidak terlalu sesak. Sekiranya anda ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat pula, mulakan perjalanan ke dewan kuliah di awal pagi.

***Janganlah melakukan pembaziran untuk hidup selesa kerana keselesaan itu akan wujud sekiranya anda bijak menyimpan duit untuk kegunaan masa hadapan***

3) Tinggal di asrama

Setiap universiti akan menetapkan semua pelajar tahun 1 WAJIB untuk tinggal di asrama, manakala pelajar tahun seterusnya perlu aktif bagi melayakkan diri tinggal di asrama.

Cara terbaik untuk menempatkan diri untuk tinggal di asrama. Antara caranya adalah:-

  • Bergiat aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak universiti.

Selain daripada pelajar layak untuk tinggal di asrama, pelajar juga boleh menjimatkan wang pembelanjaan bagi bahagian makanan. Hal ini disebabkan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak universiti akan menyediakan makanan agar pelajar tidak lapar. Jadi, sekiranya pelajar bergiat aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh pihak universiti pasti anda mampu menjimatkan pembelanjaan.

  • ​Menjadi salah satu AJK tertinggi dalam organisasi asrama

Sekiranya kita dapat tinggal di asrama, maka pelajar mampu membuat penjimatan sebanyak 50% dalam perbelanjaan di universiti. Hal ini disebabkan, pebelanjaan di rumah sewa agak mahal TETAPI terdapat juga universiti yang telah menetapkan rumah sewa untuk pelajar agar mereka boleh menggunakan pengangkutan yang pihak universiti sediakan.

Info Tambahan :  Pentingnya Kemahiran Soft Skills dalam Peningkatan Kerjaya Anda
***Jadi pilihan di tangan anda untuk memilih tempat tinggal bagi keselesaan pembelajaran anda***

4) Cuci baju sendiri

Mencuci baju merupakan salah satu perkara yang tidak digemari oleh para pelajar, mereka lebih gemar menggunakan dobi berbanding mencuci baju menggunakan tanggan. Justeru itu, bagi penjimatan pelajar DIGALAKKAN mencuci baju sendiri setiap hari agar sifat malas untuk mencucui baju tiada lagi kerana anda hanya mencuci sedikit sahaja baju.

5) Jangan merokok

Tips Mudah Untuk Menyimpan Duit Semasa Belajar

Jangan melibatkan diri dengan aktiviti merokok kerana merokok boleh memberikan kesan negative kepada pelajar serta kewangan pelajar.

***Rokok boleh membunuh JADI ELAKKAN diri daripada terlibat dengan aktiviti merokok***

PERINGATAN!!!

Sebagai pelajar kita perlu bijak membezakan antara kehendak dan keperluan. Anda perlu bijak dalam melakukan penjimatan dan perlu bijak dalam berjimat TERUTAMANYA pada musim pandemik ini.

Sentiasalah memuhasabah diri dalam membuat sesuatu pilihan kerana pilihan itu berada di tangan anda. ELAKKAN diri daripada melibatkan diri dalam kegiatan merokok kerana sekali terlibat ianya akan menyebabkan kita sukar untuk berhenti merokok.

7) Asingkan duit makan

Tips Mudah Untuk Menyimpan Duit Semasa Belajar


Mencari ilmu itu penting, tetapi dalam kesibukan mencari ilmu tubuh kita perlu sihat. Jadi, sebagai seorang pelajar mendapatkan nutrisi yang mencukupi adalah penting. Pelajar perlu bijak dalam membuat pengasingan duit makan untuk satu semesta agar pelajar tidak kekurangan makanan. Walaupun ianya nampak sukar tetapi sekiranya ia sudah menjadi kebiasaan maka ianya akan menjadi mudah kepada para pelajar.

Sememangnya pada musim pandemik ini pelajar hanya belajar di rumah bukan di falkulti masing-masing dan terdapat juga pihak universiti yang memulangkan semula wang untuk asrama. Walaubagaimana sekali pun, wang yang dipulangkan perlu disimpan agar anda mampu menggunakannya pada masa akan datang. Kehidupan masa kini, tidak semudah pada masa akan datang justeru itu simpan lah duit selagi anda mampu. Ikuti tips mudah untuk menyimpan duit semasa belajar.

Rujukan:- 

https://www.cimb.com.my/bm/personal/life-goals/save/4-financial-tips-to-own-your-first-home-sooner.html

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top