6 Tips Untuk Jana Pendapatan Sampingan bagi yang Bergelar Student

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Hidup sebagai seorang pelajar sememangnya susah lebih-lebih lagi jikalau kita bukan berasal daripada kalangan keluarga yang berada. Walaupun mendapat pinjaman PTPTN, pinjaman itu tidak mencukupi disebabkan oleh faktor-faktor seperti kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi dan banyak keperluan yang mendesak seperti laptop rosak dan perlu dibaiki segera. Kepada siapa boleh kita minta tolong? Hendak minta pada ibu dan ayah pula malu kerana sudah besar panjang. Hanya ada seorang sahaja yang boleh tolong dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah diri anda sendiri! Berikut dikongsikan tips untuk menjana pendapatan sebagai seorang yang bergelar pelajar universiti.

Pendapatan

Pendapatan

  1. Bekerja sebagai part-timer

Jika anda bijak menguruskan masa, anda akan boleh melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu belajar dan juga bekerja! Di bandar-bandar banyak peluang pekerjaan separuh masa yang ditawarkan kepada orang ramai termasuk student. Antaranya ialah di restoran KFC dan McDonald yang mana merupakan francais terkenal sejak dulu lagi kerana kesedapan ayam gorengnya. Di samping memperoleh pendapatan yang boleh meringankan beban, anda akan dapat pengalaman kerja yang boleh dimasukkan dalam resume suatu hari nanti, untung bukan?

2. Sertai pertandingan

Bagaimana pula sekiranya anda tidak sempat buat part-time? Jangan risau, ada lagi pilihan yang lain. Anda boleh sertai pertandingan di universiti anda seperti pertandingan debat dan pidato. Mungkin juga boleh sertai pertandingan yang diadakan secara online seperti pertandingan reka logo dan pertandingan menulis. Terkini, pertandingan International Essay Contest for Young People dianjurkan oleh Goi Peace Foundation bagi mencungkil bakat menulis daripada kalangan anak muda yang berumur 14 tahun hingga 25 tahun. Tarikh tutup ialah pada 15 Jun 2020. Namun, orang ramai yang berminat digalakkan untuk menghantar penyertaan awal-awal untuk mengelakkan kesesakan trafik di laman itu nanti. Apa tidaknya, pertandingan ini merupakan pertandinagan antarabangsa dan disertai ribuan peserta setiap tahun. Namun, tidak salah kalau anda mencuba.

3. Jadi fasilitator

Anda juga boleh berkhidmat sebagai fasilitator untuk mana-mana program yang diadakan oleh kelab di universiti anda. Menjadi seorang fasilitator boleh membentuk keperibadian yang mulia kerana membantu melancarkan program serta mendidik peserta-peserta agar menepati masa dan peraturan. Itu cuma sebahagian daripada faedah apabila anda memilih untuk menjadi seorang fasilitator. Yang menariknya, anda akan dapat bayaran, markah kokurikulum serta makanan percuma! Alangkah beruntungnya anda kerana berpeluang mengasah kemahiran interpersonal serta memperoleh pendapatan sendiri hasil daripada penyertaan anda sebagai fasilitator program. 

4. Jadi tutor 

Nama juga pelajar universiti, sudah pasti anda mempunyai ilmu yang luas dalam bidang yang anda pelajari. Kenapa tidak tawarkan sahaja bantuan kepada pelajar-pelajar universiti yang agak lemah dalam mata pelajaran yang sama jurusan dengan anda? Mereka juga sebenarnya buntu dan perlukan bantuan, inilah masanya untuk anda hulurkan bantuan kepada mereka. Boleh iklankan di portal atau di FB group universiti anda untuk dapatkan pelajar yang ingin belajar dengan anda. Selain junior, anda juga boleh menjadi tutor kepada pelajar UPSR, PT3 dan SPM. Permintaan home-tutor semakin meningkat di zaman yang serba mencabar ini. Inilah peluang anda. Sambil mengajar, anda dapat ilmu mengajar secara praktikal. Tutor al-Quran dan ilmu fardu ain juga mendapat permintaan memandangkan masyarakat sudah semakin sedar akan kepentingan ilmu agama. Kalau anda mengajar al-Quran, pahala dapat, rezeki juga dapat.

5. Jadi penulis blog

Anda minat menulis? Kenapa tidak jadikan minat anda sebagai medium untuk anda menjana pendapatan anda sendiri? Anda boleh memulakan blog anda sendiri atau anda juga boleh mencuba untuk menjadi penulis jemputan di mana-mana blog yang menawarkan peluang tersebut. Untuk menjadi penulis blog, anda perlu pastikan sentiasa up-to-date dengan isu-isu semasa, karier dan lifestyle agar anda sentiasa ada idea untuk menulis. Anda juga digalakkan untuk memilih fokus kepada satu bidang sahaja dan menulis dalam bidang berkaitan. Bayangkan, zaman IT ini, semua orang akan melayari laman web  untuk dapatkan sesuatu maklumat terkini. Sudah pasti anda berpeluang untuk dapatkan view yang tinggi jika kena dengan caranya. Jika anda berminat,boleh google panduan-panduan yang ada di internet untuk bergelar blogger.

6. Jual snek ( bisnes kecil-kecilan)

Tips yang terakhir ialah, berniaga secara kecil-kecilan. Anda boleh menjual roti sosej atau jajan yang mudah untuk disediakan. Percayalah, jika anda menjualnya di waktu malam, anda berpeluang untuk mendapatkan pelanggan yang ramai daripada kalangan rakan anda sendiri. Waktu malam, pelajar biasanya lapar dan malas keluar malam, jadi mereka perlukan runner untuk menghantar makanan ke bilik mereka. Inilah masanya untuk anda buat duit.

Anda pasti rambang mata sekarang setelah tahu banyaknya idea yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Nanti dulu, pilih satu atau dua sahaja dulu kalau anda seorang pemula. Ingat, tugas hakiki anda ialah belajar. Belajar menyusun masa dan tahu mana yang patut didahulukan, insya Allah anda akan berjaya dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. All the best!

Gaji

Gaji

 

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x