7 Sebab Mengapa Perlu Menyimpan di SSPN-i

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:


SSPN-i
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) merupakan salah satu skim atau tabung simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Bagi kanak-kanak SSPN-i adalah tabung simpanan untuk pelajaran masa hadapan. Skim yang ditawarkan oleh pihak PTPTN adalah patuh syariah iaitu mereka menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar”.

“Wakalah Bil Istithmar adalah satu akad perwakilan antara pelanggan dan pihak PTPTN bagi tujuan pelaburan di mana pihak PTPTN bertindak sebagai ejen untuk melaburkan wang pelanggan ke dalam aktiviti pelaburan patuh Syariah”
“Mulai 1 Januari 2020, pelajar yang ingin memohon Pinjaman Wang Belajar PTPTN WAJIB mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan MINIMUM mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN”.

Pembukaan akaun digalakkan dibuat di bank yang tersenarai dibawah ini bagi mempercepatkan proses pembukaan akaun. Antara bank yang disenaraikan adalah:-

  • Maybank
  • Bank Islam
  • Agro Bank
  • Bank Rakyat
  • RHB bank
Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

ATAU

Anda boleh membuka akaun secara atas talian sahaja dengan melayari laman web PTPTN kerana musim pandemik ini pasti ramai yang risau untuk membawa anak keluar. Justeru itu, pendaftaran secara atas talian adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

Panduan Pembukaan Akaun SSPN-i secara atas talian

Untuk membuka akaun SSPN-i perlu mengikut langkah yang kami sertakan dibawah. Ia tidak begiru sukar, namun demikian ada juga individu yang belum biasa mendaftar. Perlu diingatkan, sebarang proses pendaftran dan transaksi perlu menyimpan resit untuk memudahkan yrysan rujukan dikemudian hari.

1) Layari Laman Web PTPTN 

SSPN-i

2) Pilih Menu Pembukaan Akaun /Penambahan Deposit SSPN-i

7 Sebab Mengapa Perlu Menyimpan di SSPN-i 1

3) Isi maklumat Diri

√ Pendeposit
√ Peneriman Manfaat
√ Deposit

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

PERINGATAN!!!
Pastinya anda memasukkan kod Eksekutif 000001909 semasa deposit wang SSPN-i secara online

4) Pembayaran deposit melalui online banking / Perbankan internet

5) Cetak resit bagi tujuan semakan & pengesahan

“PENGESAHAN & SEMAKAN resit boleh dilakukan menerusi email [email protected]

6) Pengesahan

PERINGATAN!!!
Pengesahan adalah penting bagi memastikan transaksi berjaya & kemaskini akan dilakukan oleh pegawai.

**Jika terdapat sebarang masalah / perubahan atas maklumat yang didaftar,anda boleh terus wassap ke no  **

Syarat Pembukaan SSPN-i

1) Pendeposit / Penerima Manfaat

Pendeposit: Ibu Atau Bapa/Penjaga Kepada Anak (sekiranya anak bawah umur dan masih tidak layak untuk membuka akaun sendiri)/ Diri Sendiri Penerima

Manfaat: Anak / Anak Jagaan Yang Ingin Didaftarkan.

PERINGATAN!!!
Sekiranya pendeposit adalah diri sendiri Penerima Manfaat Tidak perlu diisi.

2) Deposit

Bagi pembukaan Akaun Baharu, MINIMUM wang deposit SSPN adalah sebanyak RM20.

“Akaun SSPN-i ini akan kekal aktif sampai bila-bila WALAUPUN anda tidak menambah wang di akaun tersebut sehingga anda ingin menyambung pengajian kerana syarat untuk membuat pinjaman PTPTN adalah peminjam WAJIB mempunyai akaun SSPN-i”

3) Warganegara

Pendeposit & Penerima Manfaat HARUSLAH berstatus Warganegara Untuk Membuat Pembukaan Akaun SSPN-i

Keistimewaan SSPN-i

7 Sebab Mengapa Perlu Menyimpan di SSPN-i 2

1) Layak memohon pinjaman PTPTN

2) Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpang bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun.

“Banyak-banyak keistimewaan, keistimewaan ini yang paling para pendeposit minati iaitu pelepasan taksiran cukai bagi golongan M40”

3) Perlindungan takaful secara PERCUMA ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan keatas

Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal 
(RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada :-

√ PENDEPOSIT yang LAYAK dan berumur dari 18 – 65 tahun.

PENERIMA MANFAAT yang berumur 1 hari hingga 28 tahun

**Tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan**

√ Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.

4) Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak

Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok TIDAK TERMASUK OT/ELAUN) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan LAYAK dipertimbangkan Geran Sepadan 
apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Permohonan hendaklah menyediakan dokumen yang lengkap.

**Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan**

5) Simpanan yang dijamin oleh pihak kerajaan

6) Kadar dividen tahunan yang kompetitif dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN

7) Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dah lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i.

Sekarang tiada istilah anak tidak boleh mendapatkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini disebabkan pelbagai inisiatif telah kerajaan lakukan bagi memastikan semua rakyat layak mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi.

***Semua pilihan ditangan Anda***

Rujukan:-
1) https://sspn-utama.com/?gclid=Cj0KCQiAtqL-BRC0ARIsAF4K3WH6Ldhi-Jq4fdZ0KM3TKgRy-E3SbfKLJMsjF-EFVPWE99kajlSMTNcaAuFGEALw_wcB
2) https://lovesspn.ptptn.gov.my/?gclid=Cj0KCQiAtqL-BRC0ARIsAF4K3WFam0qZ0iYNwyGrXa-FALGtr3pAML4gTbSQGwnnLSnk9r6VM88sCMoaAtHkEALw_wcB
3) https://www.ptptn.gov.my/keistimewaan-sspn-i-side

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *