8 Institusi Pengajian Tinggi Ada Pengambilan Kedua

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Beberapa pelawat kami ada bertanya berkaitan institusi pengajian tinggi yang mempunyai pengambilan kedua, kebanyakannya mempunyai masalah sendiri yang menyebabkan mereka mengharapkan pengambilan kedua dalam memohon Universiti ini. Kebanyakannya menghadapi masalah seperti :

  • Tidak boleh buat rayuan
  • Tidak menepati kehendak Kursus rayuan yang ditawarkan dalam pilihan
  • Ingin mencuba permohonan seterusnya setelah gagal
  • Menolak tawaran kerana faktor jarak pengajian, tidak minat kursus pengajian
Pengambilan kedua
Pengambilan kedua

Sebenarnya pemohonan ke Universiti atau institusi sebenar kebanyakannya setahun sekali iaitu menerusi UPU. Pengambilan sekalugus lebih memudahkan pihak pengurusan universiti dan pelajar. Namun demikian, mengikut rekod info iklan tahun-tahun sebelum ini, ada juga institusi yang membuka permohonan kedua, tetapi perlu diingatkan apa yang berlaku tahun sebelumnya tidak semestinya berlaku pada tahun semasa. Kemungkinan pengambilan kedua adalah bagi memenuhi kekosongan pengajian atau faktor pengurusan lain.

Selain itu juga, pemohonan yang dibuka juga tidak semestinya untuk lepasan SPM, STPM tetapi kebanyakannya melibatkan ijazah lanjutan seperti sarjana dan PHD. Pemohon digalakkan untuk menerima tawaran menerusi UPU kerana sebenarnya ia juga antara pilihan permohonan sebelum ini. Pemohon juga perlulah akur dan sanggup menerima kesan atas pilihan sendiri menolak tawaran yang diberikan UPU.

Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

8 Institusi Menawarkan Pengambilan Kedua

Berdasarkan rekod iklan tahun sebelumnya dibawah adalah Institusi yang mempunyai pengambilan kedua, perlu diingatkan, tahun sebelumnya tidak semestinya ada pada tahun semasa dan kemungkinan juga ada institusi lain yang membuka permohonan.

Institusi Huraian
UITM Mengikut rekod iklan UiTM lebih kerap membuka permohonan. Kebanyakan permohonan dibuka adalah untuk kursus melibatkan muzik dan seni. Kebiasannya ia mula dibuka sekitar oktober. http://pengambilan.uitm.edu.my/
UUM Kebiasannya dibuka untuk pengajian Diploma iaitu sekitar November

http://www.uum.edu.my/en/

UIAM Permohonan dibuka mungkin bagi memenuhi pengajian yang berkaitan pengajian islam. Permohonan sekitar oktober

http://www.iium.edu.my/

UTHM Kebiasannya dibuka untuk pengajian diploma sekitar oktober
http://www.uthm.edu.my/v2/
UPSI Kebiasannya dibuka untuk diploma atau  ijazah lanjutan sekitar oktober
http://www.upsi.edu.my/
Politeknik Politeknik juga pernah membuka permohonan sekitar November

http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp

GiatMara Pengajian kemahiran melalui modul-modul tertentu kebiasannya dibuka sepanjang masa

http://giatmara.edu.my/language/ms/index/

Kolej Komuniti Pengajian juga dibuka sepanjang masa

http://www.jpkk.edu.my/jpkk/

*Info masa, IPT, Kursus yang dimaklumkan tertakluk pada keputusan semasa pihak institusi . PASTIKAN KERAP MERUJUK LAMAN RASMI INSTITUSI UNTUK INFO PERMOHONAN.

Untuk makluman, pengajian ijazah lanjutan seperti sarjana, dan Doktor Falsafah kebiasannya dibuka lebih kerap hampir kebanyakan universiti tempatan. Hal ini kerana bukan mudah untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi terutama melibatkan lebih masa, kos dan kesukaran pengajian.

Maklumat diatas adalah bagi menjawab pertanyaan pelawat berkaitan pengambilan kedua, bagi kami sebenarnya mungkin ada institusi yang membuka permohonan kedua. Sebaiknya anda hubungi pihak institusi yang anda ingin tuju terutama bahagian pengambilan pelajar. Pastikan anda bertanyakan pengambilan seterusnya. Jika ada rezeki mungkin anda tidak terlepas untuk permohonan kedua. Selain itu juga, anda boleh bookmark/ subcribe laman web pengambilan institusi pilihan anda untuk mendapatkan maklumat terus permohonan yang dibuka.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *