8 Tahap Kemahiran Bidang Teknik Dan Vokasional

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Perkongsian tentang  8 Tahap Kemahiran Bidang Teknik Dan Vokasional. Sebagai Kaunselor saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ini khas untuk semua anak didik yang selalu bertanya tentang laluan kerjaya dan tahap kemahiran yang boleh dicapai sekiranya mereka menceburi bidang atau aliran kemahiran.  Masa kini, kemahiran adalah satu bidang kerjaya yang banyak memberi peluang anak muda membina prospek kerjaya yang kukuh dan disegani.

Tahap Kemahiran

Kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu bidang yang diceburi, bukan salah bidang tersebut tetapi lihat kepada siapa yang menceburinya?, bagaimana dengan minatnya dalam bidang itu?, sejauhmana motivasi yang dia ada untuk terlibat dengan bidang tersebut?. Ini kerana minat dan personaliti motivasi yang tinggi akan membantu individu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga dengan sokongan agenda kerajaan yang sangat menyokong bidang kemahiran masa kini membantu golongan muda untuk terus menceburi Revolusi Industri 4.0.

8 Tahap Kemahiran Bidang Teknik Dan Vokasional

SKM TAHAP 1      PERINGKAT OPERASI & PENGELUARAN

SKM Tahap 1 adalah peringkat operasi dan pengeluaran. Asas tentang sesuatu bidang kemahiran yang diceburi. Tempoh latihan biasanya 6 bulan dan latihan berkaitan operasi dan pengeluaran.

SKM TAHAP 2      PERINGKAT OPERASI & PENGELUARAN

SKM Tahap 2 juga peringkat operasi dan pengeluaran. Di tahap 2, tempoh latihan selama 6 bulan, masih lagi berkaitan dengan operasi dan pengeluaran. Tahap kemahiran juga akan meningkat.

SKM TAHAP 3      PERINGKAT PENYELIAAN (SKM)

SKM Tahap 3, tempoh pengajian selama 1 tahun dan latihan berkaitan dengan penyeliaan operasi. Lebih kepada penyeliaan operasi.

DKM TAHAP 4     (DIPLOMA) PERINGKAT PENYELIAAN (DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA)

Masa pengajian juga selama 1 tahun dan latihan masih lagi berkaitan dengan penyeliaan operasi tetapi lebih pakar dalam bidang tersebut. Ilmunya dan kepakaran lebih banyak kerana pengajian dan latihan lebih lama.

DLKM TAHAP 5 (IJAZAH) PERINGKAT PENGURUSAN (DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA)

DLKM Tahap 5 setara dengan Sarjana Muda/ Ijazah. Tahap ini merupakan peringkat pengurusan. Tempoh pengajiannya selama 1 tahun setengah. Jika dibincangkan dari aspek gaji, bidang kemahiran menghasilkan pendapat yang lebih tinggi jika berada di peringkat ini.

SKM TAHAP 6 (SARJANA/MASTER) PERINGKAT PENGURUSAN (TEKNOLOGI KEMAHIRAN MALAYSIA)

SKM Tahap 6 merupakan satu tahap pencapaian yang memberi peluang kerjaya yang lebih tinggi kerana kumpulan pengurusan dan professional memerlukan pencapain tahap ini bagi kenaikan pangkat terutamanya dalam sektor awam. Jika anda berhasrat untuk menjadi Pensyarah/ Penyelidik dalam bidang kemahiran yang anda ceburi. Semakin tinggi atau banyak ilmu anda dalam bidang yang anda ceburi sehingga anda mampu menjadi usahawan yang terkenal dengan hasil yang lumayan.

TKM TAHAP 7     (KEDOKTORAN/PHD) PERINGKAT TEKNOLOGI PAKAR(MALAYSIA SKILLS MASTER)

Semakin tinggi tahap, semakin banyak ilmu anda dan anda menjadi yang paling pakar dalam bidang ini. Di tahap ini anda masa itu telah mempunyai kerjaya yang kukuh tetapi anda ingin meningkatkan kepakaran.

MTM TAHAP 8    (KEDOKTORAN/PHD)PERINGKAT SENIOR TEKNOLOGI PAKAR(MALAYSIA SKILLS  

                              TECHNOLOGY) SENIOR MAINSTER TECHNOLOGIST

Begitu juga tahap kemahiran MTM 8. Masa ni anda berada di peringkat sijil kelulusan yang tertinggi dalam bidang kemahiran anda. Anda sangat pakar.

Persijilan kemahiran Malaysia seperti ini merupakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik. Persijilan kemahiran Malaysia masa kini mampu melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Saya berharap penulisan ini membantu membuka mata anak-anak didik saya di luar sana yang sedang berfikir dan mencari info untuk membina kerja selepas sekolah dan kepada yang masih sekolah, membuka minda untuk membina motivasi untuk terus belajar dan menuntut ilmu ke tahap pencapai yang tertinggi.

Kredit dan Rujukan :

En. Gadapi, Pensyarah Kolej Vokasional Kudat

Pn. City Sabarita, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMK Abdul Rahim, Kudat

http://jpkmalaysia.com/lulusan-dkm-dvm-masuk-ipts/

http://www.dsd.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=470

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )