9 Senarai Tugas Safety Officer SHO

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

SHO? Apa itu SHO? SHO merupakan singkatan untuk Safety Health Officer. Kali ini saya akan kongsikan senarai tugas safety officer ini.

senarai tugas safety officer

senarai tugas safety officer

  1. Untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja.

  2. Untuk memeriksa tempat kerja untuk menentukan sama ada apa-apa jentera, loji, peralatan,bahan, perkakas atau proses atau apa-apa jenis kerja kasar yang digunakan di tempat kerja, yang boleh menyebabkan kecederaan anggota ke atas mana-mana orang yang bekerja di tempat kerja.

  3. Untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.

  4. Untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, menurut peraturan 11, Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan  pekerja di tempat kerja.

  5. Untuk menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 6(2), Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan)1996 dan melaksanakan semua fungsi setiausaha sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu.

  6. Untuk membantu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dalam mana-mana pemeriksaan sesuatu tempat kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan apa-apa langkah yang diambil bagi mematuhi Akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta.

  7. Untuk memungut, menganalisis dan menyenggara statistik mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.

  8. Untuk membantu mana-mana pegawai pada menjalankan kewajipan dibawah akta atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta.

  9. Untuk menjalankan apa-apa arahan lain yang dibuat oleh majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas apa-apa perkara yang berkaitan denga keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
    Sumber: Occupational Safety and Health (Safety & health Officer) Regulations 1997

Banyak juga kan tugas safety officer SHO ni? Untuk anda yang berminat, bolehlah fikir-fikirkan ya. Mungkin pekerjaan ini sesuai dengan jiwa dan personaliti anda.

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x