ACCA : Laluan Menjadi Akauntant Yang Bertauliah 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

ACCA merupakan satu laluan untuk anda menjadi akauntant yang bertauliah dan diiktiraf sebagai akauntant setaraf antarabangsa. Walaubagaimana sekalipun untuk menjadi seorang akauntant yang bertauliah ini anda perlu lulus ujian ini. Buat pengetahuan umum, ujian ini bukan merupakan ujian yang mudah kerana ujian ini merupakan satu ujian atau peperiksaan antarabangsa.

INFO!!!

ACCA adalah singkatan bagi “Association of Chartered Certified Accountant”. Ianya merupakan satu badan perakaunan professional antarabangsa yang mempunyai ibu pejabat di London. Justeru itu, mereka yang mempunyai ACCA amatlah dipandang tinggi oleh sesetengah syarikat dan mampu mendapat tawaran gaji yang lumayan.

 ACCA : Laluan Menjadi Akauntant Yang Bertauliah 2022

ACCA merupakan laluan menjadi akauntant yang bertauliah, walaubagaimana sekalipun sekiranya anda belum mempunyai ACCA anda tetap mampu menjadi seorang akauntant yang bagus. Certification ini merupakan certification yang mampu melayakkan diri anda untuk bekerja di luar Negara kerana ianya diiktiraf oleh 180 buah Negara termasuk Malaysia.

TAHUKAH ANDA!!!

Kelayakkan ini adalah setaraf dengan mereka yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda

Selain daripada certification yang amat bernilai, ianya juga berfungsi sebagai satu platform yang memberi latihan kepada pelajar perakaunan dan menawarkan sijil kelayakan atau gelaran Chartered Accountant. Justeru itu, bagi pelajar atau mereka yang sudah mempunyai kerjaya yang mahu mengambil peperiksaan ini sangatlah dialu-alukan.

INFO TAMBAHAN!!!

Bukan pelajar lepasan SPM atau pelajar Akauntant sahaja yang boleh mengambil peperiksaan ini tetapi pelajar jurursan lain juga boleh mendaftar kursus perakaunan ini bermula daripada Diploma (untuk belajar asas perakaunan) seterusnya menyambung ke peringkat yang lebih tinggi.

Info Tambahan :  Matapelajaran Wajib Skor Dalam SPM 2022

Antara Institusi Pendidikan yang menawarkan ujian atau peperiksaan ini adalah :-

  1. Univeristi Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
  2. KDU University College
  3. Tunku Abdul Rahman Univeristy Collage (TAR UC)
  4. Sunway Collage
  5. INTEC Education Collage
  6. Kolej Universiti Poly Tech MARA (KUPTM)
  7. Taylor’s University
  8. Seri Stamford Collage

Perjalanan untuk mendapatkan ACCA

ACCA

  • Calon yang mengambil SPM/ O- Level layak untuk mengambil
  • Certified Accounting Technician(CAT) selama 1 sehingga 1 1/2 tahun
  • A- Level/ UEC/ STPM
  • Diploma in Accounting selama 2 hingga 2 1/2 tahun

NOTA!!!

CAT adalah Certified Accounting Technician. Ianya adalah kursus profesional yang boleh diambil terus oleh pelajar lepasan SPM. CAT merupakan salah satu jalan pintas untuk mengambil ujian ACCA dengan lebih cepat.

  • Bagi calon A- Level/ UEC/ STPM

Bagi calon level ini, mereka perlu mengambil ujian ACCA Applied knowledge (3 paper) sebelum meneruskan ke level yang seterusnya

Paper syllabus bagi ACCA Applied knowledge (3 paper) adalah seperti berikut :-

  • BT – Bussiness and Technology
  • MA – Management Accounting
  • FA – Financial Accounting
  • Bagi calon :-
    • Certified Accounting Technician (CAT) selama 1 sehingga 1 1/2 tahun
    • Diploma in Accounting selama 2 hingga 2 1/2 tahun
    • ACCA Applied knowledge(3 paper)

Setelah lepas ujian pertama ini, calon layak untuk menduduki ujian ACCA Applied Skill sebanyak 6 paper. Sekiranya mereka lulus maka boleh meneruskan lagi ke tahap yang seterusnya.

Paper syllabus bagi ACCA Applied Skill (6 paper) adalah seperti berikut :-

  • LW – Corporate and Business Law
  • PM – Performance Management
  • TX – Taxation
  • FR – Financial Reporting
  • AA – Audit and Assurance
  • FM – Financial Management
Info Tambahan :  UPUOnline: Panduan Lengkap Permohonan Universiti 2022/2023

Bagi pelajar lepasan Diploma Accounting, sekiranya mereka menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda maka mereka TIDAK perlu untuk mengambil ujian ACCA Applied Skill ini. Setelah tamat pengajian di peringkat Ijazah mereka boleh terus mengikuti Ujian yang peringkat yang lebih tinggi lagi.

  • Setelah lulus ACCA Applied Skill maka anda LAYAK untuk meneruskan ujian ACCA Strategic Professional Essential + Options (4 paper)

Paper syllabus bagi ACCA Strategic Professional Essential + Options (4 paper)  adalah seperti berikut :-

  • SBL – Strategic Business Leader
  • SBR – Strategic Business Reporting

2 daripada pilihan dibawah ini :-

  • AFM – Advance Financial Management
  • APM – Advanced Performance Management
  • ATX – Advanced Taxation
  • AAA – Adavanced Audit and Assurance

INFO!!!

Bagi pelajar Lepasan Ijazah Sarjana Muda, anda hanya perlu mengambil terus ACCA Strategic Professional Essential + Options (4 paper) tanpa mengikut 3 langkah diatas.

  • Langkah akhir sekali, 3 tahun pengalaman dan + Ethics module (online) untuk menjadi member ACCA yang bertauliah

ACCA

Bagi menjadi seorang akauntant yang bertauliah, anda WAJIB mengambil ujian ini. Yuran pengajian bagi peperiksaan ini mahal kerana ianya merupakan peperiksaan bertaraf antarabangsa maka bagi mereka yang mahu memperolehi ACCA ini pastikan anda sudah betul-betul bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Yuran ujian mengikut bayaran US dollar. [KLIK DISINI] untuk maklumat yang lebih lanjut.

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments