Ada Bonus Raya 2012 Kakitangan Awam – Kerajaan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print
Bonus

Bila hampir raya, bonus raya kakitangan kerajaan atau awam menjadi bualan. Untuk tahun 2012 ini, sekali lagi topik bonus raya ini timbul kembali. Sudah menjadi lumrah, pekerja pasti meminta sedikit penghargaan dari majikan terutamanya apabila di hari yang baik Aidilfitri yang bakal menjelang. Sepertimana juga dituntut CUEPACS sebelum ini yang mahukan khabar gembira dari kerajaan bekenaan bonus raya ini.

Oleh demikian, menurut media massa baru-baru ini, sebanyak 1.27 juta kakitangan kerajaan/ awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 yang akan mula dibayar pada pertengahan bulan ini. Selain itu juga kerajaan juga mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan turut juga menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM 500. Benarkah desas desus itu? adakah ia telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita? Maklumat semasa kami masih lagi belum mendapat khabar sahih jumlah bonus raya untuk tahun 2012 ini. Bagi kami, kerajaan ada menyatakan sebelum ini bahawa jumlah bonus raya tahun ini adalah mengikut kemampuan kerajaan.

Menurut maklumat sebelumnya, kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008. Dan tahun lepas, membayar bonus setengah gaji dan minimum RM 500 kepada kakitangan kerajaan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of