Seperti yang kita ketahui,proses pembelajaran secara lisan adalah menjadi rutin biasa dalam sesebuah kelas di mana jua sekolah di dunia,namun proses ini perlu diberi penambahbaikan agar sesuai dengan iklim proses pengajian masa kini menuju abad ke 21.


Akitiviti permainan dalam kelas adalah sesuatu yang lebih menambahkan lagi keseronokan dalam alam persekolahan dimana pelajar akan lebih aktif,peka dan tidak menjemukan mereka semasa berada di dalam kelas.Tidak ada lagi pelajar yang tercicir maupun ketinggalan dalam mengikuti setiap mata pelajaran di dalam kelas.Perkara ini secara tak langsung akan melahirkan lebih ramai pelajar lebih pintar,berilmu dan berkemahiran tinggi.
Antara akitiviti permainan dalam kelas adalah seperti:
Pemimpin Masa Depan
Pemimpin Masa Depan dimana permainan ini akan mengketengahkan bakat pelajar dalam bidang kepimpinan terutama untuk menjadi guru pada suatu hari nanti.Pelajar akan diberi peluang membentangkan hujah mereka dalam program matapelajaran yang mereka lalui.Pelajar lain dan guru boleh bertanya dan sekaligus memberi kecekapan minda kepada pelajar untuk seisi tanya jawab tersebut.
Akitiviti Berkumpulan
Akitiviti lain seperti Akitiviti Berkumpulan juga mampu menjana para pelajar melalui proses pengajian berkumpulan yakni mengumpul,mencari maklumat,penyediaan bahan perbentangan dalam bentuk kadbod,coretan maupun lukisan yang akan menambah daya kreatif pelajar.Guru hanya perlu menyediakan topik untuk dibentang bersama.
Pertandingan kuiz
Permainan dalam kelas juga boleh diolah seperti pertandingan kuiz secara individu maupun pasangan yang boleh berkongsi idea dan mencari jawapan.Permainan sebegini lebih menyeronokan dan menggalakan pelajar untuk bersuka ria sambil menikmati mata pelajaran tersebut.Kuiz matematik adalah permainan yang boleh menambahkan kemahiran pelajar mengira dan menguji minda.
SpellCheck
Pertandingan seperti SpellCheck juga boleh diamalkan bagi memahirkan pelajar tentang ejaan terutama dalam bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi vocabulary setiap pelajar.Begitu juga permainan Stories With English dimana pelajar boleh diberikan peluang berhujah maupun bercerita mengenai tajuk tertentu untuk diceritakan dalam bahasa Inggeris dan guru boleh mengenalpasti sebutan dan grammar secara lebih tepat.
Akitiviti Cabutan Bertuah
Akitiviti Cabutan Bertuah seperti permainan cabutan soalan bertuah dapat memberi inspirasi dan kegembiraan kepada pelajar.Soalan dicabut dari undian atau bola permainan.Permainan sebegini dapat memberi peluang pelajar perbelajaran mereka secara lebih khusus dan memberikan mereka peluang untuk bertanya sesama rakan.
Sebenarnya begitu banyak permainan dalam kelas yang boleh dipratikkan oleh guru-guru bagi menambah baik sistem pendidikan negara dan menjadikan proses perbelajaran di dalam kelas lebih efektif dan mesra pelajar.Apa yang perlu adalah perlunya kesedaran masyarkat tentang pentingnya perubahan dalam perbelajaran di dalam kelas bagi melahirkan generasi bijak pandai dan mengurangkan keciciran pelajar yang disebabkan oleh sikap pendiam,pemalu maupun bermasalah.