Aku Tidak Akan Mengalah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Aku Tidak Akan Mengalah 1
Bila Xpresi Berkata

Wah, bunyinya macam kecewa, 🙂 tapi itulah hakikat yang berlaku pada xpresi sekarang. Jika kawan-kawan perasan pengunjung mula menurun 2 hari lepas.

Kenapa?

Biasalah adat berusaha, ada gagal ada cemerlang, begitu juga dugaan dan cabaran apabila kita mengusahakan sesuatu. Saya mula perasan penurunan 2 hari lepas apabila di analisis rupanya pelawat dari google merundum jatuh sebanyak lebih dari 90%.

Pada mulanya saya hairan kenapa ia berlaku sedemikian, selepas mendapat nasihat rakan dan pakar lain rupanya xpresi dikenakan penalty oleh google.

Apa itu penalty?

Ini bukan artikel bola sepak dan tiada kaitan dengan sepakan percuma 🙂 . Xpresi dikenakan penalty oleh google kerana melanggar syaratnya dalam mengindex ke cariannya. Kesilapan dilakukan yang telah saya kenalpasti ialah salah satu plugin atau sistem yang terdapat di xpresi ini dicipta untuk membuatkan google marah kerana melanggar peraturannya.

Dimana datangnya plugin tu?

Plugin tu bukanlah dari saya, tetapi ia merupakan hasil buatan dari negara luar yang mana sebenarnya saya sendiri tidak tahu ianya melanggar syarat google.

Apa tindakan?

Saya telah buangnya serta merta dari blog ini dan menghubungi google untuk dipertimbangkan kembali kesalahan xpresi ini dan ianya mengambil masa lebih dari seminggu untuk kembali semula normal. Tetapi jika kembali normal nanti pastinya prestasi xpresi kembali menurun tidak pastilah sejauh mana penurunannya.

Kesimpulan

Biarlah apa yang berlaku, saya bukanlah tahu tentang IT, biasalah dengan dunia cyber ini ada banyak musuh-musuh dan ada juga rakan yang baik, kadangkala jika kita dilihat senang ada juga yang akan cemburu. Dan jika kita susah ada juga yang akan gembira.

Walau apapun yang berlaku, kembalilah pada niat masing-masing untuk melakukan sesuatu. Bagi saya, xpresi ini tidak akan ditutup walaupun menghadapi penyusutan drastik, walau bukan dari google yang hadir, masih ada yang masih menunggu untuk datang dan membaca segala pesanan dari sahabat. Semoga xpresi menjadi web/blog yang mampu menyebarkan ilmunya lebih lebar sayapnya suatu hari nanti. Doakanlah kejayaan xpresi. Terima kasih.

P:S/ klik like dibawah jika anda berterima kasih dan merasakan artikel ini berguna.

One thought on “Aku Tidak Akan Mengalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *