Aliran Sains dan Sastera Dimansuhkan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Satu berita yang boleh dikongsi bersama berkaitan aliran sains dan sastera tingkatan 4 akan di tiadakan. Sumber ini dari yang boleh dipercayai seperti yang dilaporkan oleh sumber yang dinyatakan dan ianya dimaklumkan dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan. Maklumat tersebut adalah seperti berikut :

Aliran sains dan sastera dimansuhkan?
Aliran sains dan sastera dimansuhkan?

PETALING JAYA – Pelajar Tingkatan Empat tahun depan tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perbezaan antara dua aliran itu tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

“Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar,” katanya kepada Sinchew Daily.

Nie Ching berkata, penilaian pelajar dalam kelas dan keputusan PT3 mereka juga boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan subjek.

“Guru kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membuat pilihan,” katanya.

Tambahnya lagi, sekolah diberi autonomi untuk menyediakan subjek pilihan murid berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan sekolah dan sumber tenaga pengajar.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pernah mendedahkan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.

Usaha tersebut dicadangkan Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di Malaysia. – Sumber : MalaysiaGazette

Idea demi idea perubahan telah dikemukankan sejak akhir ini, adakah ia memberi kebaikan atau tidak? pastinya sudah ada kajian impak jika sesuatu keputusan yang ingin diambil. Sekiranya keputusan diambil secara terburu-buru mungkin boleh memjejaskan kualiti pendidikan dalam negara. Apa reaksi anda dan apakah impak yang berlaku? diharapkan keputusan ini telah dikaji dengan baik.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of