Aliran Sains (STEM), Aliran Sastera Dan Perakaunan 2.0

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Aliran sains (STEM) sering kali menjadi pilihan utama para pelajar yang meminati matapelajaran sains. Justeru itu, banyak sekolah yang akan menawarkan aliran sains ini TERUTAMANYA MRSM, Sekolah Intergrasi, Sekolah Berasrama Penuh dll. Disebabkan oleh aliran sains ini terlalu popular dalam kalangan pelajar ianya menyebabkan aliran sastera, akaun dan lain-lain aliran menjadi salah satu aliran pilihan kedua kepada para pelajar.

Aliran sains

TAHUKAH ANDA!!!

Diperingkat sekolah, ada pelbagai nama aliran pengajian di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mengikut pakej matapelajaran yang ditawarkan kepada pelajar. Antara aliran pengajian yang adalah seperti:-

  • Sains Tulen
  • Sains Teknologi
  • Sains Perakaunan
  • Sains Pengajian Islam
  • Perakaunan
  • Sastera Iktisas
  • Sastera Pendidikan Seni
  • Sastera Pengajian Islam dll

Tawaran aliran ini biasanya bergantung kepada keputusan PT3 anda. Walaubagaimana sekalipun, disebabkan pandemik COVID -19, PT3 tidak dapat dilaksanakan maka tawaran aliran ini bergantung kepada pihak sekolah atau berdasarkan penilaian guru. Setiap aliran itu mempunyai kepentingan tersendiri yang masih ramai tidak ketahui.

“Jangan pernah berasa down sekiranya anda ditawarkan ke dalam aliran lain selain daripada aliran sains kerana pecahan pembelajarannya adalah lebih meluas”

Walaubagaimana sekalipun, setiap aliran ini mempunyai keunikan yang tersendiri dan masih ramai yang tidak ketahuinya lagi. Justeru itu, pendedahan berkenaan dengan aliran sains dan aliran sastera mahupun akaun amatlah penting. Ianya bagi memudahkan lagi mereka memahami setiap aliran yang mereka pilih. Dalam perkongsian kali ini, kami akan berkongsi sedikit penerangan berkenaan dengan aliran sains, aliran sastera dan akaun.

Aliran Sains (STEM), Aliran Sastera Dan Perakaunan

Pasti masih ramai pelajar Tingkatan 3 yang keliru kemana arah kerjaya mereka ketika Tingkatan 4 ini. Hal ini disebabkan, pada tahun 2020 & 2021 ini juga Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan kerana pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, kelayakan kemasukan pelajar ke aliran sains atau sastera adalah berdasarkan kepada penilaian guru dan kerja khusus sahaja. Justeru itu, agak sukar untuk mengenalpasti tahap kecenderungan para pelajar di dalam aliran mana yang lebih sesuai.

Info Tambahan :  Diploma : 3 Kelebihan Dan Kelemahan Diploma

Walaubagaimana sekalipun, para guru pasti lebih mengetahui tahap kelayakan para pelajar mereka, maka lebih mudah buat para guru untuk meletakkan para pelajar di dalam aliran yang bersesuaian buat mereka.

Buat pengetahuan umum, pelajar sains dikenali sebagai pelajar aliran sains (STEM) sekiranya mereka mendaftar sekurang-kurangnya 4 daripada 5 matapelajaran semasa di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara matapelajaran yang dimaksudkan adalah:-

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi atau salah satu matapelajaran berikut :-
    • Pengajian Kejuruteraan Awam
    • Elektrik
    • Mekanikal
    • Reka cipta
    • Teknologi Maklumat
    • Prinsip Perakaunan
    • Perdagangan
    • Ekonomi
    • Pengajian Sains Sukan

Salah satu faktor penyebab, aliran sains menjadi rebutan kebanyakan pelajar berbanding aliran yang lain kerana aliran sains lebih meluas pemilihan untuk memasuki alam universiti. Pada masa yang sama, aliran sains juga lebih mudah untuk para pelajar menyambung pengajian di Matrikulasi, Asasi mahupun diploma. Justeru itu, aliran ini lebih ramai yang ingin ikuti berbanding aliran lain.

Seterusnya, aliran perakaunan. Aliran ini sangat popular bagi pelajar yang mahu melebarkan sayap mereka dalam bidang perakuanan, perniagaan, ekonomi dll. Subjek WAJIB bagi aliran perakaunan adalah sama seperti aliran sastera seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam/ Moral.

Elektif yang membezakan diantara pelajar aliran sastera dan aliran perakuanan. Antara subjek elektif bagi pelajar prinisp perakaunan adalah seperti :-

  • Prinsip perakaunan
  • Ekonomi
  • Matematik Tambahan
  • Perdagangan
  • Perniagaan
  • Pengajian keusahawanan
  • Geografi
  • Pendidikan seni visual dll
Info Tambahan :  Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) Bidang Pendidikan 2022

Jom kita lihat samaada prinsip perakunan ini susah atau tidak dan adakah anda meminati subjek ini?

Bagi pelajar yang meminati aliran perakuanan, mereka perlu mempunyai satu minat yang mendalam dalam bahagian pengiraan. Hal ini disebabkan, aliran ini lebih banyak menggunakan pengiraan daripada menghafal atau teori seperti aliran sains mahupun sastera.

NOTA KAKI!!!

Bagi pelajar yang mengambil aliran perakuanan, sangat DIGALAKKAN untuk mengambil Matematik Tambahan sebagai salah satu subjek Elektif. Ianya bagi memudahkan atau melayakkan diri mereka memasuki Matrikulasi.

Manakala bagi pelajar yang mengambil aliran sastera mereka akan mengambilan matapelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Antara matapelajaran yang ada di aliran sastera adalah seperti:-

  • Ekonomi
  • Perdagangan
  • Prinsip Perakuanan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif dll

Walaupun, terkadang kita melihat aliran sastera ini menjadi pilihan terakhir bagi sesetengah pelajar tetapi kita lupa kepentingan sebenar aliran sastera ini. Tanpa aliran sastera maka kita akan kurang mereka yang ahli dalam bidang lakonan, ahli dalam bidang ekonomi, chef terkemuka, kesusateraan melayu dll.

Justeru itu, JANGAN pernah memandang rendah akan setiap satu bidang yang diambil oleh seseorang itu. Setiap aliran ada kelebihan yang tersendiri.

Cara pemilihan subjek ketika di Tingkatan 4

 Aliran sains

Cara pemilihan subjek ketika di tingkatan 4 adalah menerusi pelbagai faktor atau rujukan. Antara bahan rujukan para guru adalah berdasarkan:-

  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. Keputusan PT3
  3. Ujian Psikometrik
  4. Cadangan atau galakkan daripada guru atau guru kaunseling

Justeru itu, ibu bapa tidak perlu risau akan setiap satu keputusan yang dibuat oleh para guru kerana mereka akan membuat pilihan yang terbaik buat semua pelajar. Mereka tidak akan menjadi penyebab kegagalan anak-anak anda.

“KLIK DISINI” Program Tajaan Biasiswa KPM

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments