Amalan Zikir Harian Untuk Pelajar Cemerlang

0
170

Sebenarnya banyak kelebihan zikir ini, terutama pelajar pastinya lebih bermanfaat jika mengamalkan zikir harian. Selalu diperhatikan, remaja lebih gemar menghafal lagu dan juga mendendangkan lagu kegfemaran mereka tidak kira dalam negara dan luar negara.

Apa yang dilakukan kurang manfaatnya jika difikirkan dalam perspektif akhirat. Selain itu juga ia membazir masa yang Allah beri kepada hambanya. Adalah lebih baik jika pelajar memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada untuk ingat Allah dengan berzikir.

Psikologi Zikir harian pada pelajar

Secara psikologi, zikir sebenarnya memberi ketenangan kepada sesiapa yang mengamalkan. Alunan nada dan juga bait-bait perkataan yang diungkapkan pastinya menjadikan pemikiran seorang pelajar akan lebih tenang. Ketenangan yang wujud sebenarnya meningkatkan daya fokus seseorang pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran.

Baca Juga :  Semak Keputusan Peperiksaan Anak SAPS Ibu Bapa

Setiap hari pemikiran manusia akan dihujani masalah dan kerja-kerja yang banyak. Kerja-kerja yang ada bukan sahaja datang dari arahan orang malah kadangkala ia datang dari masalah yang diadakan diri sendiri.

Apabila fikiran berserabut dengan masalah dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan pastinya fokus akan hilang dan mungkin juga boleh menggangu ingatan jangka pendek mahupun panjang. Amalan zikir ini sebenarnya memberikan lebih kesedaran dan membantu mengurangkan kesesakan dalam pemikiran seseorang.

Amalan zikir harian pelajar

Sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan, sebaiknya sentiasa mengamalkan zikir. Mungkin biasa kita dinasihatkan kepentingan zikir ini, tetapi kelebihannya boleh jadi luar biasa jika kita percayta dan yakin.

Baca Juga :  Senarai Pengajian Kursus Susah Dapat Kerja
Zikir harian
Zikir harian

Menurut Imam Ghazali RA, “Aku memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dengan mengamalkan segala wirid ini.”

Jika dilihat dari jadual diatas, zikir yang disarankan bukanlah panjang dan susah. Walaupun ia nampak ringan bukan beerti ia tidak bermanfaat. Hanya mereka yang yakin dan sentiasa berusaha sahaja yang akan mendapat kejayaan.

Ingatlah, kita akan sentiasa mendapat gajaran dari apa yang kita usahakan. Jika bukan hari ini ganjarannya, mungkin akan ada masanya.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :