Anda Kaya, Pemimpin dan Dipimpin

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pemimpin merupakan sesuatu yang biasa kita dengar, sudah tentu menjadi pemimpin memerlukan pengorbanan serta mempunyai kelebihan tersendiri. Menjadi kepastian pemimpin itu adalah insan yang diamanahkan untuk menjaga kelancaran sesuatu matlamat dan kebajikan orang dibawah pimpinannya. Menjadi orang yang kaya juga merupakan idaman setiap insan kerana setiap perkara kini terutama kehidupan sangat memerlukan duit ditambah lagi dengan peningkatan taraf hidup.

Menjadi seorang pemimpin mempunyai banyak kelebihan, mungkin ada yang berfikir dengan menjadi pemimpin kita lebih berkuasa, berpengaruh, lebih bebas menentukan kehendak diri dan sebagainya. Begitu juga menjadi orang yang kaya, kita akan dapat memiliki apa sahaja yang dimahukan, mempunyai ramai kawan, serta sentiasa mempunyai kuasa dalam keputusan diri. Tetapi, mungkin perlu untuk kita renungi adakah orang yang menghampiri kita itu betul-betul ikhlas dengan kita?

Bukan sesuatu yang indah anda hayati, bukan semanis yang anda rasa, bukan secantik yang anda nampak. Walaupun anda mempunyai banyak pengaruh, ramai kawan mungkin juga hakikatnya anda sebenarnya keseorangan. Hal ini kerana mungkin yang mendekati anda itu, ataupun yang berbuat baik pada anda itu menyimpan sesuatu demi kepentingannya?Sebenarnya apa yang anda alami itu bergantung pada bagaimana anda lakukan untuk berada pada tahap sekarang ini. Adakah anda mendapatkannya dengan ikhlas atau sebaliknya?

Oleh itu, untuk pemimpin dan golongan kaya, tidak perlulah untuk kita berbangga dan menyalahguna amanah yang diberikan untuk kepentingan tertentu. Kerana mungkin anda berseorangan dan dikelilingi orang yang hipokrit dan tidak ikhlas dengan anda. Bagi golongan yang dipimpin dan kurang berada, ingatlah supaya lebih ikhlas dalam setiap perhubungan, mengamalkan kesederhanaan dan tidak menjadi hamba kepada desakan nafsu semata-mata. Ini hanyalah peringatan kepada saya dan anda, semoga kita diberi kekuatan untuk berusaha menuju kedamaian dan ketenangan hati.

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x