Anda Seperti Mana Yang Dianugerahkan

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Berbangga dengan kelebihan diri

Merempuh alam kehidupan mempunyai seribu satu ragam yang kadangkala tidak dapat kita duga. Kadangkala kita akan duduk merenung tentang nasib yang menimpa kita. Ada juga kita akan berangan dan mengimpikan sesuatu yang pastinya jauh untuk kita tujui.

Kerap kali apabila kita didatangi cabaran dan kesedihan, kita akan berfikir sejenak tentang kekangan dan kelemahan dalam diri. Ada kalanya juga kita akan timbul rasa tidak besyukur dengan mengangap ada orang yang lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan kita. Mungkin dalam khayalan kita untungnya orang lain dilahirkan dalam golongan kaya raya, mempunyai pendapatan yang lumayan, rumah yang besar dan banyak lagi.

Mungkin kita tidak sedari sebenarnya kita mempunyai kelebihan sendiri yang mana kelebihan dan kemanisan itu tersembunyi di dalam diri kita sendiri. Akibat dari memandang pokok yang terlalu tinggi sedangkan kita terlupa kepada pokok yang berbuah rimbun hampir dengan kita. Kadangkala perlu juga kita fikirkan tentang diri, kemahuan diri dan juga kebahagiaan orang disekeliling kita. Sebenarnya merekalah sumber kegembiraan kita selama ini, cuma kadangkala kita buta dengan asik dengan angan-angan yang tidak tahu dimana akhirnya.

 

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x