Seiring dengan teknologi Negara yang semakin berkembang dari semasa ke semasa, tidak hairan lagi sekiranya bidang Pengurusan IT ini mendapat mencanak naik dengan permintaannya dalam sektor pekerjaan . syarikat-syarikat swasta mahupun badan berkanun berlumba-lumba mencari yang berpengalaman dalam bidang ini dan tidak terlepas juga bagi lepasan fresh graduated.


Tawaran gaji yang lumyan serta permintaan kerja yang tinggi pada ketika ini dan 1-10 tahun akan datang menyebabkan ramai individu mulai sedar bidang IT ini bukan sesuatu yang perlu diperkecilkan di mata sesetengah pihak. Tidak dapat dinafikan juga, tidak ramai pelajar yang berminat dalam bidang ini disebabkan pandanga remeh mereka kepada bidang rangkaian. Namun bukan lagi pada zaman terkini yang segalanya mementingkan rangkaian komputer yang maju.
Untuk pengetahuan umum, pengurusan IT ini direka untuk memperkenalkan pelajar kepada teori juga konsep rangkaian , rekabentuk, implementasi juga penyelenggaraan rangkaian komputer. Program ini mendedahkan pelajar kepada :
- kemahiran di dalam perkakasan komputer ,
- organisasi komputer,
- perkhidmatan internet
- rekabentuk rangkaian
- pengurusan pelayan
- keselamatan pelayan asas rangkaian,
- menggunakan perisisna sumber terbuka
- sistem pengkalan data
- prinsip pengaturcaraan / pengaturcaraan rangkaian
- keusahawanan serta rekabentuk
- analisa projek
walaupun pelajar khusus dalam bidang It, namun pelajar turut diserapkan dengan kemahiran yang mampu menyesuaikan dan menggunakann teknologi baru. Pelajat turut di ajar komunikasi baghasa, matematik, pengajian oslam, pendidikan moral, tamadun islam, ko kurikulum, sft skills juga kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang bertujuan bagi meningkatkan kompentensi mereka dalam soft skills.
Prospek kerja Bidang Pengurusan IT
Program pengurusan IT ini membuka ruang kerja yang luas dalam bidang perniagaan dan dunia industri ICT. Kemahiran yang pelajar miliki mampu menjadikn mereka bersaing dan mendapat tempat dalam pasaran kerja seperti :
- personel penyelenggaraan
- personel sokongan rangkaian,
- pentadbir rangkaian, eksekutif sokongan maklumat,
- penyokong teknikkal komputer
- pembantu jurutera sokongan
- pembangun it
- meja bantu teknikal
- pembantu teknologi maklumat
- juruteknik komputer
Gaji yang ditawarkan :
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat atau pengurusan IT yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan ataupun kelayakan yang diiktiraf seteraf denganya memeberikan :
- gaji permulaan : RM1886.00
Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya memberikan :
- gaji permulaan : RM1929.89
Deskripsi tugas :
- bertanggungjawab dalam membangunkan program baru untuk sesuatu sistem penggunaan komputer
- memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada untuk memenuhi keperluan semasa
- melakukan penyelenggaraan sistem
- memberikan latihan dan bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
Persekitaran kerja
- tempat kerja yng kondusif
- fasiliti yang lengkap
- budaya kerja yang teratur