Apa Itu Diploma Pengurusan Pelancongan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Adakah anda baru dalam bidang pelancongan, pastinya ada tertanya-tanya apa itu diploma pengurusan pelancongan. Untuk pengetahuan, semestinya ia adalah pengajian dalam pendidikan tinggi. Kursus pengajian adalah di peringkat diploma dan pengkhususan adalah dalam bidang pengurusan pelancongan.

Diploma Pengurusan Pelancongan

Diploma Pengurusan Pelancongan

Jika anda masih tertanya-tanya apa itu diploma? Kami rasa ada baiknya anda baca kembali peringkat-peringkat pengajian tinggi dalam pemulisan kami sebelum ini. Jika ingin dijelaskan lagi secara detail apakah itu pengurusan pelancongan adalah bidang yang melibatkan institusi dan kerja-kerja pelancongan yang mana ia lebih difokuskan kepada pengurusan. Bidang pengurusan adalah luas, ia boleh lebih dari mencakupi urusan mengurus dan boleh juga dikaitkan dengan pengiklanan, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan banyak lagi.

Kursus Pengurusan Pelancongan direka untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, operasi kaunter hadapan, perkhidmatan interpretasi pengunjung, sistem rangkaian global , pelancongan rekreasi, teknik pemandu pelancong, operasi dan pengurusan acara, dan teknologi dalam pelancongan juga ditekankan untuk menyokong pemikiran kreatif.

Subjek Pelajaran Diploma Pengurusan Pelancongan

Jika dibincangkan subjek yang diambil semasa pengajian adalah mungkin berbeza mengikut institusi pengajian. Namun demikian, terdapat beberapa subjek yang sama ditawarkan menjadi asas dalam pengajian pengurusan pelancongan ini. Sebagai gambaran, berikut adalah subjek kebiasannya ditawarkan semasa pengajian pengurusan pelancongan ini :

  • English Proficiency for Academic Purposes
  • Introduction to Hospitality
  • English Proficiency for Writing Purpose
  • Principles of Marketing
  • Principles of Management
  • Tourism Geography
  • Cross Cultural Studies
  • Interpersonal Communication
  • Hospitality Accounting
  • Business Communication
  • Travel & Tour Agency Management
  • Foundation of Tourism
  • Customer Service
  • IT & Application
  • Tourism Environment
  • Community Services
  • Human Resource Management
  • Tour Operations
  • Ticketing & Booking
  • Tourism Law
  • Tour Guiding Skills
  • Principle of Economic
  • Arab Language 1
  • Tourism Event Management
  • Arab Language 2
  • Public RelationsNational Language A / Entrepreneurship Skills
  • English Proficiency for Academic Purposes
  • Introduction to Hospitality
  • English Proficiency for Writing Purpose
  • Principles of Marketing
  • Principles of Management
  • Tourism Geography
  • Cross Cultural Studies
  • Interpersonal Communication
  • Hospitality Accounting
  • Business Communication
  • Travel & Tour Agency Management
  • Foundation of Tourism
  • Customer Service
  • IT & Application
  • Tourism Environment
  • Community Services
  • Human Resource Management
  • Tour Operations
  • Ticketing & Booking
  • Tourism Law
  • Tour Guiding Skills
  • Principle of Economic
  • Arab Language 1
  • Tourism Event Management
  • Arab Language 2
  • Public Relations
Info Tambahan :  7 Sebab Mengapa Perlu Menyimpan di SSPN-i

Jika diteliti subjek-subjek yang ditawarkan ia menunjukkan pemberatan kepada pentadbiran dan menjadi seorang pengurus. Bahasa inggeris menjadi keutamaan dalam pembelajaran kerana ia melibatkan kerja-kerja universal untuk berinteraksi dengan pelancong luar. Selain itu kebanyakan institusi mewajibkan pelajarnya mengambil bahasa ketiga lain seperti bahasa arab, prancis dan bahasa-bahasa luar negara lain.

Peluang Kerja Pengurusan Pelacongan

Peluang kerja adalah salah satu soalan wajib bagi setiap pelajar sebelum memilih program pengajian. Dengan keadaan ekonomi yang mencabar kini kerja adalah topik utama dalam pembelajaran dan semestinya pelajar akan lebih berhati-hati dengan pemilihan pengajian.

Info Tambahan :  10 Carian Enjin Terbaik Untuk Pelajar

Untuk pengajian bidang ini, sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan. Sebagai contoh :

  • Event manager
  • Pengurus pemasaran pelancongan
  • Pengurus projek eko-pelancongan
  • Pengurus pejabat depan / eksekutif
  • Pemasaran pelancongan
  • Pemasaran hotel
  • Perjalanan pemasaran
  • Operasi penerbangan
  • Industri tour & travel

Sebenarnya ada banyak lagi peluang kerja, tetapi segalanya bergantung pada rezeki masing-masing dan sejauh mana persediaan memohon kerja termasuk temuduga yang dilalui pemohon kerja.

Maklumat pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan ini adalah sebagai gambaran awal kepada bakal pelajar memasuki institusi pengajian. Pakej pelajaran dan maklumat-maklumat lain adalah mungkin berubah mengikut ketetapan setiap universiti.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
4 months ago

[…] dipilih setelah tamat pengajian SPM. Calon perlu bijak untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan diploma boleh membuat pilihan dengan bijak. Setiap laluan yang anda pilih pasti ada kelebihan dan kelemahan […]

trackback
4 months ago

[…] Matrikulasi. Justeru itu, sebelum membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke matrikulasi atau diploma anda perlu meneliti dahulu kelemahan dan kelebihan sesuatu institusi ini. Sebelum membuat apa-apa […]