eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) online.
WTD yang kena dibayar di sisi undang-undang diklafikasikan kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.


Contoh yang boleh dikategori sebagai WTD ialah:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan
- Dividen
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Tuntutan insurans yang diluluskan untuk bayaran
- Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit
Sistem tersebut boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauantan Negara Malaysia (JANM) bermula suku kedua tahun 2018. Dalam satu sidang media, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun 2018 dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Cara menuntut Wang Tidak Dituntut (WTD)
- Mengunjungi Kaunter Bahagian WTD Jabatan Akauntan Negara
Tempat: Kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur atau Pejabat Cawangan Negeri Jabatan Akauntan Negara
- Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD termasuk salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
- Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran
- Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan WTD
- Status WTD akan diketahui dalam beberapa minit sahaja tanpa eGUMIS
- Pegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutan
- Sama seperti eGUMIS semakan ini 100% percuma
Sementara menunggu sistem WTD online eGUMIS aktif sepenuhnya, anda boleh membuat semakan WTD di seluruh negara. Caranya seperti berikut:
Cara Membuat Tuntutan WTD eGUMIS
- Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
- Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
- Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
- Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).
- Jabatan Akauntan Negara juga menyediakan perkhidmatan ePenyata Gaji bagi memudahkan urusan semakan slip gaji online.
Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
- akaun simpanan
- akaun semasa
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
- akaun pemiutang dagangan
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/.
Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.