Apa Itu Kad Siswa BPPT

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apa Itu Kad Siswa BPPT 1

Kad Diskaun SISWA BPPT

Berita baik buat semua pelajar! Pada 24 September 2019, kerajaan telah meluluskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM100 menerusi pengumuman oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng. Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan BPPT bagi tahun lepas untuk makluman dan rujukan pelajar di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi bagi IPTA mahu pun IPTS. BPPT memberi syarat bahawa pemegang kad debit dan pelajar haruslah berstatus warganegara Malaysia yang berhak untuk mendapatkan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan ini.

Seperti tahun sebelum ini, bantuan BPPT akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (KADS1M) kepada 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pada tahun ini, pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan menerusi Bank Rakyat yang bertindak sebagai agensi pelaksana serta menguruskan permohonan dan pengeluaran Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat (mengikut kepada tarikh permohonan yang akan di tetapkan oleh Bank Rakyat).

Info Tambahan :  LinkedIn Penting ke? 8 Cara Pasarkan diri di LinkedIn

SEMAKAN STATUS BPPT BANK RAKYAT 2019 ONLINE

Untuk pengetahuan, KADS1M atau kini BPPT adalah merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos pengajian para pelajar sama ada institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Dengan adanya Kad Siswa KAD1SM bernilai RM250, ia dikatakan lebih selamat berbanding penggunaan Baucar Buku 1Malaysia pada tahun-tahun sebelumnya. Kad debit pelajar ini pelajar boleh dibelanjakan bagi pembelian barangan dan perkhidmatan dari Rakan Dagang terpilih seperti KFC, Dubuyo and Airport Coach Sdn Bhd.

SEMAKAN STATUS KADS1M BANK RAKYAT 2019 ONLINE

Berikut dikongsikan adalah cara semakan kad debit bank rakyat KADS1M 2019 termasuk memaparkan cara permohonan, aplikasi semakan dan cara hubungi :

Info Tambahan :  Kad Siswa 2023: Cara Untuk Dapat dan Faedah

PERMOHONAN KAD SISWA BANK RAKYAT KAD1SM 2019 ONLINE

  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan KAD1SM secara online di pautan http://www.bankrakyat.com.my.
  2. Isi maklumat pelajar dengan lengkap.
  3. Selesai mendaftar, pihak Bank Rakyat akan menghantar notis status permohonan di email masing-masing.
  4. Untuk pengambilan KAD1SM, pemohon perlu hadir ke cawangan Bank Rakyat berdekatan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BPPT

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysiaseperti berikut:
  • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
  • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau
  • c) Mendapat pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *