Apa Itu Kolej Komuniti 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kolej Komuniti

Kolej komuniti adalah kolej dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditadbir urus oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) . Kolej ini adalah sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur. Pada masa yang sama, kolej ini juga menyediakan pendidikan kepada lepasan menegah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan ppendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang telah di iktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek. 

TAHUKAH ANDA!!!

Lepasan pelajar kolej ini berkelayakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma di kolej komuniti, Politeknik atau di Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

Apa Itu Kolej Komuniti

Syarat kelayakan kemasukan ke kolej komuniti adalah:-

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
  • Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Calon-calon dari kalangan penduduk setempat akan diberikan keutamaan
  • Untuk program diploma, hanya lulusan dari Sijil Komuniti sahaja layak memohon

Terdapat beberapa program yang ditawarkan oleh pihak kolej komuniti. Antara program yang ditawarkan adalah:-

1) Diploma Teknologi Automotif

  • Sijil Automotif

2) Diploma Teknologi Elektrik

  • Sijil Teknologi Elektrik (pemasangan & perkhidmatan)

3) Diploma Teknologi Komputer

  • Sijil sistem Komputer dan sokongan
  • Sijil Teknologi Maklumat

4) Diploma hotel dan katering

  • Sijil hotel dan katering

5) Diploma Fesyen dan Pakaian

  • Sijil Fesyen dan Pakaian
Info Tambahan :  Cara Semak Saman atas talian dan SMS

6) Diploma Teknologi senibina

  • Sijil pelukis pelan senibina

7) Diploma Teknologi Pengiklanan

  • Sijil Multimedia Kreatif (pengiklanan)

8) Diploma pengurusan & penyelenggaran fasiliti

  • Sijil penyelenggaran bangunan
  • Sijil penyejukan & penyaman udara 

9) Diploma Teknologi Pemprosesan makanan

  • Sijil pemprosesan makanan & kawalan mutu makanan

10) Diploma pelancongan & pengembaraan

  • Sijil pelancongan & pengembaraan

11) Diploma perakaunan perniagaan

  • Sijil perakaunan perniagaan

Kesebelas program diploma yang ditawarkan ini boleh dipohon sekiranya calon merupakan lulusan dari sijil komuniti SAHAJA. Dan setiap satu program diploma ini mempunyai kelayakan bagi mereka yang mempunyai sijil keluaran daripada pihak kolej komuniti. 

Kolej Komuniti

SUDUT INFO!!!

Tahukah anda bahawa terdapat kolej komuniti diserata Malaysia. Maka, sekiranya anda berasakan bahawa anda layak untuk emmbuat permohonan untuk kemasukan ke kolej komuniti ini maka teruskanlah usaha anda untuk membuat permohonan tersebut.

***MENCUBA TIDAK SALAH, YANG SALAH ITU APABILA ANDA TIDAK MENCUBA TETAPI SUDAH MENGAKU KALAH AKAN SETIAP SATU USAHA YANG ANDA TIDAK LAKUKAN***

Kaedah Program Sijil Kolej Komuniti

Program ini memberi peluang kepada lulusan lepasan SPM/ SPMV untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Konsep pengajian di kolej komuniti berbeza daripada konsep pengajian di IPT. Konsep pengajian di kolej komuniti ini lebih kepada kemahiran berbanding teori.

Justeru itu, pelajar lepasan Kolej ini mempunyai kemahiran yang tinggi berbanding dengan pelajar IPT. Tahun pengajian bagi kolej komuniti ini adalah sekurang-kurangnya 4 semester (2 tahun termasuk 1 semester Latihan Industri.

Info Tambahan :  Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Selepas PKP 2.0

Kaedah Program Diploma Kolej Komuniti

Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Menerusi program ini, pihak koleh komuniti akan menilai menerusi pencapaian akkademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepasa tamat sahaja pengajian mereka. Program diploma ini dilancarkan secarra kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Persefahamana (MoU) dengan kolej komuniti ini.

Program Diploma ini berdasarkan konsep Work-Based Learning. Dan tempoh pengajian diploma ini adalah minimun 3 msemester dan maksimum 6 semester. Ianya bergantung kepada program yang calon pohon. Pelajar dikehendaki untuk menjalani latihan di syarikat se;laam 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal dan selama 1 semester lagi di Kolej ini.

Dengan wujudnya cara ini dapat memberikan manfaat kepada calon yang mempunyai potensi untuk berjaya tetapi kurang mempunyai minat untuk belajar secara teori. Semua orang mampu untuk berjaya tetapi cara untuk mereka berjaya adalah berbeza. Diharapakan denagn wujudnya kolej ini dapat menaikan taraf kehidupan semua orang dan dapat meningkatkan sifat berdaya saing yang tinggi untuk maju kehadapan. 

Kolej Komuniti

***TIADA SEORANG INSAN PUN DIDALAM DUNIA INI ALLAH LAHIRKAN MEMPUNYAI KEKURANGAN MALAHAN SETIAP INSAN DIDUNIA INI MEMPUNYAI KELEBIHAN TETAPI MEREKA PERLU KETAHUI APAKAH KELEBIHAN MEREKA***

Diharapakan dengan perkongsian ini dapat meningkatkan lagi pandangan anda berkenaan dengan pendidikan. Ceburi apa sahaja bidang yang anda gemari yang penting mengikut laluan yang betul.

***SELAMAT MENCUBA UNTUK MEMOHON***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments