Apa itu Kolej Vokasional

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Apa itu Kolej Vokasional

Sekolah Vokasional atau juga dikenali sebagai kolej vokasional (KV) merupakan salah satu sekolah yang menawarkan latihan kemahiran BERBANDING akedemik (70% vokasional & 30% akedemik). Sekolah ini diwujudkan agar pelajar yang kurang berminat dalam bidang akdemik atau pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih rendah mampu mendapatkan pendidikan yang boleh meningkatkan taraf hidup mereka pada masa akan datang. Kemahiran yang mereka perolehi adalah kemahiran yang mampu menjana kewangan atau mampu mendapat pekerjaan pada masa akan datang.

Kolej Vokasional ini merupakan salah satu kolej yang menjurus kepada bentuk diploma kemahiran. Justeru itu, kolej vokasional ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar dalam bidang kemahiran dan lemah dalam bidang akademik. Buat pengetahuan umum, KV ini merupakan salah satu program 4 tahun (2 tahun SVM : pra diploma/pelajar sijil, 2 tahun DVM : diploma).

Tapi, jangan pandang mudah ya Kolej Vokasional ini sebab sebelum pelajar KV ini ditawarkan diploma mereka WAJIB mendapatkan minimum 3 kredit (2 kredit bidang Vokasional, 1 kredit lulus BM setaraf SPM). Walaubagaimana sekali pun, setiap tahap minimum lulus untuk mendapatkan tawaran ke diploma adalah BERGANTUNG kepada pra syarat khusus sesuatu bidang yang diambil.

Matlamat utama bagi pelajar KV ini adalah selepas tamat pengajian di KV mereka akan mencari pekerjaan yang setaraf dengan bidang yang mereka perolehi. Pelajar-pelajar KV ini di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan MQA. Jadi selepas ini tiada lagi persoalan yang bermain di minda para pelajar bahawa KV ini merupakan salah satu kolej kemahiran yang bertaraf kelas kedua atau “low class”dari segi akedemik.

Kolej vokasional


Cara membuat permohonan Kolej Vokasional (KV) ini adalah:-
●Permohonan KV ini adalah secara online dengan melayari laman web ini http://(http://www.moe.gov.my/

Info Tambahan :  Tingkatan Enam 2023: Permohonan Kemasukan dan Semakan Tawaran 2023

PERINGATAN!!!
Permohonan akan disiarkan didalam surat khabar yang terpilih.

Syarat Umum Permohonan Kolej Vokasional:-

●Warganegara Malaysia

●Calon WAJIB bersekolah di Sekolah kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan yang di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

●Calon WAJIB menduduki Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi :-
√ Pentafsiran Sekolah (PS)
√ Pentafsiran Aktiviti Jasmani, sukan dah kokurikulum
√ Pentafsiran Psikometrik
√ Pentafsiran Tingkatan Tiga (PT3)

PERINGATAN!!!

PT3 pada tahun 2020 TIDAK dilaksanakan disebabkan oleh pandemik COVID 19 jadi PBS bagi PT3 TIDAK akan termasuk dalam pentafsiran.  TETAPI permohonan Kolej Vokasional pada 2021 adalah menerusi Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

●Calon WAJIB sihat tubuh badan dari segi fizikal dan mental

Info Tambahan :  10 Industri Masa Hadapan di Malaysia yang Patut Diketahui

●Calon haruslah tiada sebarang kecacatan/ kecederaan/ penyakit-penyakit yang membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali semasa kelas dijalankan
– contoh: RABUN WARNA/ BUTA WARNA

●Calon berminat dengan program dipohon

Semua syarat umum ini perlu dipatuhi agar kita pelajar mempunyai lebih berkelayakan untuk memohon kolej vokasional ini.

PEMBERITAHUAN!!!

Syarat khusus berbeza setiap kursus. Jadi ianya hanya akan diberikan mengikut Program yang ditawarkan pada setiap kursus dan syarat boleh bertukar dari semasa ke semasa mengikut keadaan tahun permohonan tersebut.

Cara menyemak keputusan kemasukan ke kolej Vokasional.

●Boleh semak secara online di laman web ini:- https://www.moe.gov.my/ mengikut tarikh penting yang sudah dilampirkan semasa permohonan online

PERHATIAN!!!

Bagi calon yang berminat untuk memohon KV ini, mereka disarankan untuk sentiasa melayari laman web ini dengan lebih kerap kerana tarikh-tarikh penting akan dipaparkan di laman web ini.

Selagi ada usaha untuk berjaya selagi itu ada jalan untuk berjaya. Tahap akademik bukanlah salah satu kayu ukur kerjayaan seseorang TETAPI kayu ukur yang sebenarnya adalah tahap kesopanan dan adab kita pada seseorang itu. Pembelajaran baharu boleh didapati di mana sahaja TETAPI adab dan kesopanan sukar untuk di cari. Apabila akademik, kemahiran dan kesopanan digabungkan maka lahirlah generasi yang bijak pandai dalam segala hal.

Rujukkan:-
1) https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/permohonan-kelayakan-permohonan/permohonan-kelayakan-permohonan-tvet
2) http://www.moe.gov.my/
3) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sekolah_vokasional
4) http://jpkmalaysia.com/tag/svm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *