Apa Itu Meritokrasi Untuk Permohonan UPU

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Musim permohonan UPU kini membuatkan banyak persoalan timbul. Bagi lepasan SPM mungkin kali ini adalah pertama kali memohon dan menggunakan sistem permohonan. Untuk makluman, jika lepasan SPM ingin mendapat tempat di IPTA atau Institut kemahiran lain perlulah membuat permohonan melalui sistem khas UPU.

Meritokrasi
Meritokrasi

UPU ini adalah satu pusat permohonan yang menyesuaikan pelbagai institusi dalam satu-satu masa untuk mempermudah urusan permohonan. Selepas permohonan dibuat, penilaian akan dibuat oleh sistem dan disenarai pendek ke institusi yang dipohon. Penilaian ini dipanggil proses meritokrasi untuk memastikan hanya yang betul-betul layak dinilai oleh institusi.

Baca Juga :  Fahami apa itu MQA ( AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA )

Apa itu Meritokrasi

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai

  • 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke 20 UA dan 3 Politeknik Premier
  • 75% markah akademik, 15% sosioekonomi dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Hasil dari merit ini, setiap permohonan akan mempunyai skor merit sendiri dan ianya boleh di senarai pendek mengikut skor tertinggi untuk sesuatu permohonan. Sebagai contoh, jika permohonan anda ke Diploma Kesihatan Haiwan dan peternakan, permohonan anda akan dimerit berdasarkan item-item yang disebutkan diatas. Setelah disenarai pendek, pastinya yang tinggi meritnya akan didahulukan permohonan nya dan melayakkan sesorang diterima. Pelaksanaan merit ini pastinya tidak mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

Baca Juga :  Pengambilan Tentera Udara Jom Masuk Tentera Lelaki dan Wanita 2018

Bagaimana untuk tinggi markah skor merit?

Sebagai pelajar, pastikan keputusan SPM/STPM adalah cemerlang serta seimbang pula dengan pencapaian kokurikulum termasuk pencapaian aktiviti luar yang dikira dalam kegiatan kokurikulum. Keseimbangan ini perlu untuk memastikan graduan universiti yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi mempunyai daya saing serta kemahiran lain dalam komunikasi serta keseimbangan jasmani, rohani serta rohani yang baik.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here