Apa Itu Salutasi Dan Apakah Contohnya?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Salutasi amat penting ketika kita mahu melakukan sesuatu urusan rasmi. Samada secara bertulis ataupun lisan.. Salutasi bermaksud cara mengamalatkan seseorang. Perkataan mengamalatkan menunjukkan cara kita menyebut pangkat, jawatan, anugerah, dan nama seseorang dengan betul. Taraf hadirin penting dalam konteks budaya di Malaysia. Justeru, skrip pengaracaraan dapat membantu pengacara menyediakan salutasi dengan menggunakan protokol yang betul. Adalah salah jika pengacara itu tersilap menyebut nama tetamunya betul.

Apa Itu Salutasi Dan Apakah Contohnya? 1

Pengacara boleh mulakan salutasi dengan salam dan seterusnya kata-kata aluan kepada jemputan kehormat, penganjur majlis, dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol. Cara menulis juga perlu diperhatikan.

Berikut adalah gelaran – gelaran yang secara KEBIASAANNYA kita gunakan dalam surat menyurat. Ada banyak lagi, tetapi saya hanya menerangkan yang asas dan penting sahaja.

Contoh Salutasi :

  • Assalamualaikum dan salam sejahtera,
  • Yang Berhormat Dato’ …………………
  • Setiausaha Kerajaan Negeri…………….
  • Yang Berbahagia Dato’ ………………..
  • Yang Dipertua ……………………….
  • Ahli-ahli …………………………..
  • Pegawai-pegawai Kanan…………………dan Persekutuan
  • Tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

Peraturan-Peraturan Penggunaan Panggilan

  1. Panqqilan hormat baqi seseoranq yanq mempunyai dua atau lebih gelaran Amalan Protokol menyatakan bahawa “jika seseorang itu mempunyai dua tempat dalam satu susunan maka ianya hendaklah mengambil tempat yang tertinggi sekali”.

Contoh:

  1. Seorang Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat mempunyai gelaran Dato’. Panggilan hormat yang lebih sesuaidengankedudukannya ialah “Yang Berhormat”.
  2. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan keluarga Dirajal keturunan rajaserta mempunyai anugerah membawa gelaran Dato’. Panggilan hormatyang sesuai ialah Yang Berhormat Tengku Dato’ atau Yang Mulia Tengku Dato’
  3. Penqqunaan Unqkapan Mereka Yanq Berketurunan Raja Surat Pekeliling Am No.4 tahun 1966 bertarikh 18 Februari 1967 menetapkan gelaran yang diterima diletakkan selepas nama pangkat keturunan mereka :

Contoh:

  1. Yang Mulia Raja Tun Ahmad, Yang MuliaTunku Tan Sri Imran Bagi panggilan hormat untuk keturunan berketurunan Arab iaitu ‘Syed’ atau ‘Sheikh’ yang menerima darjah kebesaran pula ialah: Yang Berbahagia Tan Sri Syed Abu Bakar
  2. Penggunaan panggilan hormat yang betul bagi golongan akademik ialah panggilan hormat dan gelaran diikuti oleh gelaran akademik.

Contoh :

  1. Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Ismail Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ali Panggilan honnat untuk mereka yang bergelar profesor pula ialah gelaran akademik sebelum gelaran anugerah yang diterima.
Info Tambahan :  Program Transformasi Belia Ternak Permohonan Februari 2023

Contoh:

  1. Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Awang Had Salleh Yang Berbahagia Prof. Diraja Ungku Aziz
  2. Panggilan Hormat untuk Hakim-Hakim dan Senator juga menggunakan gelaran jawatan mereka sebelum gelaran anugerah yang diterima

Contoh :

  1. A.A. Hakim Tun Dato’ Sri Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim ¥.B. Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr.Abdul Hamid bin Pawanteh Y.B. Senator Tan Sri Dato’ Nor Mohamed bin Yakcop.

NOTA:

 Ejaan Dato bagi Persekutuan ialah Datuk.

  1. Ejaan Dato bagi semua negeri-negeri beraja dan Pulau Pinang ialah Dato’

iii. Ejaan Dato bagi negeri Sabah, Sarawak dan Melaka ialah Datuk.

Panqqqilan Hormat Lelaki Panqqqilan Hormat Perempuan
Yang Mulia Tunku Yang Mulia Tunku
Yang Mulia Ungku Yang Mulia Ungku
Yang Mulia Ku Yang Mulia Ku
Yang Mulia Raja Yang Mulia Raja
Tuan Syed Puan/ Cik Sharifah
Tuan Sheikh Puan/ Cik Siti
       
       

NOTA:

D.Y.M.M. – Duli Yang Maha Mulia

K.D.Y.M.M. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Y.T.M.  – Yang Teramat Mulia

D.Y.T.M.  – Duli Yang Teramat Mulia

D.Y.A.M. –   Duli Yang Amat Mulia

K.D.Y.A.M. – Kebawah Duli Yang Amat Mulia

Y.M.M. – YangMaha Mulia

Y.A.M. – Yang Amat Mulia

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

  • Yang di-Pertuan Agong – *DYMM Seri Paduka Baginda
  • Raja Permaisuri Agong – DYMM Seri Paduka Baginda
  • Raja Perlis – DYMM Tuanku
  • Sultan Kedah – Ke Bawah DYMM Al-Sultan
  • Sultanah Kedah – Ke Bawah DYMM Tuanku
  • Sultan Selangor – DYMM Sultan
  • Tengku Ampuan Selangor – DYMM Tengku Ampuan
  • Yang Dipertuan Besar – DYMM Tuanku Negeri Sembilan
  • Tunku Ampuan – DYMM Tuanku Negeri Sembilan
  • Sultan Pahang – Ke Bawah DYMM Sultan
  • Sultanah Pahang – DYMM Sultanah
  • Sultan Terengganu – DYMM Sultan
  • Tengku Ampuan Besar – DYMM Tengku Ampuan Terengganu
  • Al-Sultan Kelantan – Ke Bawah DYMM Tuanku
  • Raja Perempuan Kelantan – DYMM Tengku
  • Sultan Johor – DYMM Baginda Sultan
  • Sultanah Johor – DYMM Baginda Sultanah
  • Paduka Seri Sultan Perak – DYMM Paduka SeriSultan
  • Raja Permaisuri Perak – DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
  • Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Tuan Yang Terutama
  • Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Yang Amat Berbahagia
Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

  • Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
  • Isteri Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
  • Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
  • Isteri Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
  • Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berhormat
  • Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berbahagia
  • Menteri, Timbalan Menteri – Yang Berhormat
  • Isteri Menteri dan Timbalan – Yang Berbahagia
  • Tun/isteri – Yang Amat Berbahagia
  • Tan Sri/isteri – Yang Berbahagia
  • Datuk selain negeri Johor – Yang Berbahagia
  • Dato’ dari negeri Johor – Yang Berhormat
  • Raja/Tengku – Yang Mulia
  • Isteri Raja/Tengku – Yang Berbahagia
  • Panglima Angkatan Tentera/isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
  • Ketua Hakim Negara – Yang Amat Arif
  • Isteri Ketua Hakim Negara – Yang Amat Berbahagia
  • Hakim Besar – Yang Arif
  • Isteri Hakim Besar – Yang Berbahagia
  • Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Arif
  • Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Berbahagia
  • Peguam Negara/isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketu- Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri – Yang Berbahagia
  • Ketua-Ketua Jabatan Negeri – Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Bil

Kata Panggilan Hormat

Pihak Terbabit

1

Saudara/saudari

Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang dihormati

2

Tuan Haji / Puan Hajah

Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang telah menunaikan fardhu Haji

3

Yang dikasihi

Rakan-rakan

4

Yang dihormati

Ibu bapa , pengerusi majlis

5

Yang Berbahagia

Golongan kehormat.

Ch:Pengetua , ustaz , Guru Besar , guru

6

Yang Berusaha

Pengarah / Ketua jabatan

7

Yang Arif

Digunakan untuk hakim

8

Yang Amat Arif

Tuan Hakim Negara. Digunakan dalam situasi formal di mahkamah

9

Tuan , Encik

Digunakan untuk orang lelaki yang dihormati

10

Yang Berhormat

Panggilan untuk ahli politik

 

2 thoughts on “Apa Itu Salutasi Dan Apakah Contohnya?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top