Apa itu Sekolah Intergriti Dan Sekolah Henry Gurney

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sekolah Intergriti Dan Sekolah Henry Gurney

Pengenalan Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney

Penubuhan Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) adalah bagi menyediakan pendidikan secara formal di institusi penjara dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Sekolah ini ditubahkan sebagai sebuah institusi khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong. Sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu :-
Vokasional
√ Akademik
Walaubagaimana sekalipun, kebanyakkan penghuni sekolah SI & SHG bukan seorang yang meminati dalam bidang akademik.

https://youtu.be/ovmuoI2rynM

TAHUKAH ANDA?

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Pendidikan di penjara ini disediakan kepada penghuni yang berumur antara 15 sehingga 21 tahun. Dan terdapat dua kumpulan pelajar yang mendapatkan pendidikan dipenjara iaitu juvana di Sekolah Henry Gurney (bawah umur 21 tahun) dan banduan muda di Sekolah Integriti.

INFO TAMBAHAN!!!

Bermula pada tahun 2008, 6 SI dan 2 SHG telah ditubuhkan bagi memberi peluang kedua kepada juvana dan banduan muda memperbaiki diri dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Dan sehingga 2017, terdapat 8 SI dan 4 SHG di seluruh Malaysia.

“Terkadang bukan semua juvana dan banduan muda itu JAHAT, tetapi terkadang disebabkan tekan hidup mereka terpaksa melakukannya”

***Fahami dan dalami dahulu keperitan yang mereka alami barulah jatuhkan hukuman, sesungguhnya kita bukan HAKIM didunia ini kita hanya manusia biasa yang tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan***

 

Konsep Perlaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P)

Sekolah Intergriti Dan Sekolah Henry Gurney

Konsep perlaksanan pengajaran & pembelajaran di sekolah SI & SHG adalah bagi:-

Menyediakan sistem pendidikan formal mengikut kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bagi mengelakkan pelajar juvana dan banduan muda tercicir dalam bidang pelajaran. Syllabus pembelajaran juga mengikut sukat pembelajaran yang disediakan oleh pihak KPM.

“Tiada istilah pelajar juvana dan banduan muda tercicir dalam bidang pelajaran. Sama ada mereka mahu atau tidak sahaja untuk mendapatkan ilmu tersebut, semua itu pilihan mereka”

  • ​Pengurusan dan pentadbiran sekolah di bawah Sektor Pendidikan dan Jabatan Penjara Malaysia.
  • ​Jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam urusan profesionalisme guru dan operasi pendidikan.
  • ​PENGELASAN pelajar BUKAN BERDASARKAN UMUR tetapi mengikut TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK.
Info Tambahan :  5 Pertimbangan untuk Asasi, Diploma, Vokasional atau STPM

Kelas- kelas yang ditawarkan :
1. 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
2. Tingkatan 1 dan 2
3. PraSPM
4. STPM
5. SPM

Senarai Sekolah Intergriti (SI) Malaysia

  • SI Sungai Petani, Kedah
  • ​SI Kajang, Selangor
  • SI Marang, Terengganu
  • ​SI Kluang, Johor
  • SI Kota Kinabalu, Sabah
  • ​SI Kuching, Sarawak
  • ​SI Muar, Johor
  • SI (W) Bentong, Pahang

Senarai Sekolah Henry Gurney (SHG) di Malaysia

  • SHG Telok Mas, Melaka
  • SHG Keningau, Sabah
  • SHG (W) Kota Kinabalu, Sabah
  • ​SHG Puncak Borneo, Sarawak

 

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pelbagai inisiatif kepada pelajar juvana dan banduan muda agar mereka mampu meneruskan hidup apabila sudah keluar nanti. Justeru itu, pelajar-pelajar ini perlu mengambil segala kelebihan yang diberikan agar mereka mampu menjalani kehidupan normal diluar sana dengan menggunakan segala kemahiran yang ditelah dipelajari.

“Sesungguhnya ilmu bukan sahaja dalam bidang akademik TETAPI ilmu juga boleh didapati dalam bidang kemahiran”

Justeru itu, semua pilihan adalah ditangan mereka sendiri. Tiada istilah tercicir dalam bidang akademik atau istilah banduan tidak berilmu kerana semuanya pihak KPM telah berikan pendidikan. Sama ada mahu atau tidak sahaja pelajar juvana dan banduan muda ambil untuk melestarikan kehidupan mereka pada masa akan datang.

Kepentingan pendidikan adalah bagi memudahkan mereka menempatkan diri dalam bidang pekerjaan selepas keluar daripada Sekolah Intergriti Dan Sekolah Henry Gurney. Selain itu, dengan adanya ilmu pengetahuan maka mereka tidak akan di pandang serong lagi dengan kehidupan masa lalu yang menyebabkan mereka berada di Sekolah Intergriti Dan Sekolah Henry Gurney. 

 

Semua faktor ini menyebabkan pihak penjara mahu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan pelajar ini semua tidak tercicir dalam bidang akademik dan kemahiran. 

 

***Segala usaha sudah dijalankan kini, segalanya berada di tangan mereka sama ada mahu menjadi manusia yang terbaik atau tidak***

Semalam adalah sejarah,

Hari ini adalah tragedi,

Esok adalah misteri

Justeru itu, teruskan melangkah bagi memastikan mereka juga mampu menjdi yang terbaik walaupun kisah silam mereka penuh dengan liku. Jadikan Sekolah Intergriti Dan Sekolah Henry Gurney adalah sejarah hidup mereka yang hanya mampu terdengar tetapi tidak mampu terlihat. 

Rujukan:-
1) https://www.moe.gov.my/pendidikan/khas/sekolah-integriti-dan-sekolah-henry-gurney
2) http://www.prison.gov.my/images/carta/shg.htm

One thought on “Apa itu Sekolah Intergriti Dan Sekolah Henry Gurney

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *