Mungkin ada yang mengetahui apa itu pengajian di peringkat sijil, peringkat ijazah, sarjana dan PHD. Namun demikian masih ada yang bertanya dan minta penjelasan lebih lanjut mungkin tentang pengertian, contoh, tempoh pengajian, kos pengajian dan sebagainya.
Untuk hari sabtu ni Saya ada sediakan sedikit info tentang peringkat pembelajaran ni, peringkat-peringkat kelulusan atau iktisas sebenarnya sangat penting untuk dimaklumkan kepada setiap penuntut ilmu kerana ia merupakan pengetahuan asas yang mana pengetahuan ini memberikan motivasi ataupun penunjuk arah dalam menentukan halatuju kerjaya hidup.
Peringkat kelulusan dan dipanggil iktisas ini dibahagikan kepada 5 peringkat utama. peringkat tersebut terdiri dari sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan PHD.
Peringkat pertama/ permulaan
Peringkat mula-mula yang ramai orang ambil/belajar ialah peringkat Sijil ( Certificate ), Kebiasaan yang popular diambil ialah Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala kursus lain seperti Sijil elektrik, Sijil kejuruteraan awam, Sijil pembantu perubatan dan banyak lagi. Pendek kata, apa sahaja yang nama kursus yang dimulakan dengan perkataan ” sijil ” itulah menunjukkan peringkatnya.
Tempoh pengajian peringkat sijil pula memakan masa maksima 2 tahun dan ada juga kursus peringkat sijil memerlukan tempoh paling minima 6 bulan. Yuran pengajian kebiasaanya RM 500 untuk sekali belajar dan kebiasaanya RM 450 dan biasiswa pula bergatung kepada penaja kursus tersebut. Jika kursus itu ditaja oleh agensi berkaitan kerajaan kebiasaanya biasiswa disediakan menerusi latihan dalam pembelajaran yang dilaksanakan.
Peringkat kedua
Peringkat ini kelulusan lebih tinggi dari peringkat sijil iaitu peringkat Diploma. Peringkat diploma ini merupakan peringkat separa profesional. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai sijil untuk memohon kursus-kursus yang ditawarkan. Kursus diploma ini dinamakan seperti Diploma kejuruteraan awam, Diploma perakaunan dan banyak lagi.
Tempoh pengajian peringkat diploma ini kebiasaanya 3 tahun dan kos pengajian kira-kira 15 ribu. Jika pengajian di universiti swasta mungkin lebih dari Rm 15 ribu tu.
Peringkat ketiga
Peringkat ini adalah paling popular sekarang iaitu kelulusan diperingkat Ijazah, Nama penuh peringkat ini dinamakan Ijazah Sarjana Muda. Peringkat ini adalah peringkat profesional dengan memerlukan kelulusan sekurang-kurang mempunyai diploma ataupun kursus persediaan seperti di Matrikulasi ataupun SIjil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM. Contoh kursus ialah Ijazah Sarjana muda perubatan.
Tempoh pengajian pula ialah sekitar 5-3 tahun kebiasaannya adalah 4 tahun, tetapi kebanyakan kursus perubatan mungkin memakan masa 6-5 tahun bergantung kepada bilangan matapelajaran yang diambil. kos pengajian pula tidak tetap dan kebiasaannya sekitar 20ribu ringgit bagi sepanjang kursus diambil.
Peringkat keempat
Peringkat ini adalah peringkat lebih mencabar, Peringkat ini dinamakan sebagai kelulusan Ijazah Sarjana atau ” Master “. Peringkat ini kebiasaanya mengambil masa kira-kira 2-3 tahun kerana ia melibatkan pembelajaran lebih khusus dan lanjutan dari ijazah tadi. Kebiasaanya peringkat ini mengambil masa 2 tahun boleh dibuat secara sepenuh masa atau Sambilan.
Kos pengajian Peringkat ini kebiasaannya sekitar 15 ribu bergantung kepada institusi yang dimohon.
Peringkat Lima
Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kelulusan pendidikan iaitu peringkat PHD atau Doktor Falsafah, Peringkat ini pengajian lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam mentelaah dan membuat kajian. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai Sarjana untuk diterima menyambung pengajian.
Kos belajar peringkat ini kira-kira 20 ribu dan tempoh pengajian 5-4 tahun. Tetapi kebiasaanya adalah 4 tahun kecuali kursus yang sukar atau mempunyai masalah dalam menyelesaikan kajian ataupun bilangan matapelajaran yang banyak.
Sebenarnya ada banyak lagi info yang boleh dihuraikan oleh 5 peringkat ini termasuk peluang kerjaya, contoh kerjaya, bentuk pengajian dan sebagainya. Tetapi untuk hari cuti ni cukuplah dengan yang dinyatakan tu kita akan sambung lain kali. 😀
Terima kasih.
[…] INFO TAMBAHAN!!! […]
Klau diploma ambik course automotive nanti sambung degree ambil course sesuai?
Banyak peringkat ISM nanti..universiti bitara kejuruteraan seperti UTM, UTHM pun ada. Sebaiknya saudara rujuk rujukan UPU untuk lihat senarai pengajian berkaitan.
salam…saya nak bertanya…
saya nak buat degree perubatan akan tetapi sekarang saya masih dalam degree biomedical science…cadangmya lepas habis degree pertama,saya nak persue ke degree medical..
saya mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan dan SPM saya bukan dari sains tulen…
adakah boleh saya melanjutkan ke bidang perubatan tu??
[…] Kami rasa ada baiknya anda baca kembali peringkat-peringkat pengajian tinggi dalam pemulisan kami sebelum ini. Jika ingin dijelaskan lagi secara detail apakah itu pengurusan pelancongan adalah bidang yang […]
Salam tuan. Tuan tahu dimana tempat yg ada buat kursus sijil kejuruteraan awam ?
Assalammulaikum,saya nk bertanya adakah Sijil Professional sama taraf dengan Sarjana?
Salam tuan, saya nak tanya.. sy mempunyai Master flm bidang Pengurusan (Sumber Manusia). Boleh ke sekiranya saya ingin menyambung PhD dalam bidang pendidikan?
assalamualaikuM,
saya diploma course lain kalau ijazah nak amik course lain boleh kea?
Waalaikumussalam, boleh..tapi kne berkaitan..cth diploma kejuruteraan awam, boleh juga ambil kejuruteraan elekronik dan berkaitan.. Diploma sains boleh juga ambil ijazah alam sekitar, kimia atau kesihatan
Assalamualaikum, Kolej Matrikulasi tergolong dalam peringkat yang mana?
Waalaikumussalam, matrikulasi kini setaraf dengan diploma/ Asasi.
assalamualaikum,boleh sya thu berapa tempoh masa yg diperlukan untuk menamatkan ijazah sarjana muda undang-undang syariah di UM?
assalamualaikum. nak tanya satu soalan. macam mana kita mahu tahu kerjaya apa kita dapat kalau bidang apa yang kita ambil di UA. contoh “kalau ambil ijazah sarjanamuda antropologi dan sosiologi, apa kerjaya yang bakal saya dapat”. boleh tolong bagitahu mengenai semua bidang di UA. kalau ada websitenya boleh minta?
Assalamualaikum,
Boleh terangkan sikit apa itu “Ijazah pertama” ?
Assalam, sy baru grad diploma dgn HPNM 2.81 mata. Kalau saya sambung degree brapa taun agaknya?? Harap admin dapat balas segera.
Jika dulu 4 tahun, tapi skrg ni ada yg disingkatkan pada 6 semester utk diploma. Tapi bergantung juga pada kursus yang diambil dan ketetapan universiti, baik shafiqi dapatkan maklumat lanjut dengan universiti yang diminati.
assalammualaikum, apa beza first class degree dengan degree biasa? Saya ada terbaca kalau first class degree privilege dia kita dapat skip master. Is it true? thnank you.
Salam,saya ingin bertanya apakah hala tuju saya selepas mengambil sijil profesional ? Adakah saya boleh terus sambung degree menggunakan sijil professional atau perlu mengambil diploma dahulu ?
Salam tuan,saya merupakan lepasan spm,apakah kebaikan apabila saya mengambil sijil profesional di UM ? Kemanakah hala tuju selepas mengambil sijil profesional ? Boleh saya sambing degree dengan menggunakan sijil profesional ?
kalau saya berminat nak ambil STPM + ijazah + master, berapa lama tempoh masa saya belajar ya??
Kami ada buat artikel berkaitan tempoh masa pengajian ni, cuba rujuk https://www.xpresi.org/tempoh-masa-belajar-stpm-ijazah-master/
assalamualaikum..saya nak tanya selepas saya mengambil sijil lanjutan adakah saya boleh sambung mengambil diploma…..ape faedah sijil lanjutan ni…harap membantu,,,
assalammualaikum.saya nak tanya , klau kursus yg saya ambil ni.,pengajian video Dan filem di politeknik.bila nak sambung buat ijazah ada tak course tu kat mana2 institut?
Assalamualaikum. Jika sudah mempunyai Diploma dari politeknik, adakah berbaloi jika saya ingin mengambil sijil kemahiran seperti Penjaga Jentera atau sepatutnya lebih berbaloi jika saya menerusi pengajian saya ke tahap yang lebih tinggi iaitu ijazah sarjana muda. Mohon pencerahan daripada yang berpengetahuan.
Waalaikumussalam, bergantung pada ariff, tapi sebaiknya teruskan menuju aras tinggi dalam pembelajaran jika layak n mampu. jika boleh, sambung belajar sampai PHD.
SALAM . APA DIMAKSUDKAN DIPLOMA LANJUTAN ?
Assalamualikum, say ingin bertanya..jika pengambilan sijil dimana yew yang menawarkannya pengambilan sijil sahaja??
Waalaikumussalam, banyak..di Institut kemahiran spt IKM, ILP, Kolej Komuniti.. IPT juga ada menawarkan sijil.
Assalamualaikum.
Sy ada kemusykilan. Skrg ni sy sdg menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan awam. Adakah boleh sekiranya selepas tamat pengajian nanti sy nk sambung lg pengajian ke peringkat sarjana tetapi dlm bidang pengurusan perniagaan.
Terima kasih.
Boleh kah ambil master tanpa degree. guna pengalaman kerja sahaja
rasanya xboleh.. mmg kne ikut peringkat..sbb masa nak mohon tu mmg dia akan minta kelayakan sebelumnya..
assalamualikum .. saya ingin bertanya .. bolehkah sijil ikm menyambung pelajaran diploma ke kktm ? dan jika orang tu mempunyai sijil lvl 3 dari kolej swasta dan keputusan spm hanya 3 kredit .. tetapi math tidak kredit hanya lulus ingin menyambung diploma ke kktm dapatkah di terima sambil membuat surat rayuan ?
Salam, saya merupakan pemegang/lepasan diploma perakaunan, jika saya menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan secara separuh masa, berapa lama agaknya tempoh penggajian (semester) untuk program separuh masa dari serba pengetahuan Tuan.
Assalamualaikum . Nak tanya . Kalau nk ambik courses dkt uitm shah alam blh ambil lebih dr satu ke?
Waalaikumussalam, kalau dalam permohonan boleh mohon lebih dari satu..Tapi kalau belajar/menuntut hanya boleh satu..
Assalam, saya ada sikit kekeliruan apa perbezaan ijazah sarjana muda dengan sarjana muda ?
Salam, xada beza.. sama shj.. kalau ijazah sarjana itu berbeza.. perkataan “muda” tu yang membezakannya. Kalau tak ada muda maksudnya ia adalah peringkat master/ sarjana
Salam.nak tanya ape perbezaan diploma eksekutif dengan diploma biasa.sekarang ni saya mengambil diploma elektrik di politeknik secara separuh masa yang mengambil masa 4 tahun.sekarang ini saya saya tertarik dengan diploma eksekutif elektrik yang ditawarkan OUM hanya 18 bulan.adakah kedua-dua diploma ini sama taraf.
Diploma eksekutif juga ialah diploma, cuma bezanya dari segi pengkhususan. Di politeknik saudara mengambil diploma dlm pengkhusussan elektrik, manakala di OUM saudara akan mengambil diploma dalam pengkhusussan eksekutif ( berkaitan pentadbiran dll )
assalam…boleh saya tahu dasar yg digunapakai menyatakan tempoh pengajian peringkat sarjana muda adalah 4 tahun..tq
Wsalam. pengajian 4 tahun tu adalah kebiasaanya/ purata tahun semasa post dibuat.. utk gambaran/informasi pembaca.. namun demikian, keputusan tempoh pengajian dibuat berdasarkan keputusan senat universiti atau keperluan pengajian.