Apa Itu Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD ?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mungkin ada yang mengetahui apa itu pengajian di peringkat sijil, peringkat ijazah, sarjana dan PHD. Namun demikian masih ada yang bertanya dan minta penjelasan lebih lanjut mungkin tentang pengertian, contoh, tempoh pengajian, kos pengajian dan sebagainya.

Untuk hari sabtu ni Saya ada sediakan sedikit info tentang peringkat pembelajaran ni, peringkat-peringkat kelulusan atau iktisas sebenarnya sangat penting untuk dimaklumkan kepada setiap penuntut ilmu kerana ia merupakan pengetahuan asas yang mana pengetahuan ini memberikan motivasi ataupun penunjuk arah dalam menentukan halatuju kerjaya hidup.

Peringkat kelulusan dan dipanggil iktisas ini dibahagikan kepada 5 peringkat utama. peringkat tersebut terdiri dari sijil, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan PHD.

Peringkat pertama/ permulaan

Peringkat mula-mula yang ramai orang ambil/belajar ialah peringkat Sijil ( Certificate ), Kebiasaan yang popular diambil ialah Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala kursus lain seperti Sijil elektrik, Sijil kejuruteraan awam, Sijil pembantu perubatan dan banyak lagi. Pendek kata, apa sahaja yang nama kursus yang dimulakan dengan perkataan ” sijil ” itulah menunjukkan peringkatnya.

Tempoh pengajian peringkat sijil pula memakan masa maksima 2 tahun dan ada juga kursus peringkat sijil memerlukan tempoh paling minima 6 bulan. Yuran pengajian kebiasaanya RM 500 untuk sekali belajar dan kebiasaanya RM 450 dan biasiswa pula bergatung kepada penaja kursus tersebut. Jika kursus itu ditaja oleh agensi berkaitan kerajaan kebiasaanya biasiswa disediakan menerusi latihan dalam pembelajaran yang dilaksanakan.

Info Tambahan :  15 Kerja Part Time Dari Rumah

Peringkat kedua

Peringkat ini kelulusan lebih tinggi dari peringkat sijil iaitu peringkat Diploma. Peringkat diploma ini merupakan peringkat separa profesional. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai sijil untuk memohon kursus-kursus yang ditawarkan. Kursus diploma ini dinamakan seperti Diploma kejuruteraan awam, Diploma perakaunan dan banyak lagi.

Tempoh pengajian peringkat diploma ini kebiasaanya 3 tahun dan kos pengajian kira-kira 15 ribu. Jika pengajian di universiti swasta mungkin lebih dari Rm 15 ribu tu.

Peringkat ketiga

Peringkat ini adalah paling popular sekarang iaitu kelulusan diperingkat Ijazah, Nama penuh peringkat ini dinamakan Ijazah Sarjana Muda. Peringkat ini adalah peringkat profesional dengan memerlukan kelulusan sekurang-kurang mempunyai diploma ataupun kursus persediaan seperti di Matrikulasi ataupun SIjil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM. Contoh kursus ialah Ijazah Sarjana muda perubatan.

Tempoh pengajian pula ialah sekitar 5-3 tahun kebiasaannya adalah 4 tahun, tetapi kebanyakan kursus perubatan mungkin memakan masa 6-5 tahun bergantung kepada bilangan matapelajaran yang diambil. kos pengajian pula tidak tetap dan kebiasaannya sekitar 20ribu ringgit bagi sepanjang kursus diambil.

Info Tambahan :  Biasiswa Untuk Degree: 3 Jenis Biasiswa dan Tips

Peringkat keempat

Peringkat ini adalah peringkat lebih mencabar, Peringkat ini dinamakan sebagai kelulusan Ijazah Sarjana atau ” Master “. Peringkat ini kebiasaanya mengambil masa kira-kira 2-3 tahun kerana ia melibatkan pembelajaran lebih khusus dan lanjutan dari ijazah tadi. Kebiasaanya peringkat ini mengambil masa 2 tahun boleh dibuat secara sepenuh masa atau Sambilan.

Kos pengajian Peringkat ini kebiasaannya sekitar 15 ribu bergantung kepada institusi yang dimohon.

Peringkat Lima

Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kelulusan pendidikan iaitu peringkat PHD atau Doktor Falsafah, Peringkat ini pengajian lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam mentelaah dan membuat kajian. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai Sarjana untuk diterima menyambung pengajian.

Kos belajar peringkat ini kira-kira 20 ribu dan tempoh pengajian 5-4 tahun. Tetapi kebiasaanya adalah 4 tahun kecuali kursus yang sukar atau mempunyai masalah dalam menyelesaikan kajian ataupun bilangan matapelajaran yang banyak.

Sebenarnya ada banyak lagi info yang boleh dihuraikan oleh 5 peringkat ini termasuk peluang kerjaya, contoh kerjaya, bentuk pengajian dan sebagainya. Tetapi untuk hari cuti ni cukuplah dengan yang dinyatakan tu kita akan sambung lain kali.  😀

Terima kasih.

117 thoughts on “Apa Itu Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD ?

  1. Assalamualaikum, saya nak tanya. Saya sekarang sedang menjalani Diploma Pendidikan Islam di Marsah. Kalau saya nak melanjutkan pelajaran di mana mana Universiti di peringkat Degree, adakah saya perlu ambil Ijazah sarjana muda Pendidikan Islam atau boleh ambil kursus lain yang berkaitan? sebab saya bercita cita ingin menjadi guru pendidikan islam di Sekolah menengah.

    1. Wsalam.. kebiasannya ada tawaran untuk lanjutkan pelajaran bagi setiap institusi, jika tidak memenuhi..boleh juga memohon kembali di UPU bila buka nanti..tapi kali ni mohon untuk permohonan ijazah sarjana muda.

    1. Degree dalam bahasa inggris.. dalam bahasa melayu ijazah.. biasanya degree dimaksudkan ijazah sarjana muda..sebab kalau ijazah sarjana adalah Master.

    1. Banyak peringkat ISM nanti..universiti bitara kejuruteraan seperti UTM, UTHM pun ada. Sebaiknya saudara rujuk rujukan UPU untuk lihat senarai pengajian berkaitan.

  2. salam…saya nak bertanya…
    saya nak buat degree perubatan akan tetapi sekarang saya masih dalam degree biomedical science…cadangmya lepas habis degree pertama,saya nak persue ke degree medical..
    saya mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan dan SPM saya bukan dari sains tulen…
    adakah boleh saya melanjutkan ke bidang perubatan tu??

  3. Salam tuan, saya nak tanya.. sy mempunyai Master flm bidang Pengurusan (Sumber Manusia). Boleh ke sekiranya saya ingin menyambung PhD dalam bidang pendidikan?

    1. Waalaikumussalam, boleh..tapi kne berkaitan..cth diploma kejuruteraan awam, boleh juga ambil kejuruteraan elekronik dan berkaitan.. Diploma sains boleh juga ambil ijazah alam sekitar, kimia atau kesihatan

  4. assalamualaikum,boleh sya thu berapa tempoh masa yg diperlukan untuk menamatkan ijazah sarjana muda undang-undang syariah di UM?

  5. assalamualaikum. nak tanya satu soalan. macam mana kita mahu tahu kerjaya apa kita dapat kalau bidang apa yang kita ambil di UA. contoh “kalau ambil ijazah sarjanamuda antropologi dan sosiologi, apa kerjaya yang bakal saya dapat”. boleh tolong bagitahu mengenai semua bidang di UA. kalau ada websitenya boleh minta?

  6. Assalam, sy baru grad diploma dgn HPNM 2.81 mata. Kalau saya sambung degree brapa taun agaknya?? Harap admin dapat balas segera.

    1. Jika dulu 4 tahun, tapi skrg ni ada yg disingkatkan pada 6 semester utk diploma. Tapi bergantung juga pada kursus yang diambil dan ketetapan universiti, baik shafiqi dapatkan maklumat lanjut dengan universiti yang diminati.

  7. assalammualaikum, apa beza first class degree dengan degree biasa? Saya ada terbaca kalau first class degree privilege dia kita dapat skip master. Is it true? thnank you.

  8. Salam,saya ingin bertanya apakah hala tuju saya selepas mengambil sijil profesional ? Adakah saya boleh terus sambung degree menggunakan sijil professional atau perlu mengambil diploma dahulu ?

  9. Salam tuan,saya merupakan lepasan spm,apakah kebaikan apabila saya mengambil sijil profesional di UM ? Kemanakah hala tuju selepas mengambil sijil profesional ? Boleh saya sambing degree dengan menggunakan sijil profesional ?

  10. assalamualaikum..saya nak tanya selepas saya mengambil sijil lanjutan adakah saya boleh sambung mengambil diploma…..ape faedah sijil lanjutan ni…harap membantu,,,

  11. assalammualaikum.saya nak tanya , klau kursus yg saya ambil ni.,pengajian video Dan filem di politeknik.bila nak sambung buat ijazah ada tak course tu kat mana2 institut?

  12. Assalamualaikum. Jika sudah mempunyai Diploma dari politeknik, adakah berbaloi jika saya ingin mengambil sijil kemahiran seperti Penjaga Jentera atau sepatutnya lebih berbaloi jika saya menerusi pengajian saya ke tahap yang lebih tinggi iaitu ijazah sarjana muda. Mohon pencerahan daripada yang berpengetahuan.

    1. Waalaikumussalam, bergantung pada ariff, tapi sebaiknya teruskan menuju aras tinggi dalam pembelajaran jika layak n mampu. jika boleh, sambung belajar sampai PHD.

  13. Assalamualikum, say ingin bertanya..jika pengambilan sijil dimana yew yang menawarkannya pengambilan sijil sahaja??

  14. Assalamualaikum.
    Sy ada kemusykilan. Skrg ni sy sdg menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan awam. Adakah boleh sekiranya selepas tamat pengajian nanti sy nk sambung lg pengajian ke peringkat sarjana tetapi dlm bidang pengurusan perniagaan.
    Terima kasih.

  15. assalamualikum .. saya ingin bertanya .. bolehkah sijil ikm menyambung pelajaran diploma ke kktm ? dan jika orang tu mempunyai sijil lvl 3 dari kolej swasta dan keputusan spm hanya 3 kredit .. tetapi math tidak kredit hanya lulus ingin menyambung diploma ke kktm dapatkah di terima sambil membuat surat rayuan ?

  16. Salam, saya merupakan pemegang/lepasan diploma perakaunan, jika saya menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan secara separuh masa, berapa lama agaknya tempoh penggajian (semester) untuk program separuh masa dari serba pengetahuan Tuan.

    1. Salam, xada beza.. sama shj.. kalau ijazah sarjana itu berbeza.. perkataan “muda” tu yang membezakannya. Kalau tak ada muda maksudnya ia adalah peringkat master/ sarjana

  17. Salam.nak tanya ape perbezaan diploma eksekutif dengan diploma biasa.sekarang ni saya mengambil diploma elektrik di politeknik secara separuh masa yang mengambil masa 4 tahun.sekarang ini saya saya tertarik dengan diploma eksekutif elektrik yang ditawarkan OUM hanya 18 bulan.adakah kedua-dua diploma ini sama taraf.

    1. Diploma eksekutif juga ialah diploma, cuma bezanya dari segi pengkhususan. Di politeknik saudara mengambil diploma dlm pengkhusussan elektrik, manakala di OUM saudara akan mengambil diploma dalam pengkhusussan eksekutif ( berkaitan pentadbiran dll )

  18. assalam…boleh saya tahu dasar yg digunapakai menyatakan tempoh pengajian peringkat sarjana muda adalah 4 tahun..tq

    1. Wsalam. pengajian 4 tahun tu adalah kebiasaanya/ purata tahun semasa post dibuat.. utk gambaran/informasi pembaca.. namun demikian, keputusan tempoh pengajian dibuat berdasarkan keputusan senat universiti atau keperluan pengajian.

  19. Assalamualaikum tuan,
    saya merupakan lepasan graduan Ijazah sarjana muda yang masih lagi menganggur. Buat masa sekarang saya telah terima pelbagai tawaran kerja namun saya tolak kerana bukan dalam bidang yang saya minati. Bolehkah saya seorang pemegang ijazah sarjana muda hendak sambung belajar bermula dari bawah iaitu sijil kemahiran. Saya khuatir jika saya mengambil sijil kemahiran , ijazah yang saya miliki tidak laku. Buat pengetahuan tuan, saya merupakan pelajar dalam bidang sains fizik (elektronik) dan saya ingin bermula dari bawah dalam bidang kejuruteraan elektronik kerana pengajian saya dahulu tidak banya praktikal hanya lebih kepada teori. saya sudah cuba menghubungi pihak kolej yang menyediakan program INSEP untuk lepasan graduan namun buat masa sekarang tiada lagi perancangan bagi pihak mereka. Dan saya tidak mahu mengambil Master kerana saya lebih ingin merasai sendiri suasana dalam bidang pekerjaan disamping belajar.

  20. Cara biasa (konventional) dapat Ijazah:

    Diploma (3 tahun) > Ijazah Sarjana Muda (3-4 tahun)

    Cara cepat (Fast track) dapat Ijazah:

    Higher National Diploma (HND-3 1/2 tahun) > Ijazah (1 1/2 tahun)

        1. sorry..
          Higher National Diploma (HND-3 1/2 tahun) > Ijazah (1 1/2 tahun)..
          boleh saya tahu dimana tempat pengajian yg mnawarkan sambung ijazah slama 1 1/2 tahun sahaja utk pemegang higher national diploma

  21. Saya tahun ni form 1, skg baru tahu peringkat utk sambung belajar kalau dah habis spm… trima kasih encikk.. Saya bercadang utk belajar sampai sarjana muda jelah.. skg ni tgh buat planning utk masuk aliran apa pada form 4 dan form 5 akan datang

  22. salam tuan. Adakah ijazah di oum diiktiraf? Saya berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah keselamatan kesihatan dan pekerjaan. Adakah berpatutan saya menyambung di dalam bidang ini?
    Untuk maklumat tuan. Saya bekerja di dalam bidang elektrik. Adakah relevan untuk saya menyambung di bahagian tersebut? Harap tuan dapat memberikan jawapan. Terima kasih tuan.

      1. Pertama sekali Terima kasih tuan sbb reply. Sy mmg perlukan pertolongan tuan.
        Yaka. Tapi sy rasa lari tajuk dah dari bidang sy bekerja skrg. Sebab di OUM tiada bidang engineering. Selain dari itu. Bidang ap yg sesuai untuk sy sambung belajar? Sy dah check. Tapi OUM mmg tiada kejuruteraan. Terima kasih tuan.

        1. Mmg la xde engineering, mane boleh belajar bidang engineering secara part time, oum menjalankan kursus semuanya part time. So kalau nk engineering pergi utm skudai.

        2. Nomercybro- ko silap kot bro. Utm space ad engineering.parttime gak. Mayb ko budak2 lg kot. Lgsatu ak tak tanya ko pun. keybord worrior ko ni.

  23. Assalamuallaikum w.b.t.

    Saya ada beberapa soalan. InsyaAllah saya sekarang sedang fikir2 utk ambil samada EXECUTIVE diploma ATAU, PROFESSIONAL DIPLOMA: soalannya

    1)Apakah beza diantara kedua2 diploma tersebut
    2)Adakah kedua-duanya setaraf dengan diploma biasa?
    3)Saya dimaklumkan tempohnya singkat berbanding diploma, betulkah?
    4)Jika ingin memohon kenaikan pangkat didalam kerajaan, boleh kah diambil kira setaraf diploma utk memohon jawatan gred 27….

    Maaf agak byk soalan….harap dpt membantu

      1. salam tuan,saya akan menamatkan pengajian eksekutif diploma dari oum,tetapi disebabkan eksekutif diploma ini tidak mendapat pengiktirafan jadi peluang untuk saya menyambung ke peringkat lebih tinggi adalah terhad..
        Saya ditawarkan untuk menyambung ijazah di oum dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan tetapi ijazah tersebut juga belum mendapat pengiktirafan dari MQA.
        Soalan saya, adakah saya membuat keputusan yg betul dengan mendaftar masuk atau apa cadangan terbaik tuan.
        1.ijazah keselamatan kesihatan pkerjaan oum
        2.sarjana eksekutif keselamatan kesihatan klia training
        3.eksekutif master keselamatan kesihatan klia training

        1. Dah pasti ke dia xada pengiktirafan? cuba semak dekat laman web MQA. Biasanya setiap kursus dah ada MQA.. kalau tidak agak susah..tapi masih boleh memohon jika ada rezeki..

        2. Tuan untuk kursus BOHSM di OUM telahpun mendapat MQA skg ni pun saya ditahun 3 di OUM, tahun depan tamat pengajian jadi teruskan sambung belajar anda di OUM..

  24. saya ingin bertanya .. saya ditawarkan untuk dip sains gunaan .. dan sya rasa klau bleh sya mahu habiskan bidang ini hingga ke tahap degree .. adkah peluang perkerjaan bagi kos ini senang utk diperolehi?

  25. salam.
    saya ingin bertanya. saya lepasan degree in management. boleh anda terangkan sedikit info mengenai second degree. bagaimana nak apply. universiti mana yang ada offer buat second degree. saya dah puas belek google ni. xjumpa2 juga. saya merancang hendak mengambil second degree in math to pursue my ambition.

  26. Assalamualaikum tuan.. Saya menghadapi kekeliruan.. Saya merupakan lepasan spm 2013.. Saya telah mengisi permohonan tajaan jpa-mara di mana saya memilih course perubatan USM-KLE.. setelah melepasi tarikh tutup permohonan baru saya tahu yang USM-KLE ialah program ijazah.sedangkan untuk mengikuti program tersebut saya perlu melepasi asasi/matrik/IB… Apa akan terjadi dgn permohonan saya ?jika saya dipanggil interview , apa perlu saya lalukan ? Saya perlukan pencerahan..terima kasih..

    1. Waalaikumusalam.. sistem dan panel pemilih akan tapis dulu.. yang tidak layak spt tiada kursus persediaan akan disngkirkan utk calon temuduga..jgn bimbg yerr 🙂

  27. salam…saya nak tanya….saya pelajar lepasan stpm 2012..saya ada isi UPU pd thun ini utk sesi kemasukan september 2014/2015….so,saya nk tanya..lepas isi UPU,perlukan saya post dokumen serta sijil-sijil yang diperlukan kepada universiti yang dipohon….saya keliru sebab arahan ada mengatakan,**pemohonan lepasan diploma/setaraf wajib mencetak slip pemohonan serta mengemukakan dokumen yang dikehendaki kepada universiti pilihan masing**….so,perlukan sya post dokumen seperti di dikehendaki ataupun tidak?minta perjelasan dan pendapat….sebab saya keliru…semasa isi,saya di bawah kategori Diploma?setaraf sebab saya Lepasan STPM 2012..minta pendapat

  28. Asalamualaikum saya nk tanya kalau saya ambik apa2 kemahiran contoh seperti kimpalan blajar 2 thun dpt sijil selepas itu bole ke saya hendak sambung diploma

  29. jika saya mengambil diploma eksekutif. bolehkan saya menyambung pengajian ke tahap degree? jika boleh apakah syarat-syaratnya?

  30. Salam tuan, saya musykil tentang diploma dan diploma lanjutan??
    Boleh tuan terangkan?Saya dah ada Diploma skang berminat untuk bt Ijazah Sarjanan Muda? Adakah Diploma saya dikira Diploma lanjutan setelah selesai saya ambil Ijazah Sarjana Muda?Mohon pencerahan untuk kebaikan semua..terima kasih tuan..

  31. assalamualaikum..saya ada pertanyaan..di malaysia..dimana kita boleh membuat double degree..pasal setahu saya..ipta/ipts tak buat utk double degree

    1. Double degree berlambak di Malaysia. Ianya ada “&”. Cth SARJANA Muda it Dan pengurusan dengan kepujian. Biasanya subjek diambil adalah double major.

  32. assalamualaikum, saya ingin bertanya… saya ingin melanjutkan pelajaran ke perigkat diploma dan sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Boleh kah saya melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang Sains Gunaan( fizik)??

  33. Assalamualaikum…
    sy ingin bertanya…sy ingin melanjutkan pelajaran kepringkat sarjana…apakah kelebihan sarjana pendidikan daripada sarjana tanpa pendidikan…dan adakah sarjana pendidikan lebih menjurus kepada guru sekolah ataupun pensyarah IPTA..

    terima kasih

    1. Waalaikumussalam.. jika sarjana ada pendidikan kita akan belajar subjek tambahan bekenaan pedagogi dan hal lain tentang pendidikan. Ilmu itu menampakkan kita mempunyai ilmu yang melayakkan kita untuk menjadi pendidik termasuk sebagai pensyarah dan tenaga pengajar lain..ia bergantung kepada apa yg dipilih selepas pengajian.. jika mempunyai pendidikan kita akan lebih mendapat pekerjaan bekenaan pengajaran dan pembelajaran..

  34. salam,
    di ambil dari ayat en fiziesss
    “dari mana ijazah diperolehi juga diambil kira”.

    adakah ijazah nie berbeza-beza mengikut tempat ?minta penjelasan..

    1. salam..ijazah tetap sama..cuma kadang-kadang penemuduga ini subjektif..ada yang mahukan keluaran dari institusi tertentu dan ada juga yang pastinya mahukan keluaran dari institusi yang mempunyai LAN.

  35. salam..saya nak tanya ape perbezaan antara matrikulasi, asasi dan diploma? … mana satu lagi bagus dan menjana masa depan? dan ape kualiti pembelajarannya? dan yang mane akan mengmbil masa yang sedikit?

  36. salam , saya keliru mengenai dua benda ni . apa beza antara ijazah sarjana muda dengan kepujian dan ijazah sarjana muda sahaja ? adakah title ” kepujian ” tu bagi kesan apa-2 di alam pekerjaan nanti ? terima kasih 🙂

    1. Bahasa senang faham..Ijazah sarjana muda ialah tahap pengajian.. Jika ditambah eksekutif iaitu Ijazah Sarjana Muda Eksekutif menunjukkan Ijazah sarjana muda tersebut adalah dikhususkan kepada pengajian berkaitan eksekutif.

      1. saya sekarang masih lagi dalam delema aliran apa y saya perlu ambil kerana saya minat dalam bidang juruteraan tetapi saya x ambil jurusan sn .pada mulanya saya saya adalah pelajar sains tetapi saya x bergitu ykin y saya boleh bawa sbb aliran itu amat berat dn sy x kut saya x mampu nk bawa subjek itu dan saya tukar kepada jurusan perdagagan x pi saya msih lgi x tenang dgn aliran y peelu saya ambl dan hampir 5 bulan saya dlm dilema tolng saYA syay perlukan bantuan dari anda

  37. assalam. nk tanya, sy bakal mghabiskan pengajian diploma.
    sy nk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
    kursus yg sy nk mohon nanti, ada beza. sarjana muda (kepujian) dan sarjana muda. apa beza yg ada kepujian dgn x ada kepujian?

    1. Di Australia kepujian itu diberikan kepada pengajian yang mempunyai kajian di akhir pengajian dan ia juga bergantung pada pencapaian pelajar tersebut secara berterusan semasa tahun ke 2-3. Pelajar juga perlu membuat thesis dan menerbitkannya. Oleh demikian, kepujian itu diberikan kepada pelajar yang cemerlang sahaja dalam kursus yang diambil.
      Untuk di United Kingdom UK, kepujian itu membezakan kelulusan professional/ ijazah khas dan ijazah biasa. Untuk mendapatkan kepujian perlulah cemerlang paling kurang CGPA 2.00 ( Kelas kedua ) semasa menamatkan pengajian. Selain itu, kajian juga perlu dilakukan semasa tahun akhir pelajar bekenaan.
      Untuk di Malaysia ini, kami tidak dapat memberikan ketetapan atau penerangan yang lebih baik kerana apa yang telah berlaku kini agak mengelirukan ( kelemahan kami ) berbanding penggunaan “ Kepujian “ itu sebelum tahun 90an. Jika dahulu, pemberian kepujian adalah bagi Ijazah yang berkualiti iaitu mendapat keputusan akhir yang baik ( kelas pertama ) untuk mendapatkan taraf Kepujian itu.

      Sumber : Perbezaan Ijazah ( Kepujian ) dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah |Xpresi

  38. Assalamualaikum , saya nak tanya apakah perbezaan antara asasi sains ,asasi sains hayat dan asasi perubatan ? terima kasih.

    1. Waalaikumussalam..
      Asasi Sains..
      Belajar subjek2 pecahan sains.. kebanyakan institusi menawarkan Bio dan fizik bersama.

      Asasi Sains Hayat
      Belajar subjek pecahan Sains.. belajar Biologi tanpa ada fizik..

      Asasi Perubatan
      Pengkhususan persediaan perubatan seperti pecahan biologi yang lebih mendalam..

  39. salam…saya bakal menduduki spm thun nie..sy cuma nk tnya , boleh tlng beritahu senarai penaja biasiswa dan laman webnya serta cara memohonya?? dan bagaimana hendak memasuki universiti malaya(UM) kerana sy dengar ada borang khusus untk memasuki universiti ini..

    1. Salam, semoga terus cemerlang dalam SPM, selamat berjuang… Untuk senarai penaja biasiswa tu ia berubah2.. ia mengikut pengurusan institusi yang menawarkan biasiswa. Oleh tu, sy tak boleh senaraikan sebab ia mengikut pekembangan semasa. Kebiasaannya biasiswa adalah dari JPA dan MARA. Tetapi tempat terhad dan memerlukan keputusan yang cemerlang. Untuk maklumat mengikut update semasa, baik aiman LIKE facebook xpresi https://www.xpresi.org/lebih-profesional-dengan-xpresi-fan-page/ oleh itu, aiman akan dapat update terbaru dalam facebook aiman bekenaan biasiswa dan permohonan universiti. Mungkin ia sedikit sebanyak membantu nanti apabila pemohonan biasiswa dan universiti di keluarkan nanti. Satu lagi, Mungkin aiman boleh taip perkataan biasiswa atau permohonan um pada sistem carian xpresi, sebelum ini ada sedikit informasi bekenaan biasiswa yang telah di keluarkan xpresi..Terima kasih..

  40. salam.. sy cuma ingin bertanya, sy merupakan pelajar yng akn ambil spm thun ni..sy berminat dengan jurusan perubatan..iaitu untuk menjadi doktor.. namun sy dengar bilangan doktor dan yng bkal menjadi doktor adalah berlebihan.betul ke fakta nie?? dan kalau betul, boleh tlng cdngkan kursus yng sesuai yng peluang pekerjaannya masih bnyk tp masih dlm jurusan perubatan..

    1. Salam, xpe..sy mmg galakkan sesiapa sahaj yg nak bertanya.. 😉 berlebihan? saya tak begitu pasti dengan fakta berlebihan tu. Tetapi mungkin sejak kebanjiran tawaran dari pelbagai institusi termasuk swasta yang kadangkala merendahkan kelulusan kemasukan. saya rasa isu berlebihan tu takde. Yang ada tak dapat kerja pun sebab keputusan yang tidak baik dan tidak cukup syarat-syarat untuk menjadi doktor perubatan. Untuk menjadi doktor perlu memenuhi syarat seperti tinggi keputusan peperiksaan, jam kredit kuliah, latihan di institusi kesihatan dan dari mana ijazah diperolehi juga diambil kira. Mungkin kebanjiran sesetengah institusi yang mengutamakan keuntungan membuatkan banyak syarat tidak dipenuhi. Ataupun faktor pelajar itu sendiri yang tidak belajar bersungguh-sungguh. Pada pendapat sy setakat ini bidang perubatan memang diperlukan terutama di kawasan yang tidak menjadi pilihan seperti dikawasan pekan dan luar bandar. Untuk pengetahuan saudara ada banyak klinik kesihatan di Malaysia..yang pastinya penduduk akan bertambah dikawasan tersebut dan pastinya ia perlu dinaiktaraf menjadi hospital yang mana memerlukan banyak doktor..Untuk saranan pekerjaan yang banyak kekosongan tu saya ambil prinsip tidak menjawabnya. sebab sebenarnya setiap jawatan sentiasa ada setiap tahun.. 😉

Leave a Reply to tims Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *