Apa itu Sijil IB dan Cetakan Akreditasi MQA

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Permohonan UPU kini sedang rancak oleh lepasan SPM/STPM setaraf.   Semasa mengisi adakah anda tertanya tentang Apa itu sijil IB dan cetakan akreditasi MQA. Kami ada menerima pertanyaan menerusi  email dan medium lain berkenaan dengan pelbagai masalah yang timbul semasa mengisi permohonan UPU.

MQA SIJIL IB

Semasa proses permohonan UPU,  ada antara pemohon yang akan diminta untuk Muat naik  sijil IB dan cetakan akreditasi MQA. Kedua-dua maklumat yang perlu dimuat naik ini adalah ditetapkan wajib  dimuat naik. Oleh demikian kegagalan memuat naik kedua bahan ini menyebabkan permohonan anda tidak dapat diproses.

Persoalannya sekarang Apakah sijil IB dan apa  itu cetakan akreditasi MQA?

Sijil IB International Baccalaureate (IB)

Mungkin jarang kita dengar berkenaan dengan sijil IB ini,  untuk pengetahuan sijil IB ini adalah program diploma yang diambil oleh institusi institusi yang dilantik.  jika menurut sumber maklumat berkaitan IB International baccalaureate ini adalah seperti di bawah :

Diploma International Baccalaureate (IB) adalah program pra-universiti yang mempunyai disiplin yang ketat kerana ia menuntut pelajar untuk kebertanggungjawaban yang tinggi. Ia ditadbir oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland dan ditadbir oleh  International Baccalaureate Curriculum and Assessment Centre di Cardiff, Wales.

Hanya beberapa sekolah yang dipilih sahaja yang dibenarkan oleh IBO untuk menawarkan sijil ini.

Institusi swasta:

  • Cempaka International Ladies’ College
  • Cempaka School
  • Fairview International School Kuala Lumpur
  • Fairview International School Penang
  • IGB International School
  • Marlborough College Malaysia
  • Mont Kiara International School
  • Nexus International School, Putrajaya
  • Sri KDU International School
  • Taylor’s College Sri Hartamas
  • The International School of Penang (Uplands)
  • UCSI International School
  • International School of Kuala Lumpur

Institusi awam:

  • Kolej MARA Banting
  • Maktab Tentera Diraja
  • Kolej MARA Seremban
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar

*Untuk makluman senarai terkini yang mengambil IB  Mungkin bertambah dan berubah. sebaiknya anda boleh merujuk  institusi pengajian anda sebelum ini untuk keterangan lanjut.

Cetakan Akreditasi MQA

Untuk memohon UPU,     pihak UPU memerlukan satu maklumat penting berkenaan dengan kursus pengajian yang telah  pelajar ambil sebelum ini. untuk pengetahuan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pelajar seharusnya mempunyai kelulusan sebelumnya yang mendapat pengiktirafan mqa.

pengiktirafan mqa ini penting demi menunjukkan kredibiliti serta penyelarasan  kursus pengajian yang telah diambil oleh pelajar. boleh untuk memohon UPU Pelajar perlu menunjukkan cetakan akreditasi mqa dalam laman rasmi.

Untuk mendapatkan cetakan pelajar hanya perlu terus ke laman rasmi MQA  dan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan dalam link yang kami sertakan (  maklumat lanjut ).

Jika anda masih kurang faham, kami ada sediakan video bagaimana menyemak MQA anda :

Anda boleh baca detail penerangan kami berkenaan MQA ini menerusi pautan yang kami sediakan.

Kedua-dua ini perlu dimuat naik ketika permohonan UPU dibuat.  Diharapkan maklumat yang diberikan ini dapat memberikan sedikit sebanyak input dan membantu  permohonan anda. Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan permohonan bolehlah terus bertanya di ruangan komen ataupun lebih baik menghubungi terus pihak UPU menerusi Facebook rasmi mereka ataupun hotline mereka.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Komen/ Pertanyaan Anda?

avatar
  Subscribe  
Notify of