Apa itu Sijil Modular dan Peluang Pekerjaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sijil modular baru diperkenal oleh kerajaan yang dilaksana terutama di kolej komuniti, mungkin ada yang tertanya apa itu modular dan bagaimana dengan peluang pekerjaan? Adakah luas atau sempit? Oleh itu mungkin sedikit perkongsian dibawah mampu membantu mereka yang memerlukan.

Apa itu Sijil Modular dan Peluang Pekerjaan 1
Salah satu Kursus di Kolej komuniti

Pegenalan

Program ini dipanggil latihan Sijil Modular Kebangsaan merupakan program latihan singkat biasanya ( 3-6 bulan ) yang berasaskan proses kerja sebenar mencakupi aspek praktikal. Setiap sijil modular ini adalah set kemahiran minima dalam sesuatu skop kerja. Sebenarnya sijil modular ini dibangunkan bagi membolehkan peserta mendapat kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa singkat.

Di iktiraf Agensi Kelayakan Malaysia

Sijil modular ini berdasarkan kepada Standart Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. Setiap sijil membawa sejumlah mata kredit yang diakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

Peserta perlu mengambil beberapa Sijil Modular lain berkaitan di kolej komuniti untuk melayakkan diri dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti. Program sijil mudular ini dilaksanakan menggunakan kaedah samada sepenuh masa atau separuh masa ataupun kaedah perantisan dengan kerjasama industri-industri untuk tujuan peningkatan kemahiran sebenar.

Peserta akan melakukan kerja sebenar di dalam kumpulan dan proses refleksi akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar bagi tujuan pembelajaran. Selain daripada dianugerahkan SIJIL MODULAR KEBANGSAAN setelah tamat program latihan, peserta juga boleh memilih untuk mendapatkan persijilan lain.

Info Tambahan :  TikTok Affiliate: Cara Daftar Dengan 0 Followers

Petikan akbar

KUALA LUMPUR: Semua lapisan masyarakat termasuk pelajar dan golongan bekerjaya berpeluang memperoleh sijil kemahiran dalam tempoh lebih singkat iaitu antara tiga hingga enam bulan berbanding dua tahun sebelum ini.

Sijil itu diiktiraf setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua dan tiga ditawarkan Kolej Komuniti mulai tahun ini, menerusi program Sijil Kemahiran Modular Kebangsaan di bawah program pengukuhan institusi kolej terbabit yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, semalam.

Muhyiddin berkata, dengan pelaksanaan program itu akan memperlihatkan Kolej Komuniti sebagai institusi pendidikan sepanjang hayat yang inklusif selain menjadi pusat pembentukan masyarakat berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.

“Ketika kita menuju negara maju, kerajaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23 peratus sekarang kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang 2015.

“Jadi, melalui penyediaan program latihan berasaskan kemahiran seperti ini, segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan kaum berpeluang mendapat akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti dalam negara.

“Saya percaya menerusi program yang lebih fokus dalam tempoh lebih singkat, Kolej Komuniti akan menjadi pemangkin utama kepada usaha kita membentuk masyarakat berkemahiran tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pengukuhan Institusi Kolej Komuniti di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Dr Hou Kok Chung serta Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau turut menggesa warga kolej supaya sentiasa bertindak secara proaktif dalam melakukan inovasi pembangunan kurikulum, latihan sumber manusia, pemantapan struktur dan tadbir urus institusi serta pengukuhan kerjasama antara institusi dan industri.

Katanya, semua itu penting untuk memastikan matlamat program pengukuhan yang mahu memberi peluang dan laluan alternatif kepada semua pihak khususnya pelajar lepasan menengah yang tercicir daripada pendidikan formal dapat dicapai sepenuhnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, buat masa ini terdapat 47 kursus modular merangkumi sembilan sektor utama pasaran ditawarkan Kolej Komuniti dengan 50,000 tempat disediakan tahun ini sebelum diperluaskan ke 80,000 tahun depan.

Sijil kemahiran lebih singkat, Harian Metro:-15/07/2010

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Peluang pekerjaan

Pada pengamatan saya, peluang pekerjaan melalui sijil modular ini mempunyai masa depan yang agak cerah kerana ia mampu memenuhi sektor sokongan mana-mana bidang yang memerlukan kemahiran. Kerjaya seperti pembantu am masakan, pembantu am binaan, elektronik, elektrik, pemasangan bahan dan banyak lagi mengikut kursus yang diambil.

Lebih baik jika mengambil beberapa modular untuk melayakkan mendapat sijil Komuniti untuk lebih berpeluang menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut, cubalah bertanya kepada kaunselor atau pentadbiran kolej yang berkaitan.

Harap membantu,

p/s : Klik Like dibawah Jika anda berterima kasih dan merasakan artikel diatas berguna. Terima Kasih.

One thought on “Apa itu Sijil Modular dan Peluang Pekerjaan

  1. Saya ingin bertanyakan mengenai Sijil Kolej Komuniti. Adakah ia setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2&3? Jika setaraf maknanya graduan Sijil Kolej Komuniti boleh dan layak untuk terus meyambung Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4?.

    Saya cuba bertanyakan kepada beberapa Kolej di bawah JPK, tetapi Mereka pun tidak pasti dan perlu bertanya dahulu ke JPK.

    Harap Pihak Tuan dapat membantu.

    Terima Kasih.

Leave a Reply to Wan M Pairus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *