Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page

Dunia pendidikan mempunyai pelbagai cabang, penuntut berjaya adalah yang peka dengan segala peluang. Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM mungkin tidak asing bagi sesetengah pelajar, namun demikian ada banyak juga maklumat lain yang perlu anda tahu bagi merancang halatuju kerjaya dan halatuju anda selepas pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM.

Pengenalan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM

STAM ini seperti juga STPM tetapi ia lebih berbeza dengan penambahan subjek-subjek berasaskan agama islam dan istilah penilaian tersendiri.

  • Tempoh Pengajian : 1 Tahun –2 Tahun
  • Sistem pendidikan: Mengikut sistem persekolahan ( termasuk cuti sekolah )
  • Kelulusan setaraf Diploma
  • Lepasan STAM : Jayyid boleh menyambung pendidikan di Universiti di Malaysia Jayyid Jiddan ke atas boleh menyambung pengajian di Mesir, Jordan, Turki, Maghribi dan sebagainya
Baca Juga :  5 Kelebihan Tingkatan 6 Aliran Sains

Pensijilan STAM

Sijil tinggi Agama Malaysia STAm
Sijil tinggi Agama Malaysia STAM

Kebiasanya perkara berikut berlaku dalam pengiktirafan dan pensijilan STAM

Sijil STAM

  • Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil dianugerahkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Calon Mengulang

Calon mengulang boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.

Calon Gagal

Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan ( Slip )

Pangkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut :

  • Mumtaz –Cemerlang ( 85 –100 )
  • Jayyid Jiddan -Sangat Baik( 70 –84 )
  • Jayyid –Baik ( 55 –69 )
  • Maqbul –Lulus ( 40 –54 )
  • Rasib –Gagal ( 0 –39 )
Baca Juga :  Senarai Pengajian Kursus Susah Dapat Kerja

Laluan Selepas STAM

Laluan Pengajian STAM
Laluan Pengajian STAM

STAM ini banyak memberikan input berkaitan agama dengan mempelajari ilmu agama termasuk bahasa arab. Kebiasaanya penuntut STAM ini akan mempunyai lebih peluang untuk memohon dalam kategori bidang agama di universiti tempatan atau luar negara. Bahasa arab juga menjadi pengajian bernilai tinggi untuk meningkatkan lagi kebolehan mencari pekerjaan selepas pengajian. Walau bagaimanapun demikian, tahap pengajian, kemahiran dan kecemerlangan amat mempengaruhi persaingan dalam mencari pekerjaan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here