Apa itu Sistem Latihan Dual Nasional SLDN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

SLDN


SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘ Dual ‘ membawa maksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu pembelajaran di tempat kerja dan institut latihan. SLDN ini dikendalikan melalui usahasama daripada syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan Malaysia.

Bagi program ini, nisabah amali teori adalah:-
√ 70-80% latihan amali di industri
√ 20-30% adalah berdasarkan latihan teori di pusat latihan (Penilaian menerusi pembelajaran didalam kelas)

“Tahukah anda, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) merupakan satu kaedah latihan yang dilaksanakan di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)”

Tujuan program ini adalah diwujudkan bagi:-

  • Meningkatkan kemahiran pelatih
  • Meningkatkan kebolehpasaran graduan SLDN dalam mendapatkan tempat pekerjaan pada masa akan datang.
  • Memberi peluang kepada perantis untuk mendapat sijil kemahiran

SLDN

  • Meningkatkan perkongsian pintar di antara pusat latihan dan industri

Objektif SLDN

SLDN mempunyai Objektif pelaksanaan tersendiri, Objektif ini bagi memastikan ia lebih mencapai matlamat sebenar perancangan  :-

i. Memastikan hanya perantis yang memenuhi syarat sahaja didaftarkan untuk mengikuti program ini

“Perantis bermaksud orang yang bekerja dengan tujuan untuk mem­peroleh pengetahuan dan kemahiran dalam se­suatu bidang yang diceburi”

ii. Melaksana satu kaedah penilaian yang sah, boleh dipercayai, mencukupi dan adil dalam menilai ketiga-tiga kompetensi yang ditetapkan dalam National Occupational Skill Standard (NOSS) atau kurikulum SLDN

INFO TAMBAHAN:-

Ciri-ciri utama NOSS adalah:-
√ Berasaskan keperluan pekerjaan.
√ Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
√ Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

Info Tambahan :  Kursus Yang Layak Dipohon Bagi Lepasan Asasi 2021

iii. Mengukur pencapaian keterampilan perantis dengan lebih jelas

iv. Memberi pengiktirafan kepada perantis mengikut tahap kompetensi yang boleh dicapai melalui Penilaian Akhir

v. Memperkukuhkan pelaksanaan kawalan kualiti latihan bagi program kemahiran yang dilaksanakan secara SLDN

Jangka masa Perlaksanaan SLDN

Jangka masa perlaksanaan program ini adalah berdasaran kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Dibawah ini merupakan salam satu pengiraan tempoh masa perlaksanaan SLDN.

Apa itu Sistem Latihan Dual Nasional SLDN 1


Bagi memudahkan pelaksanan secara SLDN, tempoh latihan mengikut kiraan jam telah disesuaikan kepada tempoh latihan. Tempoh latihan MINIMUM bagi Program Persijilan adalah mengikut Tahap dan Program Persijilan seperti Jadual di atas.

Perantis yang layak memohon program adalah:-

  • Pelajar Lepasan SPM
  • Belia menganggur dan/atau
  • Pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat
“Syarikat TIDAK TERIKAT untuk MENAWARKAN pekerjaan selepas tamat latihan”

Kaedah Penyampaian/ Pembelajaran

Konsep Penyampaian/ Pembelajaran adalah menggunakan konsep pembelajaran mengikut pendekatan pembelajaran kendiri (self-reliant Learning). Justeru itu, kaedah penyampaian /pembelajaran program ini ada dua iaitu melalui:-

1) Day Release System

Sistem dimana pihak jabatan membolehkan pekerja mengambil cuti bekerja untuk mengikuti kursus pendidikan.

Sebagai contoh:-

Latihan amali selama 4 hari di dalam syarikat dan diikuti oleh satu hari kelas teori yang berkaitan di pusat latihan yang telah ditetapkan.

2) Block Release System (Jika perlu/dibenarkan syarikat)

Sistem yang membenarkan pekerja sepanjang tempoh yang dinyatakan bercuti seketika daripada melakukan kerja untuk mengikuti kursus pendidikan mengikut terma dan syarat sesetengah syarikat.

Info Tambahan :  Mengajar di kelas melalui permainan Wordwall

Sebagai Contoh:-

Latihan praktikal selama 3-4 bulan dan diikuti dengan 1-4 minggu kelas teori berkaitan.

Berita baik buat syarikat yang menjalankan latihan SLDN ini

Syarikat yang menjalankan latihan ini akan mendapat faedah berikut:

1) Membuat tuntutan semula levi  bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

2) Dapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction).

INFO TAMBAHAN SEMASA PANDEMIK COVID -19 :-

Perlaksanaan pembelajaran secara atas talian digalakkan bagi PB SLDN. Semasa musim pandemik COVID -19 ini PB SLDN disarankan menggunakan sistem pembelajaran secara “block release system”. Dimana 1 hingga 2 bulan latihan teori atas talian bakal dilaksanakan. Ianya bagi mengikuti saranan Perdana Menteri pembelajaran dari rumah atau “home based learning”.

Bagi pembelajaran secara atas talian ini, pihak PB SLDN boleh menggunakan kemudahan modul yang disediakan pada sistem eSLDN. Disana terdapat panduan pelaksanaan latihan secara atas talian termasuklah manual penggunaan:-
i. Rekod Kehadiran
ii. Pengurusan Program – Pengurusan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

“Pelaksanaan latihan secara atas talian ini akan mengurangkan penggantian masa latihan yang terjejas sepanjang PKP”

Sebagai manusia yang bijak, ambil segala inisiatif yang telah pihak kerajaan lakukan bagi menaiktaraf kelayakan setiap individu dalam pelbagai platform. Kini bukan sahaja akademik dititikberatkan malahan kemahiran juga amat dititikberatkan pada masa kini.

**Tiada lagi istilah tidak berjaya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi maka gelaplah masa hadapan**

Rujukan:-
1) https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perantis&d=175768&
2) https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/sijil-kemahiran-malaysia-skm
3) https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/artikulasi/123-perkhidmatan/455-apa-itu-sldn
4) https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/standard-kemahiran-pekerjaan-kebangsaan-noss

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
Guest
6 months ago

Good