Apa Itu SL1M dan Syarat Kelayakan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Apa itu SL1M
Apa itu SL1M

Apa Itu SL1M ? Mungkin lepasan SPM mula didedahkan dengan skim ini, program yang dirangka kerajaan ini pasti mempunyai manfaat tersendiri. Skim Latihan 1Malaysia merupakan program kebolehpasaran yang memberi keutamaan kepada graduan menganggur bagi membantu meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mengasah ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh pekerjaan. Antara kumpulan sasaran yang disasarkan ialah graduan merupakan keluarga yang mempunyai pendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman. Selain itu, kelulusan ijazah yang dimiliki graduan tidak setaraf dengan kerja yang dilakukannya. Secara rasminya, program ini telah dilancarkan pada 1 Jun 2011.

Struktur latihan SL1M

Berkaitan struktur latihan program ini pula, peserta akan berlatih mengenai Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang terlibat untuk diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar dan mengukuhkan keyakinan diri. Tempoh maksimum latihan adalah selama 12 bulan serta bergantung kepada keperluan pihak syarikat tersebut.

Struktur latihan terbahagi kepada tiga iaitu :

  • Soft Skill Training (Kemahiran Insaniah) yang terdiri daripada 5 modul wajib yang perlu dijalani oleh setiap peserta iaitu Communicatin Skill (kemahiran berkomunikasi), Value Driven Professional (dorongan yang professional), Creative and Analytical Thinking (berfikiran kreatif dan analitik), Grooming and Etiquette (kemas dan beretika), Organizational Adaptability (kebolehan berorganisasi). Peserta SL1M akan diberi elaun secara terus boleh syarikat yang melatih.
  • Struktur latihan yang kedua ialah On-The-Job Training (latihan di tempat kerja) iaitu peserta dilatih serta dibimbing untuk bekerja seperti pekerja tetap dalam syarikat.
  • Struktur yang terakhir ialah Job Exposure (Pendedahan dalam pekerjaan) di mana peserta didedahkan pengalaman bekerja sebenar tidak kira dalam organisasi besar atau industri kecil dan sederhana dengan tunjuk ajar syarikat kepada peserta SL1M.
Info Tambahan :  Industri Halal: 8 Universiti dan Kolej Tawaran

SL1M mempunyai visi dan misi yang sangat tinggi. Visi program ini ialah memastikan negara mempunyai modal insan yang terlatih, cekap, mampu berdaya saing sebagai peneraju negara pada masa hadapan. Misi program ini pula mengoptimumkan kebolehpasaran graaduan demi masa hadapan yang lebih cerah dengan penerapan komponen latihan yang holistic sebelum meneroka alam pekerjaan.

Syarat Kemasukan ke SL1M

Antara syarat kemasukan ke program SL1M ialah :

  • Graduan berstatus warganegara Malaysia yang bersifat komited dan positif.
  • Minimum berkelulusan Ijazah Sarjana Muda atau ke atas.
  • Graduan merupakan pelajar di universiti dalam atau luar negara.
  • Graduan yang bekerja namun gaji atau pekerjaan yang diterima tidak setaraf dengan kelulusan yang diperoleh.
  • Graduan wajib menduduki temu duga program SL1M atau ketidakhadiran semasa sesi temu duga akan menyebabkan maklumat peserta terbatal bagi suai padan dengan syarikat.
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Dengan menyertai program SL1M, graduan akan memiliki faedah yang sangat banyak. Graduan dapat meningkatkan kebolehangajian dalam pasaran pekerjaan sebagai calon yang berpotensi setelah mendapat latihan melalui program SL1M. Selain itu, graduan mendapat pendedahan Soft Skills Training serta On-The-Job Training dan syarikat yang terlibat memberi graduan elaun bulanan. Graduan diberi pendedahan pengalaman dan bekerja di syarikat terkemuka dalam pelbagai sektor di Malaysia. Bukan itu sahaja, graduan dapat mengukuhkan keyakinan diri bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat yang dilatih atau syarikat yang berlainan.

SL1M merupakan satu-satunya program yang cuba memupuk graduan yang berjaya serta seimbang bagi mencapai sasaran yang lebih cerah demi masa hadapan negara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *