Apa itu SME corp Malaysia?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

SME corp Malaysia

Kita kerap mendengar SME corp Malaysia semasa BAJET 2021 TETAPI kita tidak ketahui apa sebenarnya SME corp Malaysia. SME corp adalah Perbadanan Perusahaan Kecil Sederhana Malaysia yang dikenali sebagai SME corp. Malaysia.

Ianya merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Keperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.

SME corp Malaysia

Justeru itu, SME corp. Malaysia bertindak sebagai:-

  • Pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan.
  • SME corp juga menyediakan khidmat nasihat bagi PKS dan usahawan di seluruh Malaysia.
  • Ianya juga berperanan sebagai Pusat Sekretariat kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS kebangsaan (MPUPK) yang dipengurusikan oleh Perdana Menteri Malaysia

TAHUKAH ANDA!!!
SME corp. Malaysia telah diwartakan sebagai agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada November 2018. MED telah dijenamakan semula sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) pada 22 Januari 2020.


MISI SME corp Malaysia adalah menggalakkan pembangunan PKS yang berinovasi, berdaya saing dan berdaya tahan menerusi penyelarasan serta menyediakan khidmat sokongan perniagaan yang berkesan.

Selain itu SME corp Malaysia juga berusaha dalam memperkasakan kelompok penting PKS dalam pelbagai platform dan program bagi meningkatkan pembangunan PKS dan usahawan.

TUGAS SME corp. Malaysia adalah menjadi pusat rujukan bagi maklumat dan khidmat nasihat untuk PKS di seluruh Malaysia. Mereka menyediakan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan perniagaan kepada PKS dan usahawan.

Info Tambahan :  Program Transformasi Belia Ternak Permohonan Februari 2023

TAHUKAH ANDA!!!
SME Corp. Malaysia juga bertindak sebagai “Pusat Sehenti Keusahawanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (PSK-MEDAC)” yang juga dikenali sebagai PKS @ hub PKS pada Oktober 2018.


Maklumat yang disediakan menerusi platform ini tidak terbatas kepada program yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia sahaja, tetapi juga program di bawah MEDAC termasuklah :-
• SME Bank,
• TEKUN Nasional,
• Bank Rakyat,
• Institut Keusahawanan Kebangsaan (INSKEN),
• UDA Holdings Berhad,
• Institut Koperasi Malaysia (IKM),
• Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), dan
• Perbadanan Nasional (PNS),

Selain daripada agensi dibawah MEDAC terdapat juga agensi lain yang menyediakan khidmat nasihat kepada PKS dan usahawan seperti
• Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan
• Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Hab PKS adalah platform bagi PKS dan usahawan untuk memperoleh pengetahuan berkenaan dengan perniagaan, mempelajari amalan terbaik perniagaan, serta mendapatkan maklumat penting mengenai perniagaan permulaan, akses pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, selok-belok industri dan pelbagai aspek perniagaan yang lain.
SME corp Malaysia


Selian itu, Hab PKS juga menyediakan rangkaian perkhidmatan yang merangkumi:

  • Khidmat nasihat perniagaan
    Pautan Hab PKS (kerjasama dengan agensi Kerajaan dan organisasi yang lain)
  • Pocket Talk
  • Pusat Maklumat (Emel Info, Talian Info);
  • Pusat Sumber
  • Galeri Produk PKS
  • Hab PKS Maya (Laman web SME Corp. Malaysia, Portal SMEinfo)
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

SME corp Malaysia juga dilantik sebagai agensi penyelaras pusat (CCA) bagi pembangunan PKS secara keseluruhan di Malaysia. Justeru itu SME corp akan menyelaras, memperkemas, memantau dan menilai kemajuan dan keberkesanan program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh 17 Kementerian dan lebih daripada 60 agensi.

“Maklumat yang dikumpulkan daripada Kementerian dan agensi yang berkaitan diterbitkan secara tahunan dalam bentuk laporan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA)”

Pelbagai inisiatif telah kerajaan lakukan bagi memastikan PKS mampu meneruskan kelestarian kehidupan walaupun pada musim pandemik ini. Justeru itu, sebagai rakyat kita perlu sentiasa menghargai usaha dan kerjasama kerajaan bagi membantu usahawan PKS ini terus berjaya dan berdaya saing keperingkat antarabangsa.


Rujukan:-
1) https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/about-sme-corp-malaysia
2) https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/mengenai-kami/2015-12-21-08-40-32/pusat-rujukan


1 thought on “Apa itu SME corp Malaysia?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top