Apa Itu SPA Dan Cara Memohon SPA

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Apa itu SPA? Bagaimana pula cara memohon SPA, SPA merupakan singkatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sebuah portal kerajaan yang memberi peluang kepada pemohon yang layak bermula daripada lulusan SPM untuk berkhidmat di bawah kerajaan. Sebahagian pengguna mungkin sudah maklum berkaitan SPA tersebut.

Cara mohon SPA
Cara mohon SPA

Namun begitu, masih ramai lagi pengguna yang tidak mengetahui kewujudan portal ini. Sementalah lagi soalan seperti “Apa itu SPA?” “Tak pernah tahu.” masih berada di benak pengguna.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan sebuah portal kerajaan yang berfungsi dalam melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib. Malah, rata-rata pengguna berpendapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya untuk pemohon yang ingin bekerja sahaja. Tanggapan itu salah sama sekali.

SPA bukan sahaja satu portal yang menjurus kepada alam pekerjaan semata-mata malah turut menyediakan satu latihan bertaraf diploma iaitu kursus Latihan Separa Perubatan untuk lepasan SPM dan seangkatan dengannya.

Cara Memohon SPA

Sebelum pemohon membuat permohonan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil maklum oleh setiap pemohon iaitu :

  1. Pendaftaran calon hanya sah dalam tempoh 1 tahun.
  2. Sebanyak 15 jawatan sahaja dibenarkan memohon.
  3. Permohonan adalah terhad. Pemohonan yang tidak memenuhi kriteria akan menyebabkan semua jawatan yang dipohon akan terbatal. Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap calon ialah :
  • Calon yang memiliki ijazah hanya dibenarkan memohon jawatan di peringkat ijazah.
  • Calon yang memiliki ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya dibenarkan memohon jawatan di peringkat ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM dan Latihan Separa Perubatan.
Baca Juga :  Kata Kunci Kejayaan Menggunakan (D,U,I,T)

Bagi pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran peringkat diploma atau pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, berikut adalah panduan untuk para pemohon :

  1. Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  2. Klik “Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)”
  3. Pilih salah satu satu server yang tertera.
  4. Klik “Daftar MYID BARU” untuk pengguna kali pertama.
  • Isi semua maklumat yang bertanda *
  • Pastikan kad pengenalan/IC dan nama penuh sama seperti yang tertera dalam kad pengenalan/IC.
  • Masukkan nombor telefon dan email yang aktif. Hal ini disebabkan segala notis yang berkaitan akan dihantar melalui email dan nombor telefon pemohon.
  • Pemohon digalakkan agar mengingati kod selamatan yang diberi.
  1. Setelah mendapat MYID, pemohon perlu klik “Log Masuk” untuk ke pautan seterusnya.
  2. Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam Maklumat Pemohon.
  3. Klik pada “Jawatan Dipohon” yang terdiri daripada “Jawatan SPA” dan “Jawatan PDRM/Lain”.

Tiga jawatan SPA yang akan tertera di skrin iaitu :

Ø  SPM/SKM/SVM

Ø  BAKAT

Baca Juga :  Kursus Menarik dan Baru Universiti Yang Perlu Anda Ambil Peluang

Ø  SEPARA (latihan Diploma)

  • Pemohon perlu memohon jawatan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
  1. Tekan butang “Simpan” untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  2. Klik pada “Pengakuan Pemohon” dan semak semula pilihan jawatan yang dimohon sebelum klik pada ruangan “Saya Setuju”.
  3. Setelah itu, tekan butang “Hantar”.
  4. Simpan atau print borang permohonan untuk bukti permohonan atau rujukan pada masa akan datang.
  5. Selesai! Permohonan pemohon akan diproses.
  6. Bagi membuat semakan pula, pemohon perlu “Log Masuk” untuk membuat semakan di “Semakan Permohonan” selepas permohonan jawatan dilakukan.

Panggilan temuduga bagi latihan Separa Perubatan akan dilakukan sebanyak 2 kali setahun. Panggilan temuduga akan dihebahkan sekitar bulan Jun dan panggilan kedua dilakukan pada bulan November. Oleh itu, para pemohon digalakkan sentiasa peka kepada tarikh-tarikh penting permohonan.

Sedikit nota tambahan berkaitan Latihan Separa Perubatan. Pelajar lepasan SPM digalakkan untuk memohon bahagian Separa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Pelajar akan menjalani latihan secara teori dan praktikal selama 3 tahun di Kolej Kementerian Kesihatan di bawah tajaan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan itu sahaja, pelajar akan terus diserap masuk untuk bekerja di bawah kementerian tersebut. Hal ini dapat menjamin pekerjaan untuk para pelajar. Tambahan lagi, asrama turut disediakan. Malah, pelajar akan diberi elaun bulanan sebanyak RM800.00 dan ke atas untuk sara diri sepanjang pengajian di kolej-kolej kesihatan yang terpilih.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here