Apa Itu Transkrip Penuh Akademik

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Sebelum ini kami ada menerima pertanyaan tentang transkrip penuh Akademik. Ada penuntut IPT yang masih belum biasa dengan istilah ini. Transkrip Penuh Akademik ini juga biasa dipanggil Transkip Akademik adalah senarai subjek IPT yang telah kita ambil beserta keputusan pengajian semasa semester lepas atau sepanjang pengajian.

Transkrip Penuh Akademik
Transkrip Penuh Akademik

Ciri –ciri Transkrip Penuh Akademik

Transkrip Penuh Akademik ini sebenarnya berbeza dan ada sedikit perbezaan mengikut IPT yang dipelajari. Perbezaan ketara pada transkrip akademik ini adalah pada logo dan kedudukan maklumat yang ingin dipaparkan. Selain itu ia kadangkala ditulis dalam bentuk jadual. Walaupun demikian, Transkrip Akademik ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mudah untuk kita kenalpasti.

  • Nama Pengajian/iktisas – Transkrip pastinya mempunyai nama pengajian yang kita telah ambil. Kebiasannya nama pengajian ini ditulis bersama kod pengajian diatas sekali transkrip .
  • Penyataan semester – Transkrip pengajian ini mengasingkan maklumat mengikut semester pengajian.
  • Subjek yang diambil setiap semester – Setiap semester pengajian terdapat perbezaan subjek yang diambil. Oleh demikian Transkrip Akademik akan memaparkan subjek-subjek yang diambil setiap semester secara agak detail beserta kod kursus.
  • Keputusan setiap subjek – Transkrip akademik ini bersifat report kemajuan pengajian, ia mengandungi keputusan peperiksaan setiap subjek untuk setiap semester.
  • Jam kredit – Kebanyakan transkrip akademik ini mempunyai jam kredit bagi setiap subjek dan jam kredit tersebut dijumlahkan diakhirnya dan menunjukkan anda layak mendapat diploma/ijazah dan dinyatakan diakhir transkrip Akademik tersebut.
  • Mempunyai 2 versi bahasa – Kebiasannya transkrip mempunyai lebih dari 1 versi bahasa. Kebanyakan dikeluarkan versi bahasa melayu dan bahasa inggeris, versi jawi/arab juga dikeluarkan bagi pengajian berkaitan.

Transkrip mempunyai lebih dari 1 versi bahasa

Kegunaan Transkrip Akademik

Sebagai bekas graduan, segulung ijazah/diploma tidak cukup untuk memohon pekerjaan, kebiasannya pihak bakal majikan akan meminta juga transkrip akademik. Selain itu juga, permohonan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi juga memerlukan transkrip Akademik ini. Oleh demikian, sebagai bekas garduan2 perkara ini perlu disimpan dengan baik untuk kegunaan masa depan. Untuk mempermudah kefahaman, berikut ialah kegunaan popular untuk transkrip akademik :

  • Memohon pekerjaan – Kebanyakan bakal majikan memerlukan maklumat subjek yang telah dipelajari untuk di kaitkan dengan pengkhususan pekerjaan yang dipohon. Selain itu, anda akan diutamakan dalam persaingan memohon pekerjaan sekiranya subjek yang anda ambil lebih berkaitan dan mempunyai keputusan peperiksaan yang lebih baik dari pesaing lain.
  • Memohon Pensyarah – Bidang syarahan pengajian tinggi tidak hanya mengajar subjek sama. Kebiasannya pihak pengurusan IPT juga memerlukan pensyarah serba boleh, melalui transkrip akademik dapat memberi gambaran yang jelas kebolehan lain anda.
  • Menyambung pengajian – Jika anda lepasan diploma atau ijazah sarjana muda, transkrip akademik sangat berguna untuk permohonan. Kadangkala subjek yang diambil untuk pengajian perlu untyuk memberi gambaran pada pihak pengambilan meneliti kaitan antara pengajian lepas dan kebolehan anda meneruskan pengajian.
  • Pengajian luar negara – Untuk pengetahuan, transkrip akademik juga dikeluarkan versi bahasa lain. Tujuan utama adalah untuk memudahkan urusan pelajar memohon pengajian diluar negara.
  • Sesi temuduga – Sesetenga temuduga juga memerlukan transkrip akademik, tujuan utama adalah bagi membantu penemuduga mendapat gambaran kebolehan-kebolehan lain serta mengaitkan dengan bidang/ kerja yang dipohon.
  • Penentuan Sektor/bahagian pekerjaan – Transkrip akademik juga boleh membantu ketua jabatan anda menentukan sektor/bahagian yang boleh anda ketuai atau fokus. Ilmu dan kemahiran yang ada boleh meningkatkan lagi kualiti pekerjaan yang dibuat.

Contoh Transkrip

Terdapat beberapa contoh transkrip dan ianya agak berlainan tetapi tetap mempunyai ciri-ciri yang sama.

Diharapkan sedikit gambaran berkaitan transkrip akademik ini dapat membantu anda lebih faham dan tidak membuat kesilapan ketika membuat sebarang permohonan dan melanjutkan pelajaran.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here