TVET adalah singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional. TVET Malaysia Ianya merupakan salah satu proses pembelajaran yang menekankan kepada amalan pekerjaan dalam industri. Ia bagi menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu seperti dalam industri perkilangan, kejuruteraan dll.
“Skop pembelajaran dan pendidikan adalah berdasarkan kepada skop pekerja yang diiktiraf dengan penekanan dari segi praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan industri”
TAHUKAH ANDA APA ITU PSIKOMOTOR?
Psikomotor adalah perkembangan kemahiran atau kemampuan bertindak setelah pelajar menerima pembelajaran baru. Secara mudahnya psikomotor adalah lanjutan dari hasil pembelajaran kognitif dan afektif
TVET Malaysia Permohonan dan Pengenalan
Bagi yang biasa dengan TVET pastinya cukup kenal dengan TVET Malaysia ini, Pengajian TVET di Malaysia ini lebih kepada fokus kemahiran dan meningkatkan lagi pengalaman pelajarnya. Untuk kemasukan ada beberapa perkara penting yang perlu pemohon maklum.
Laluan memohon kemasukan ke TVET
Terdapat dua cara dalam memohon TVET, antaranya adalah:-
1) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pelajar yang daripada SPM berkelayakkan untuk melanjutkan pengajian samaada dalam bidang sijil atau diploma. Bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalam akademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
2) Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3)
Permohonan dibuat secara online dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my setelah iklan disiarkan dalam akhbar-akhbar terpilih.
Ciri Pembelajaran TVET di Malaysia
Pelajar TVET secara umumnya adalah mereka yang kurang gemar dalam bidang akademik TETAPI GEMAR mencuba sesuatu yang baru yang lain dari kebiasaannya.
Pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran diri dan memupuk keinginan untuk sesuatu pembaharuan.
Bidang TEVT melatih pelajar untuk hidup berdikari dalam sesuatu bidang (contoh: melahirkan usahawan yang mempunyai daya saing yang tinggi kerana usahawan memerlukan idea baru bagi memalukan bidang yang diceburi).
Melahirkan pekerja yang mahir dan terlatih selain dari mencipta pekerjaan sendiri melalui pengalaman kemahiran yang dipelajari selama ini.
Pembelajaran lebih bersifat praktikal dan teknikal.
“Pelajar lebih banyak terdedah kepada penggunaan teknologi berbanding dengan pelajar bidang akademik jadi pastinya pelajar TIDAK pernah berasa bosan semasa proses pembelajaran sedang dilakukan”
Pelajar semester akhir akan terlibat dengan latihan industri. Latihan industri seumpama ini akan mendedahkan pelajar kepada situasi dunia pekerjaan yang sebenarnya.
“BUKAN pelajar TVET sahaja yang terdedah kepada latihan industri pada tahun akhir TETAPI kebanyakan pelajar di universiti awam juga terdedah dengan latihan industri. Tetapi yang membezakan TVET dan pelajar di universiti awam adalah praktikal yang dipelajari. Pelajar universiti awam LEBIH kepada teori manakala pelajar TVET LEBIH kepada praktikal”
Pelajar TVET diasuh supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai kemampuan menyesuaikan diri apabila mula menceburi dunia pekerjaan
Kelebihan TVET
Kelebihan lulusan TVET adalah pelajar mampu:-
• Menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding dengan lulusan program akademik
• Mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mampu menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.
Kepentingan TVET
Kepentingan TVET kepada negara:-
TVET merupakan salah satu saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan selain daripada menjadi engin pembangunan negara. Dalam erti kata mudah, ianya dapat memenuhi hasrat negara untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.
“Jangan pernah memandang seseorang dengan taraf pendidikan sahaja TETAPI pandanglah seseorang dari pelbagai aspek”
Masa Hadapan pelajar TVET
Pasti ramai diluar sana berasa bahawa pelajar TVET tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Hal ini disebabkan oleh pandangan umum beranggapan bahawa pembelajaran ini merupakan pembelajaran kelas ke-2. Sebenarnya TVET BUKAN pembelajaran kelas ke-2 tetapi lebih kepada pembelajaran berasaskan praktikal.
Justeru itu, pelajar TVET mempunyai kelebihan dari segi praktikal atau amali. Ianya menyebabkan pelajar lebih menyerlah dari segi praktikal berbanding dengan pelajar yang menumpukan kepada akademik.
“Kebanyakan pelajar TVET ditawarkan bidang kemahiran yang menjadi rebutan banyak syarikat pada hari ini, jadi tiada istilah pelajar TVET mempunyai masa hadapan yang gelap”
Dalam dunia serba morden ini, pendidikan itu penting TETAPI bagaimana kita menyinarkan pendidikan itu lagi penting.
“Pilihan di tangan anda sama ada mahu memilih TVET sebagai bidang pembelajaran atau bidang akademik. Tetapi kedua-dua nya baik tiada kekurangan kerana setiap insan ada kekurangan mereka sendiri”
Rujukan:-
1) https://www.moe.gov.my/pendidikan/tvet/maklumat-umum-tvet/maklumat-umum-tvet