Apa Itu Ujian Medsi Dan Contoh Soalan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kepada calon yang memohon kemasukkan bagi melanjutkan pengajian kesaalah satu program pendidikan di Malaysia khususnya seperti UPSI, anda wajib tahun Apa itu ujian medsi? Dan bagaimanakah contoh soalan medsi.

Terlebih dahulu, medsi ialah Ujian Malaysian Educators selection Inventory. Sebelum menghadapi temu duga untuk bergelar sebagai “Pelajar Upsi” anda perlu bersiap sedia untuk menghadapi Ujian medsi

Ujian Medsi
Ujian Medsi

Syarat Untuk Medsi ?

Kepada pemohon ataupun calon yang berminat untuk mendaftar ujian ini, anda hendaklah merupakkan pemohon lepasan Sijil Tinggi Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mana-mana setaraf dengannya . Selain daripada sijil di atas, anda tidak dapat memohon kerana tidak memenuhi syarat yang diberikan. Untuk pengetahuan anda, Medsi dgubal oleh jawatankuasa pembinaan instrumen medsi yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari institusi pengajian Tinggi Awam.

Info Tambahan :  LinkedIn Penting ke? 8 Cara Pasarkan diri di LinkedIn

Apa yang ada pada ujian medsi?

Untuk pegetahuan anda, ujian medsi ini terbahagi kepada 4 . Pertama ialah ujian personaliti , jawapan kepada ujian ini bergantung kepada personaliti anda secara langsung mahupun tidak langsung. Bukan itu sahaja, ujian ini juga untuk menguji  profesion anda terhadap kerjaya seorang Guru. Selain itu, ujian minat kerjaya . Soalan ini mempunyai sebanyak 60 item soalan, soalan ini juga mengenai kretria sebagai seorang guru.

Bahagian ketiga ialah Nilai Integriti yang mengandungi 70 item dan yang terakhir ialah soalan kecerdasan Emosi yang mempunyai 60 item soalan, oleh itu jumlah keseluruhan soalan ialah 300 soalan . Sebagai tambahan, antara contoh soalan medsi ajukan ialah “ Guru sepatutnya tidak boleh bercinta dengan pelajar” , jawapannya ialah “ Sangat setuju”.

Contoh lain , “ sesekali guru boleh balik awal” , jawapannya “Sangat tidak setuju”. Kesemua soalan ini perlu dijawab dalam masa 1 jam iaitu satu soalan bersamaan dengan 12 saat .

Info Tambahan :  Hubungan Karier: 6 Cara Menggunakan Media Sosial untuk 'Kabel'

Kepada calon yang mendapat tawaran ini, anda perlu bersiap sedia untuk berpewatakan sebagai seorang Guru, ketegasan dalam menjawab soalan amatla penting , untuk menyemak sama ada anda LAYAK ataupun TIDAK untuk menduduki medsi , anda boleh terus ke laman web http://akademik.upsi.edu.My/kemasukkan/medsi.html.

Nama tempat akan ditentukan oleh calon itu sendiri semasa mengisi permohonan on-line kemasukkan pelajar laman web UPU ( semakan tempat boleh dirujuk melalui laman web Upsi). Bayaran juga tidak  akan dikenakan semasa menduduki medsi. Ujian ini hanya SAH untuk sekali menduduki sahaja. Malah, ujian medsi hanya untuk calon yang memohon program pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line dilakukan.

Kesimpulannya, sebagai calon anda perlu set minda anda untuk berpewatakan sebagai seorang guru kerana kriteria seorang guru mempunyai skala sosial yang tinggi. Dalam soalan yang diajukan juga memerlukan calon berfikiran secara profesional dan bertindak sebagai seorang guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *