

UPIM mungkin pernah kita dengar, tetapi apa yang dimaksudkan dengan sigkatan tersebut. Unit pusat institusi MARA dengan nama singkatannya UPIM diwujudkan bagi menguruskan kemasukan pelajar ke seluruh institusi-institusi mara. Setahun, urusan pengambilan pelajar akan dijalankan sebanyak 2 kali sahaja melainkan pengambilan progran persediaan keusahawanan sains universitu malaysia kelantan (PKS-UMK) yang hanya dijalankan setahun sekali.
Tugas UPIM
Antara tugas-tugas UPIM adalah :
- Menyediakan panduan dan laman web bagi permohonan secara online untuk program pengajian Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma dan Ijazah Pertama.
- Menerima dan memproses permohonan setiap pemohon.
- Menyelaraskan penempatan pemohon yang berjaya ke IPMa.
- Memastikan segala urusan kemasukan pemohon ke IPMa berjalan lancar.
Antara Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terlibat dalam penyelarasan permohonan bagi program pengajian Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma dan Ijazah pertama melalui UPIM adalah seperti berikut :‑
- Kolej Profesional MARA ( KPM )
- German Malaysian Institute (GMI)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) / Institut Kemahiran MARA (IKM)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Cawangan-Cawangannya.
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
- Kolej MARA (KM) – Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)
PERMOHONAN PILIHAN PROGRAM / INSTITUSI
- Permohonan yang dilakukan secara online hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon mengikut kelayakan yang ditetapkan dan minat masing-masing.
KRITERIA PEMILIHAN
Pemilihan untuk pemohon-pemohon berdasarkan kritria berikut :
- Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
- Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
- Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.
TAJAAN PENGAJIAN
- Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM layak untuk dipertimbangkan mendapat tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa bersama Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
- Calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK), yuran pengajian adalah percuma di mana ianya dibiayai oleh MARA dan elaun pelatih juga akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.
KATEGORI PEMOHON
- kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑
- Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
- Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
- Pemohon lepasan SPM dan STPM.
- Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf
PERMOHONAN BAGI PROGRAM YANG PERLU TEMUDUGA
- Permohonan bagi program yang memerlukan akan untuk ditemuduga akan dimaklumkan oleh IPMa sekiranya anda layak.
Apa tunggu lagi. Untuk semua adik-adik di luar sana , segeralah membuat permohonan di instutusi-institusi yang anda inginkan. Semoga berjaya.