Ketika ini permohonan UPU sedang dilakukan oleh lepasan SPM/ STPM setaraf. Kami ada menerima pertanyaan berkaitan dengan UPUTAG. Persoalan uputag ini timbul kerana ia terdapat pada infografik tips permohonan UPU online oleh KPM. dalam infografik tersebut terdapat 14 langkah untuk permohonan UPU.
Jika dilihat infografik tersebut terdapat satu maklumat berkaitan dengan semakan kecenderungan minat di UPUTAG pada langkah 4. Untuk akses UPUTAG calon perlu membuat bayaran RM7.
Timbul persoalan Adakah langkah 4 ini wajib atau boleh diabaikan.
Sebelum itu adalah lebih baik Jika anda faham dulu apakah itu UPUTAG serta kelebihannya.
UPUTAG dan Kelebihannya
Menurut laman web rasmi UPUTAG mungkin maklumat-maklumat berikut berguna kepada anda untuk lebih memahami tentang kemudahan yang diberi uputag.
Menurut laman web rasmi UPUTAG mungkin maklumat-maklumat berikut berguna kepada anda untuk lebih memahami tentang kemudahan yang diberi uputag.
UPUTag Career Profile merupakan suatu alat ukur psikologi yang direkabentuk khas untuk memberikan data saintifik mengenai kecenderungan minat kerjaya seseorang individu berasaskan Teori RIASEC Holland (Realisitik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan dan konvensional).
Terdapat 12 tret personaliti yang diukur iaitu, Asertif, Analitikal, Kepimpinan,Keyakinan Diri, Ekstrovert, Prihatin, Pencapaian, Silang Budaya, Jati Diri, Integriti, Patriotisme dan Ketidakselarasan.
UPUTAG adalah ujian personaliti
Pada pengamatan kami hasil daripada tinjauan, dapat dirumuskan bahawa UPUTAG ini ialah satu sistem online yang mampu mengenal pasti personaliti dan kecenderungan seseorang. Hasil daripada ujian yang dibuat mampu dikaitkan dengan pemilihan kerjaya dan penyambungan pengajian pelajar.
Hasil dari pengalaman kami kebanyakan calon masih kabur dengan cita-cita dan masa depan kerjaya masing-masing. Selain daripada itu, kebanyakan calon juga masih dilema untuk memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan diri mereka. Oleh yang demikian sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bantuan daripada sistem UPUTAG adalah sangat baik kerana ia mampu memberi gambaran kebolehan sebenar anda serta kecenderungan anda dalam kerjaya seterusnya memberikan anda idea yang lebih tepat untuk memilih pengajian di UPU
Kebiasaannya sebarang keputusan dan hasil dapatan adalah menggunakan ujian yang mengandungi beberapa soalan dan melalui soalan tersebutlah keputusan akhir akan keluar secara online dan ianya boleh membantu anda membuat pilihan kerjaya dan memilih pengajian universiti.
UPUTAG adalah pilihan
Memilih untuk mengikuti ujian di UPUTAG adalah pilihan dan bukannya wajib. Hal ini kerana untuk menggunakan UPUTAG calon perlu membuat bayaran dan pada pengamatan kami apa sahaja yang melibatkan bayaran adalah satu pilihan. Oleh yang demikian sekiranya anda mampu dan ingin mendapatkan nasihat atau cadangan kebolehan kerjaya anda bolehlah memilih untuk mengikuti UPUTAG dan sekiranya Anda yakin dengan pilihan anda bolehlah terus ke langkah 5 iaitu melihat e-panduan di UPU online ataupun UPU Pocket.
Untuk makluman anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada kaunselor di sekolah ataupun penasihat kerjaya untuk mendapat gambaran potensi diri serta pemilihan kerjaya untuk memohon UPU.