Apa itu Wang Tidak Dituntut dan Cara Memohon

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Wang tidak dituntut, apa tu? Tak pernah dengar pun? Sebenarnya wang tidak dituntut ialah suatu istilah yang bermaksud

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh di bawah kategori ini ialah:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar pada kakitangan
  • dividen
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
  • simpanan tetap ( tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit

1. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun.

Contoh di bawah kategori ini ialah:

  • akaun simpanan
  • akaun semasa
  • simpanan tetap ( yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan dalam apa-apa urus niaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

  • akaun pemiutang dagangan
  • akaun penghutang dagangan berbaki kredit
  •  
  • Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut ( WTD) di JANM
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips
1. Datang atau hadir ke  mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara ( JANM) di seluruh negeri.

2. Bawa kad pengenalan atau Mykad dan serahkan Mykad di kaunter.

3. Pegawai bertugas JANM akan membuat semakan melalui sistem dan tidak sampai lima minit pemohon akan dapat tahu sama ada mempunyai WTD atau tidak.

4. Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan untuk membuat semakan.

5. Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga dibuat. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

Namun begitu, anda juga boleh membuat semakan WTD secara online. Semakan WTD melalui online dibolehkan sejak awal 2020 lagi.

Klik link di bawah

https://egumis.anm.gov.my/

Bagaimana membuat semakan secara online?

  1. Layari portal seperti di atas dan klik pada pendaftaran.
  2. Lengkapkan semua butiran maklumat yang diperlukan dan tandakan pada kotak pengakuan bersetuju dan captcha
  3. Klik butang ‘Daftar’ dan klik butang ‘Ya’ untuk selesaikan proses pendaftaran
  4.  Masuk ke sistem eGumis dan Log Masuk
  5. Daftar masuk dengan mengisi nama pengguna dan kata laluan ( yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan).
  6.  Untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut klik pada  carian Wang Tak Dituntut
  7.  Masukkan no.kad pengenalan dan klik butang Cari.
  8. Hasil carian akan terpapar.
  9.  Carian terhad kepada dua kali untuk sehari.
Info Tambahan :  3 Panduan Portfolio Bidang Kreatif vs Teknikal

Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan Tuntutan Individu

  1. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
  2. Salinan kad pengenalan ( hadapan dan belakang) atau pasport pemohon bagi bukan warganegara.
  3. Dokumen asal ( Contoh: buku bank atau sijil simpanan tetap dan lain-lain)
  4. Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank ( bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun.

Pendaftar  Wang Tak Dituntut ( WTD) boleh membuat bayaran balik WTD kepada empunya yang berhak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13, Akta WTD 1965:

‘ Apabila Pendaftar WTD  berpuas hati bahawa penuntut adalah empunya yang sah, Pendaftar WTD akan membayar kepada penuntut WTD  dari Akaun Amanah atau Akaun Hasil ( jika wang tersebut telah dipindahkan ke Akaun Hasil).’

PERINGATAN!!!

Pendaftar WTD  tidak pernah melantik mana-mana individu atau firma atau syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk urusan tuntuan WTD.

jabatan akauntan negara
jabatan akauntan negara

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top