APDM Kehadiran 2017 Pengkalan Data Murid

2
149
APDM Kehadiran 2017
APDM Kehadiran 2017

APDM kehadiran 2017 merupakan aplikasi pengkalan data murid bagi tujuan utama merekod data pelajar. Data yang direkod bermula dari data maklumat asas dan penting pelajar sehingga kehadiran ke sekolah. Penggunaan APDM ini lebih kerap dari biasa kerana ia perlu diakses harian oleh guru untuk merekod kehadiran pelajar.

Untuk tahun 2017 ini, fungsi APDM kehadiran 2017 tetap diteruskan dengan banyak penambahbaikan dibuat terutama akses dan keselamatan. Data pelajar pada awal tahun 2017 perlu dikemaskini serta disemak dan ia digunapakai setahun untuk tujuan menyimpan rekod dan kehadiran harian pelajar.

Aplikasi APDM kehadiran 2017

Bagi guru yang ingin menggunakan aplikasi pengkalan data murid APDM perlulah akses ke sistem melalui pautan yang disediakan :

Sebelum ini timbul masalah akses melalui alamat yang disediakan kerana mengalami isu SSL pada alamat penuh aplikasi. Link akses untuk APDM ini telah pulih kembali dengan penggunaan SSL.

Kelebihan APDM

  1. Penggunaan APDM secara online ini dapat membantu guru kelas membuat pengurusan kelas dengan lebih sistematik  termasuk kemaskini dan kenalpasti pelajar yang layak mendapat bantuan dan biasiswa.
  2. APDM boleh digunakan sebagai pengemaskinian bilangan pelajar baru dalam kelas termasuk maklumat peribadi serta maklumat ibu bapa.
  3. Penggunaan sistem online yang boleh diakses dimana sahaja memudahkan guru kelas untuk mengemaskini kehadiran pelajar secara harian.
  4. Guru juga boleh memanfaatkan data yang ada untuk kegunaan analisis asrama
  5. Melalui APDM juga pelajar boleh didaftar untuk biasiswa seperti Biasiswa persekutuan, biasiswa sukan dan elaun murid khas.
Baca Juga :  APDM Data Kehadiran murid

Bagaimana untuk login dan menggunakan APDM

  1. Masuk ke aplikasi APDM online
  2. Di bahagian login, masukkan ID pengguna dan kata laluan.
  3. Pastikan menggunakan huruf besar tanpa dijarakkan.
  4. Jika baru menggunakan sistem, kata laluan diberi secara default dan ia boleh diubah bila berjaya masuk ke sistem.

Penggunaan im not a robot

Penggunaan fungsi not robot ini mungkin baru bagi guru yang masih baru dalam dunia teknologi. Penggunaan fungsi itu adalah bagi tujuan keselamatan mengelakkan dari pencerobohan atau luar jangka. Fungsi tersebut boleh menghadkan fungsi robot pencerobohan kerana solusinya tidak tetap dan perlu berfikir untuk menyelesaikan soalan atau tindakan yang dituntut.

Jika menggunakan sistem, guru perlu menyelesaikan dahulu arahan dari pengesahan tersebut. Ada guru yang perlu mencari gambar yang dikehendaki seperti road, store dan banyak lagi. Ada juga yang apa yang dicari tidak ada dalam gambar dan pengguna hanya perlu klik skip.

Baca Juga :  Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak dan Kedudukan Kelas SAPS Ibu Bapa

Mudah eksport data murid untuk tujuan lain

Apa yang menarik dalam penggunaan sistem APDM ini ialah guru boleh dengan mudah mengeksport data pelajar mengikut kelas, tingkatan, jantina hanya dengan beberapa klik. Senarai eksport akan dikeluarkan dalam bentuk excel untuk memudahkan ianya di salin ke data lain.

Penggunaan data murid ini biasa dilihat untuk penggunaan aplikasi lain seperti :

  • Melengkapkan data nama pelajar terkini untuk Inventori Kecerdasan Pelabagai IKP
  • Data murid untuk Inventori minat kerjaya IMK
  • Senarai nama terkini yang dikeluarkan juga boleh digunakan untuk Inventori Kematangan Kerjaya ( IKK )
  • Sebenarnya banyak lagi kegunaan export yang ada pada APDM ini. Fungsi ini sebenarnya menyelesaikan masalah kerap PPD dan pengurusan meminta kemaskini senarai pelajar terkini untuk membuat sebarang permohonan atau ujian.

APDM kehadiran 2017 ini sebenarnya bukan diguna untuk tahun 2017 sahaja. Sebenarnya ia digunapakai setiap tahun sehingga pekeliling baru dikeluarkan kementerian.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

2 COMMENTS

Apa Komen Anda :