APDM KPM 2021: Login Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

APDM KPM 2021

APDM KPM 2021 adalah Apklikasi Pangkalan data murid yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. APDM ini amat penting bagi pihak sekolah kerana menerusi APDM ini para guru boleh mengenalpasti status murid dengan lebih meluas lagi.

“Kita tidak mengenalan anak murid dengan begitu detail tetapi menerusi APDM ini para guru boleh mengenali murid dengan lebih detail lagi”

Sekolah sudah mula di buka pada 1 Mac 2021 selepasa pihak KPM membuat pengumuman pembukaan sekolah bagi sesi pembelajaran 2021 secara bersemuka. Justeru itu, pasti para guru sedang sibuk menguruskan persiapan mengemas bilik darjah.

Hal ini bagi memastikan anak murid masuk ke sekolah dalam keadaan kelas yang sudah dibersihkan. Walaubagaimana sekalipun, jangan dilupakan untuk login sistem aplikasi pangkalan data murid agar setiap data murid sentiasa update dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PERINGATAN!!!

Para guru WAJIB mengemaskini pangkalan data pelajar sebelum tamat sesi persekolahan tahun 2020 bagi permulaan sesi persekolahan 2021.

APDM KPM 2021: Login Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

APDM KPM 2021

Setelah para guru login sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid ini para guru WAJIB mengemaskini maklumat pelajar. Antara maklumat yang perlu dikemaskini atau disahkan adalah:-

1) Pastikan data diri para pelajar adalah benar

Antara maklumat yang WAJIB dikemaskini adalah:-

  • Nama murid
  • Status kewarganegaraan
  • Kaum/ agama
  • Jantina

Keempat-empat maklumat ini WAJIB betul agar murid TIDAK memegang identiti murid lain. Semua maklumat haruslah sama seperti dalam dokumen yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

  • TERUTAMANYA bagi murid Tahun 5, Tingkatan 2 dan tingkatan 4 yang bakal menduduki dan mendaftar bagi peperiksaan awam bagi sesi tahun 2021

2) Mengemaskini maklumat penjaga dan penjaga kedua

Maklumat penjaga yang perlu dikemaskini adalah seperti

  • Maklumat pendapatan,
  • pekerjaan,
  • nombor telefon,
  • Maklumat majikan 
  • Alamat rumah.

Maklumat penjaga perlu dikemaskini bagi memudahkan pihak sekolah memberikan bantuan kepada pelajar yang benar-benar layak.

3) Pengemaskinian maklumat bagi pelajar yang BUKAN warganegara

Bagi pelajar yang bukan warganegara malaysia, pihak sekolah WAJIB mengemaskini maklumat berkenaan dengan bayaran fi dan surat kebenaran belajar.

 

“Hal ini bagi memastikan pelajar BUKAN warganegara mendapat pendidikan yang selayaknya di Sekolah kerajaan”

Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi pelajar BUKAN warganegara yang mahu belajar di sekolah kerajaan.

Antara syaratnya adalah:-

  • Kanak-kanak BUKAN warganegara yang telah diambil oleh warganegara Malaysia sebagai anak angkat
  • Kanak-kanak BUKAN warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut undang-undang Malaysia di mana sekiranya bapa adalah

Warganegara dan ibunya BUKAN warganegara maka penerimaan masuk kanak-kanak ke sekolah perlu mempunyai dokumen yang telah ditetapkan

  • Kanak-kanak yang BUKAN warganegara yang dimana

Ibu bapa BUKAN warganegara, penerimaan masuk ke sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan adalah berdasarkan kepada peraturan seperti yang terkandung dalam Peraturan-peraturan pendidikan 1998.

Apabila bermulanya sesi persekolahan tahun 2021, para guru WAJIB:-

  • Menyemak dan mengemaskini maklumat kelas mengikut aliran dan bidang seperti yang telah diluluskan oleh Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan
  • Melaksanakan pemindahan murid mengikut kelas sebenar selepas proses pemindahan kelas dibuat secara automatik oleh sistem APDM bermula pada 21 hingga 27 Disember 2020.
  • Melaksanakan penetapan kelas bagi murid tahun 1 (menerusi e-daftar Rendah) dan Tingkatan 1 (menerusi e-daftar Menegah) ke kelas yang ditetapkan
“Paling diharapakan adalah lakukan penetapan kelas pada hari pertama persekolahan supaya kehadiran murid dapat dilakukan”
  • Pastikan bilangan enrolmen murid bagi setiap kelas adalah tepat dan betul setelah penetapan kelas sebenar dilakukan oleh pihak sekolah
  • Pastikan makluma murid adalah benar.
  • Pastikan maklumat pendapatan ibu bapa atau penjaga utama dan kedua dinyatakan dalam sistem
  • Melakukan penandaan status individu murid tinggal di asrama murid berkeperluan khas dan penerimaan bantuan persekolahan dan
  • Melakukan penetapan subjek dan program Dual Language Programme (DLP) bagi guru dan murid

PERINGATAN!!!

Kegagalan melaksanakan pengemaskinian ini akan menyebabkan gangguan pada aplikasi lain. Antara aplikasi yang terganggu seperti sistem permohonan sekolah atau kolej, pendaftaran peperiksaan awam dan permohonan kemasukan institusi pengajian tinggi.

Segala maklumat lanjut berkaitan perkara APDM ini boleh menghubungi Tuan Haji Ahmad Faris Bin Johan di talian 03-8884 9225 atau email di [email protected]

Diharapkan maklumat yang dikongsikan ini mampu membantu ibu bapa/ penjaga mampu memahami siistem APDM ini dengan lebih dekat lagi.

“Setiap satu sistem ada yang mudah untuk difahami dan ada yang sukar maka anda yang memlih cara untuk fahaminya”

Rujukan:-
1)https://apdm.moe.gov.my/

[wp-review-visitor-rating id=”APDM “]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *