Satu Aplikasi diwujudkan Kementerian iaitu APDM atau dikenali dengan Aplikasi Pengkalan Data Murid menggunakan alamat sekolahmalaysia.com . Aplikasi ini diwujudkan adalah bagi memudahkan urusan penyimpanan data dan rujukan murid sekolah untuk tujuan memudahkan urusan guru.
Sistem Pengurusan Murid menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang sedang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dijadikan pangkalan data utama bagi murid serta meudahkan urusan pemohonan biasiswa, rekod kehadiran serta permohonan sekolah asrama dan banyak lagi.
Sistem pengkalan data APDM ini member fokus kepada satu data tunggal untuk murid-murid sekolah seluruh Negara. Sistem yang dibuat ini mampu mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai system data lain yang dibuat Kementerian Pelajaran. Dalam APDM juga mempunyai modul seperti eDaftar Rendah, eDaftar Menengah, eKehadiran dan Permohonan ke Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh.
Pengurusan data murid APDM ini akan digunapakai dari seawal memasuki Prasekolah hingga tamat Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi. Kehadiran pelajar juga akan mudah dipantau oleh pihak sekolah, PPD serta JPN melalui satu system APDM yang telah lengkap. Ia mampu memudahkan urusan guru PPD dan JPN.
Akses Sistem APDM
Bagi mereka yang ingin memasukkan data khususnya guru serta ingin merujuk data murid bolehlah ke Aplikasi APDM di Alamat http://apdm.moe.gov.my/
Untuk maklumat lanjut anda digalakkan merujuk Pekeliling Pelaksanaan APDM ( KLIK SINI )untuk mendapatkan gambaran jelas bekenaan SIstem APDM ini.
One thought on “Aplikasi Pengkalan Data Murid APDM”