Asasi dan Matrikulasi, Mana Mudah Sambung Belajar Ijazah

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Selalu kami menerima pertanyaan berkaitan antara asasi dan matrikulasi yang mana lebih mudah sambung belajar ijazah. Ada banyak hujah berkaitan kursus persediaan ijazah pertama ini, sebenarnya bukan sahaja asasi dan Matrikulasi sahaja untuk kursus persediaan ijazah ini. Ada lagi kursus persediaan ijazah lain  seperti Tingkatan 6, diploma juga mempunyai peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah.

Sambung Belajar
Sambung Belajar

Pilihan Mudah Sambung Belajar Ijazah

Soalan sebegini pastinya mengikut keadaan terkini seseorang, faktor-faktor seperti pencapaian, Kondisi IPT serta penyampaian semasa semasa temuduga sangat mempengaruhi pengambilan ke Ijazah. Sebelum kami membuat kesimpulan, dibawah disediakan bagaimana lebih mudah sambung belajar ke Ijazah.

Tingkatan 6

Ramai pelajar akan maklum tentang tingkatan 6 ini, pengajian tingkatan 6 ini memakan masa 2 tahun sama seperti sesetengah asasi serta diploma. Belajar di tingkatan 6 ini semestinya mempunyai kelebihan dari segi kos pengajian kerana tidak perlu pergi jauh dari tempat tinggal anda dan ianya hanya di sekolah semasa anda. Untuk menyambung pengajian ke Ijazah perlulah memohon di UPU dan bersaing dengan ramai pelajar tingkatan 6 dalam negara ketika itu.

Baca Juga :  Contoh Pengiraan Merit Ke IPTA dan Politeknik

Matrikulasi

 

Sambung Belajar
Salah satu matrikulasi di Kedah

Matrikulasi lebih terkenal dengan jangkamasa pengajian lebih pendek iaitu 1 tahun setengah, walaubagaimanapun ada juga pengajian matrikulasi 2 tahun. Kos pengajian sederhana tinggi kerana perlu ke pusat matrikulasi dalam negeri masing-masing. Matrikulasi adalah dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia  dan pelajar juga perlu memohon di UPU dan bersaing dengan calon tingkatan 6 lain untuk menyambung pengajian ke ijazah.

Diploma

Calon diploma mempunyai kelebihan tersendiri kerana mempunyai segulung diploma dan merasai suasana universiti sepanjang pengajian. Cara belajar juga lebih berbeza dengan pengajian adalah menggunakan sistem universiti. Kos pengajian juga agak tinggi kerana ia adalah mengikut standart universiti dengan perbelanjaan sekitar belasan ribu. Jika memilih ke IPTS pastinya akan memakan belanja lebih tinggi sekitar 20-50 ribu. Untuk sambung pengajian ke ijazah lebih mudah kerana pastinya universiti semasa akan membuka tawaran ke ijazah untuk pelajar diplomanya.

Baca Juga :  Pilih Antara Matrikulasi VS Asasi

Asasi Universiti

Program asasi ini boleh dikatakan sama dengan matrikulasi, perbezaanya adalah pengajian asasi ini dilaksanakan di IPT dan dibawah KPT. Pelajar asasi semestinya akan diutamakan menyambung pengajian Ijazah di universiti semasa tetapi bergantung pada markah merit akhir mereka.

Kesimpulan

Kesemua pilihan popular yang dinyatakan diatas ada peluang pengajian ke peringkat ijazah. Apa yang membezakannya adalah pengajian persediaan ijazah di universiti semasa mendapat kelebihan kerana ia tidak bersaing dengan permohonan lain.

Semua pilihan pengajian sangat bergantung pada markah merit terakhir penilaian dan peperiksaan

Walaubagaimanapun demikian, semua pilihan pengajian sangat bergantung pada markah merit terakhir penilaian dan peperiksaan. Selain itu juga, persaingan semasa juga perlu diambil kira dalam mendapat tempat ke ijazah sarjana muda anda.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

3 COMMENTS

  1. […] Oleh sebab itu, sebelum menduduki SPM lagi pelajar perlu kenalpasti hala tuju kerjaya dengan menjawab Inventori Minat Kerja (IMK) dan Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) serta berjumpa dengan Guru Kaunseling di sekolah untuk berbincang tentang hala tuju selepas SPM yang bersesuaian dengan cita-cita, minat dan kemampuan diri anda. Anda juga boleh merujuk artikel antara diploma dan tingkatan 6  . […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here